Seksyen 22
Dalam hal perkahwinan, kematian atau kebankrapan mana-mana pihak—
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998
ActIn forceProvision 22 of 248
Seksyen 22
(a)
jika kausa tindakan itu tidak menakat mengikut Hukum
Syarak, prosiding itu hendaklah terhenti, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (c);
(b)
jika kausa tindakan itu menakat atau berterusan mengikut
Hukum Syarak, prosiding itu tidaklah terhenti atau menjadi cacat; atau
(c)
dalam hal kematian selepas perbicaraan tetapi sebelum penghakiman diumumkan atau dicatatkan, prosiding itu tidaklah terhenti, dan penghakiman boleh diumumkan atau dicatatkan.