Youth Societies and Youth Development Act 2007 · Updated to 1 Nov 2014 · Bahagian VII · Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
75. Pemeliharaan Kumpulan Wang
Feedback & supportMenjadi kewajipan Institut untuk memelihara Kumpulan
Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Institut mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.