Skip to content

Seksyen 65

Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 65 of 125
Seksyen 65
(1)

Lembaga boleh, tertakluk kepada syarat, had atau sekatan yang difikirkan patut, mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya kepada mana-mana anggota atau mana-mana jawatankuasa anggotanya.

(2)

Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(3)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa, mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan.