Skip to content

Seksyen 56

Meterai perbadanan

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 56 of 125
Seksyen 56
(1)

Meterai perbadanan Institut hendaklah mempunyai suatu tanda yang diluluskan oleh Institut dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Institut.

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh sama ada Ketua Pegawai Eksekutif atau oleh mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif secara bertulis.

(3)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(4)

Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota

Institut atau seorang pekerja Institut yang diberi kuasa bagi maksud itu.

(5)

Meterai perbadanan Institut hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Fungsi Institut