Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian IX

135. Peruntukan pemansuhan dan kecualian

Feedback & support
(1)

Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [Akta 76] (“Akta yang dimansuhkan”) dimansuhkan.

(2)

Semua perisytiharan rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa seolah-olah perisytiharan itu telah dibuat di bawah peruntukan Akta ini.

(3)

Orang yang dilantik di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah terus menjadi pegawai di bawah Akta ini seolah-olah orang itu telah dilantik di bawah seksyen 4 Akta ini.

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 716

(4)

Semua peraturan-peraturan, arahan dan perintah yang dibuat, lesen, permit dan permit khas yang dikeluarkan dan rekod yang disimpan, di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terus dikuatkuasakan dan mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat, dikeluarkan dan disimpan di bawah Akta ini.

(5)

Semua permohonan, kelulusan dan keputusan yang belum selesai, atas rayuan atau selainnya, yang berhubungan dengan lesen, permit atau permit khas hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta ini.

(6)

Apa-apa siasatan, perbicaraan dan prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan atau diselesaikan di bawah dan mengikut peruntukan Akta yang dimansuhkan.

Report