Skip to content

Seksyen 74

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 74 of 125
Seksyen 74
(1)

Perbelanjaan Institut setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum 1 September setiap tahun, Institut hendaklah mengemukakan satu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Institut amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

68

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

(4)

Institut boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan dimasukkan dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.

Pemeliharaan Kumpulan Wang