Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian IX

132. Peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik atau bagi menetapkan apa-apa jua yang boleh atau dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen

(1)

, peraturan-peraturan boleh dibuat berkenaan dengan yang berikut:

(a)

penyebaran maklumat mengenai hidupan liar termasuk tabiat pembiakannya, habitat, spesies dan jalan atau cara membantu untuk memulihara hidupan liar;

(b)

pentadbiran dan pengurusan rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar;

(c)

syarat-syarat hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau hidupan liar yang dilindungi boleh disimpan dan dibiakkan;

(d)

cara-cara melupuskan hidupan liar;

(e)

pengawalseliaan pengendalian zoo, pembiakbakaan dalam kurungan komersial, sarkas atau pameran hidupan liar;

(f)

spesifikasi bekas untuk mengimport dan mengeksport hidupan liar hidup;

(g)

fi yang kena dibayar di bawah Akta ini;

Pemuliharaan Hidupan Liar 85

(h)

kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report