Seksyen 76
Kuasa untuk melabur
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
Institut boleh melabur dalam sekuriti Kerajaan atau sekuriti lain sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Kewangan, wang Kumpulan Wang, yang tidak diperlukan serta-merta untuk perbelanjaan semasa, dengan kuasa dari semasa ke semasa untuk mengubah apa-apa pelaburan, tertakluk kepada kelulusan secara bertulis terlebih dahulu oleh
Menteri Kewangan diperoleh berkenaan dengan apa-apa perubahan berikutan apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang lain daripada sekuriti Kerajaan.
(2)
Institut boleh menyimpan, sama ada dalam deposit tetap atau akaun semasa, apa-apa wang yang tidak dilaburkan buat sementara waktu di mana-mana bank di Malaysia yang memegang lesen yang sah di bawah peruntukan *Akta Bank dan
Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau Akta Bank Islam 1983
[Akta 276] dan diberi kelulusan terlebih dahulu secara bertulis bagi maksud ini oleh Menteri.