Skip to content

Seksyen 64

Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 64 of 125
Seksyen 64

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan, atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Lembaga atau selainnya, telah menjejaskan nama baik Lembaga;

(d)

jika dia menjadi bankrap;

63

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

(e)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(f)

dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat

Lembaga tanpa kebenaran Menteri;

(g)

dalam hal seseorang anggota Lembaga dalam perenggan 60(1)(d), jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi;

(h)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri;

(i)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(j)

jika Menteri berpuas hati bahawa anggota itu telah tidak menghadirkan dirinya tiga kali berturut-turut dalam mesyuarat Institut tanpa kebenaran atau alasan yang munasabah.