Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Pihak-Pihak

31. Section 31

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang berhasrat untuk memulakan atau membela apa-apa tindakan atau prosiding lain mengikut haknya sendiri, dan tidak berupaya membayar fi Mahkamah baginya, boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan kebenaran untuk mendakwa atau membela sebagai orang miskin.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam

Borang MS 4 dan disokong dengan afidavit yang mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

nama, tempat tinggal dan pekerjaannya;

32

Undang-Undang Malaysia

(b)

akuan bahawa dia tidak berupaya membayar fi Mahkamah dalam prosiding itu; dan

(c)

segala fakta matan kes itu.

(3)

Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah yang berkenaan dan hendaklah ditentusahkan di hadapan seorang Hakim atau Pendaftar.

(4)

Jika Mahkamah berpuas hati—

(a)

bahawa pemohon tidak berupaya membayar fi Mahkamah dalam prosiding itu; dan

(b)

bahawa pemohon mempunyai kausa tindakan atau pembelaan yang baik, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah membenarkan pemohon (kemudian daripada ini disebut "orang miskin") untuk mendakwa atau membela, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai seorang orang miskin.

(5)

Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (4), saman atau proses lain dalam tindakan atau prosiding lain itu dan catatan yang relevan dalam buku kausa hendaklah ditanda “orang miskin”.

(6)

Jika Mahkamah tidak berpuas hati sedemikian Mahkamah hendaklah menolak permohonan itu dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap penolakan itu.

Report

Bahagian V

Peguam Syarie

Bahagian VI

Penyampaian

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pliding

Bahagian IX

Pembayaran ke dalam dan Daripada Mahkamah

Bahagian X

Pindaan

Bahagian XI

Penzahiran

Bahagian XII

Pemindahan Prosiding

Bahagian XIII

Penyelesaian, Penarikan Balik dan Pemberhentian

Bahagian XIV

Keterangan

Bahagian XV

Pendengaran

Bahagian XVI

Penghakiman dan Perintah

Bahagian XVII

Rayuan

Bahagian XVIII

Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bahagian XIX

Pembahagian Mengikut Kadar

Bahagian XX

Prosiding Interlokutori dan Perintah Interim

Bahagian XXI

Kuasa Hakim dan Pendaftar

Bahagian XXII

Wang dan Harta di dalam Mahkamah

Bahagian XXIII

Kos, Elaun dan Fi Mahkamah

Bahagian XXIV

Penghinaan Mahkamah

Bahagian XXV

Pelbagai

Schedules