Seksyen 29
Plaintif belum dewasa mencapai umur dewasa
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
Seseorang plaintif belum dewasa hendaklah, apabila mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada menarik balik prosiding itu sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu atau meneruskan prosiding itu.
(2)
Tiada kebenaran untuk menarik balik diperlukan, tetapi
Bahagian XIII hendaklah terpakai mengenai perkara itu.
(3)
Jika plaintif belum dewasa menarik balik tuntutannya, dia tidaklah bertanggungan sendiri terhadap kos, melainkan jika
Mahkamah memerintahkan selainnya.
(4)
Jika ada lebih daripada seorang plaintif, plaintif belum dewasa itu tidak berhak menarik balik tuntutannya, tanpa kebenaran
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
31
Mahkamah tetapi boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan namanya atau, jika dia ialah pihak yang perlu dalam prosiding itu, memotong namanya sebagai plaintif dan menjadikannya sebagai defendan, atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Mahkamah.
(5)
Jika prosiding itu diteruskan, plaintif belum dewasa itu hendaklah memohon untuk meminda tajuk prosiding itu dan
Mahkamah bolehlah meminda tajuk itu dan melepaskan penjaga ad litemnya.