Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IX
125. Kesalahan am
Feedback & supportMana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi —
(a)
mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya;
(b)
mana-mana perintah yang dibuat oleh Majistret atau
Menteri menurut Akta ini;
(c)
mana-mana perintah atau arahan yang diberikan oleh
Ketua Pengarah di bawah Akta ini; atau
(d)
mana-mana syarat atau kehendak yang dinyatakan dalam lesen, permit atau permit khas,,
Pemuliharaan Hidupan Liar 81
melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.