Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Pihak-Pihak

23. Penurunan kepentingan

Feedback & support
(1)

Dalam hal mana-mana penyerahhakan, pewujudan, perubahan, perpindahan atau penurunan kepentingan, harta pusaka, hak milik atau tanggungan mana-mana pihak, antara permulaan mana-mana prosiding dengan penghakiman dalamnya, orang yang kepadanya atau padanya kepentingan, harta pusaka, hak milik atau tanggungan itu telah diberikan atau turun boleh memohon supaya dia ditambahkan sebagai suatu pihak atau dijadikan suatu pihak bagi menggantikan suatu pihak yang lain, dan plaintif boleh mengikut cara yang sama memohon untuk mendapatkan penambahan atau penggantian sedemikian, jika pihak yang berkenaan ialah defendan.

(2)

Notis mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1)

hendaklah disampaikan kepada semua pihak.

(3)

Jika suatu permohonan sepatutnya dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak dibuat dalam tempoh yang munasabah,

Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan supaya pihak atau orang yang berkenaan membuat permohonan dalam suatu tempoh yang

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

29

ditentukan, dan jika pihak atau orang itu ingkar boleh membatalkan atau membuang prosiding itu, atau memerintahkan supaya pihak atau orang yang berkenaan dihalang daripada membela, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Jika mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (1)

berlaku selepas penghakiman dan ada wang untuk manfaat prosiding itu di Mahkamah, Mahkamah boleh memerintahkan supaya disampaikan kepada mana-mana orang apa-apa permohonan untuk mendapatkan suatu perintah bagi pembayaran daripada Mahkamah.

ORANG TAK BERKEUPAYAAN

Report

Bahagian V

Peguam Syarie

Bahagian VI

Penyampaian

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pliding

Bahagian IX

Pembayaran ke dalam dan Daripada Mahkamah

Bahagian X

Pindaan

Bahagian XI

Penzahiran

Bahagian XII

Pemindahan Prosiding

Bahagian XIII

Penyelesaian, Penarikan Balik dan Pemberhentian

Bahagian XIV

Keterangan

Bahagian XV

Pendengaran

Bahagian XVI

Penghakiman dan Perintah

Bahagian XVII

Rayuan

Bahagian XVIII

Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bahagian XIX

Pembahagian Mengikut Kadar

Bahagian XX

Prosiding Interlokutori dan Perintah Interim

Bahagian XXI

Kuasa Hakim dan Pendaftar

Bahagian XXII

Wang dan Harta di dalam Mahkamah

Bahagian XXIII

Kos, Elaun dan Fi Mahkamah

Bahagian XXIV

Penghinaan Mahkamah

Bahagian XXV

Pelbagai

Schedules