Seksyen 21
Pindaan dan penyampaian
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 21 of 248
Seksyen 21
(1)
Jika berlaku perubahan pihak semasa mana-mana prosiding belum selesai—
(a)
tajuk prosiding itu hendaklah dipinda dengan sewajarnya;
dan
(b)
dokumen prosiding itu hendaklah disampaikan kepada mana-mana orang yang ditambahkan atau digantikan sebagai defendan melainkan jika dia bersetuju untuk mengetepikan penyampaian itu.
(2)
Prosiding terhadap orang yang disebut dalam perenggan (1)(b)
hendaklah disifatkan telah dimulakan mulai tarikh penyampaian atau pengetepian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
28
Undang-Undang Malaysia
Pemberhentian tindakan