Skip to content

Seksyen 72

Penubuhan Kumpulan Wang

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 72 of 125
Seksyen 72
(1)

Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai “Kumpulan

Wang Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia”

ditubuhkan.

(2)

Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa;

(b)

geran penyelidikan daripada Menteri;

(c)

segala wang yang diterima oleh Institut melalui pemberian;

(d)

segala wang yang diperoleh daripada jualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apa-apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Institut;

(e)

segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Institut; dan

(f)

segala wang lain yang diterima dengan sah oleh

Institut.

67

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan