Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian IX

136. Peruntukan peralihan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, sedang mengusahakan suatu aktiviti yang Akta ini terpakai baginya hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon bagi suatu lesen, permit atau permit khas di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), pegawai pelesen hendaklah mengeluarkan suatu pengakuterimaan penerimaan kepada orang itu.

(3)

Sementara menunggu keputusan permohonan itu, orang itu boleh terus mengusahakan aktiviti itu.

(4)

Mana-mana orang yang menyimpan atau memiliki mana-mana spesies yang dikawal hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, melaporkan kepada Ketua Pengarah mengenai spesies yang dikawal itu dan Ketua Pengarah hendaklah, apabila menerima laporan itu, menimbangkan sama ada untuk membenarkan orang itu menyimpan atau memiliki spesies itu atau tidak.

Pemuliharaan Hidupan Liar 87

(5)

Kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (4) boleh tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Ketua Pengarah.

(6)

Jika Ketua Pengarah tidak memberikan kebenaran di bawah subseksyen (4), Ketua Pengarah boleh menyita dan melupuskan spesies yang dikawal itu dan tiada pampasan kena dibayar oleh Ketua

Pengarah bagi pelupusan spesies yang dikawal itu.

Report

Schedules