Youth Societies and Youth Development Act 2007 · Updated to 1 Nov 2014 · Bahagian VII · Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
70. Ketua Pegawai Eksekutif
Feedback & supportMenteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai
Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri untuk menjalankan fungsi Institut.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari
Institut pada keseluruhannya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai Institut yang lain.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Menteri dan Lembaga dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.
66
Undang-Undang Malaysia