Seksyen 71
Pelantikan pegawai
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
ActIn forceProvision 71 of 125
Seksyen 71
(1)
Ketua Pegawai Eksekutif, dengan kelulusan Lembaga, boleh melantik apa-apa bilangan pegawai yang difikirkannya wajar dan perlu, yang hendaklah dibayar saraan, elaun dan faedah, dan pelantikannya hendaklah dibuat, atas terma yang pada pendapat
Lembaga adalah sesuai bagi menjalankan fungsi Institut.
(2)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah, dengan kelulusan
Lembaga menentukan syarat perkhidmatan pegawai-pegawainya tertakluk kepada peraturan dan persetujuan Menteri Kewangan.