Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IX
126. Pengkompaunan kesalahan
Feedback & supportKetua Pengarah boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat tawaran untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya dan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh dikompaun oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini.
Walau apa pun subseksyen (1), kesalahan yang dinyatakan dalam perenggan 68(2)(b) dan (c), subseksyen 69(2), 70(2), 72(2) dan 72(3) tidak boleh dikompaun.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (3) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (3), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap,
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh
Ketua Pengarah mengikut syarat kompaun.