Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IX
122. Laporan mengenai hidupan liar berbahaya hendaklah dibuat
Feedback & supportMana-mana orang yang mencederakan hidupan liar berbahaya hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membuat suatu laporan kepada mana-mana pegawai atau pegawai daerah bagi daerah di mana haiwan liar berbahaya itu telah dicederakan.
Laporan itu hendaklah menyatakan hidupan liar berbahaya itu, senjata yang telah menyebabkan kecederaan itu, masa, tarikh dan tempat hidupan liar itu dicederakan.
Jika orang yang mencederakan hidupan liar berbahaya itu tidak dapat membuat laporan disebabkan oleh luka parah, dia hendaklah, sebaik sahaja dia mendapat peluang yang munasabah, meminta mana-mana orang lain untuk membuat laporan sebagaimana yang dinyatakan oleh seksyen ini.
Bagi maksud seksyen ini, “haiwan liar berbahaya” ertinya gajah (Elephas maximus), seladang (Bos gaurus), beruang (Helarctos malayanus), harimau (Panthera tigris), harimau bintang (Panthera pardus), harimau kumbang, babi hutan (sus scrofa) dan mana-mana hidupan liar lain yang menjadi bahaya serta-merta kepada nyawa manusia menurut seksyen 55.
Pemuliharaan Hidupan Liar 79