Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IX
123. Laporan yang dibuat kepada pegawai awam hendaklah disampaikan kepada pegawai
Feedback & supportJika—
(a)
apa-apa laporan atau aduan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan Akta ini dibuat;
(b)
apa-apa maklumat berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan Akta ini disampaikan; atau
(c)
mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar diserahkan, kepada mana-mana pegawai awam, dia hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, memaklumkan perkara itu kepada mana-mana pegawai.