Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian IX
128. Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Feedback & supportTiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap —
(a)
seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya; dan
(b)
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan seorang pegawai penguat kuasa atau pegawai, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.