/akn/my/act/act/1974/146

*AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1974
Sections
49
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974 is Malaysia Act, cited as Act 146 1974, currently marked in force and first recorded in 1974.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi memansuhkan Akta Bank Simpanan Pejabat Pos 1948 dan bagi memperbadankan Bank Simpanan Nasional untuk memajukan dan menggembleng simpanan, khususnya daripada penyimpan kecil, untuk menggalakkan jimat cermat, untuk mengadakan saluran bagi orang ramai amnya untuk menyimpan wang, untuk mengadakan peruntukan bagi memindahkan hakmilik dan meletakhakkan fungsi, aset dan liabiliti Bank Simpanan Pejabat Pos kepada Bank itu dan untuk membuat peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Disember 1974, P.U. (B) 611–A/1974] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

______________________________________________________________

* CATATAN—Akta ini akan dimansuhkan oleh Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 [Akta 571] apabila

Akta 571 mula berkuat kuasa.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

“Bank” ertinya Bank Simpanan Nasional yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Bank Simpanan Pejabat Pos” ertinya Bank Simpanan Pejabat Pos yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat Pos 1948 [Akta 113];

“bunga” termasuklah bonus dan apa-apa faedah kewangan yang lain

(dengan apa jua nama disebut) yang kena dibayar atas deposit dan akaun lain dengan Bank;

“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 9 dan termasuklah seseorang yang dilantik untuk bertindak sebagai Ketua

Eksekutif;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah yang disebut dalam seksyen 6;

“pegawai” termasuklah Ketua Eksekutif;

“pengarah” ertinya seseorang ahli Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 6 dan termasuklah Pengerusi dan pengarah silih ganti;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga;

“perkhidmatan giro” ertinya suatu perkhidmatan akaun semasa yang membenarkan pemegang akaun memberikan arahan pembayaran kepada

Bank dan yang membenarkan Bank menerima bayaran ke dalam akaun seseorang pemegang akaun daripada mana-mana pihak;

“sekuriti” ertinya debentur, saham dan syer dalam sesuatu syarikat awam atau perbadanan, atau bon sesuatu kerajaan atau sesuatu badan, perbadanan atau bukan perbadanan, dan termasuklah apa-apa hak atau opsyen yang berkenaan dengannya dan apa-apa kepentingan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 84 Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“sijil simpanan premium” ertinya sijil simpanan bernombor yang dikeluarkan oleh Bank bagi sesuatu akaun deposit yang baginya tiada bunga akan dibayar tetapi yang boleh atau tidak boleh menyertai cabutan berkala yang diadakan oleh Bank bagi mengawardkan pembayaran bonus dengan wang tunai atau selainnya;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Bank Simpanan Nasional 9

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENUBUHAN, TUJUAN DAN KUASA

Suggest a correction

Penubuhan dan pemerbadanan

Seksyen 3

Dengan ini ditubuhkan suatu bank simpanan bernama “Bank Simpanan

Open as pageSuggest a correction

Nasional” atau dalam bahasa Inggeris “National Savings Bank”, yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan yang mempunyai kuasa bagi membuat kontrak, memperoleh, memegang, melupuskan atau selainnya membuat apa-apa urusan mengenai harta alih dan harta tak alih dan bagi membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya sendiri.

Seksyen 4

Tujuan Bank

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memaju dan menggembleng simpanan, khususnya daripada penyimpan kecil, dan untuk menggalakkan tabiat jimat cermat dan menyimpan wang;

Suggest a correction

(b)

untuk mengadakan saluran untuk menyimpan wang oleh orang awam amnya;

Suggest a correction

(c)

untuk menggunakan wang Bank itu bagi pelaburan, termasuk membiayai pembangunan ekonomi negara;

Suggest a correction

(d)

untuk mengambil alih fungsi dan tanggungjawab Bank

Simpanan Pejabat Pos; dan

Suggest a correction

(e)

untuk memajukan kepentingan pendeposit dan pelanggannya yang lain.

Kuasa Bank

Suggest a correction

Seksyen 5

Bagi maksud menjalankan tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 4,

Open as pageSuggest a correction

Bank boleh—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

(a)

menerima sebagai deposit daripada pelanggannya atau memungut bagi pihak mereka wang yang boleh dibayar balik sama ada atas permintaan atau selainnya;

Suggest a correction

(b)

memberikan pinjaman dan pendahuluan kepada, atau memberikan gerenti bagi faedah, pendeposit dan pelanggannya yang lain bagi maksud perumahan dan apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan membuat perjanjian bagi maksud ini;

Suggest a correction

(c)

melabur dalam sekuriti Kerajaan atau Kerajaan mana-mana

Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam atau dalam sekuriti lain bagi maksud yang sesuai dengan tujuannya;

Suggest a correction

(d)

menggalakkan pembentukan sesuatu syarikat perbadanan atau mengambil bahagian dalam menggalakkan sesuatu syarikat itu atau memperoleh sesuatu pengusahaan atau sebahagian daripadanya;

Suggest a correction

(e)

memperoleh tanah dan harta bagi atau berhubung dengan penjalanan kuasanya, dan memajukan tanah dan harta itu;

Suggest a correction

(f)

melupuskan atau memajakkan atau selainnya membuat apa-apa urusan mengenai kesemua atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan atau hartanya;

Suggest a correction

(h)

menerima sekuriti dan barang berharga yang lain daripada pelanggan untuk disimpan dengan selamat;

Suggest a correction

(i)

melevi sesuatu bayaran bagi apa-apa perkhidmatan yang diberi olehnya;

Suggest a correction

(j)

menyenggara akaun dengan Kerajaan, Kerajaan mana-mana

Negeri, bank dan institusi kewangan yang lain;

Suggest a correction

(k)

membuka cawangan dan melantik ejen atau koresponden;

Suggest a correction

(l)

mengendalikan skim bagi mengeluarkan dan menganjurkan sijil simpanan premium yang boleh ditebus sama ada apabila dikehendaki atau selainnya dan, walau apa pun peruntukan

Bank Simpanan Nasional 11

mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, mengadakan, menganjurkan, merancang dan mentadbirkan cabutan untuk mengawardkan pembayaran bonus kepada pemegang sijil simpanan premium yang dikeluarkan;

(la) mengadakan, mengendalikan dan menguruskan apa-apa produk atau perkhidmatan lain yang perlu bagi maksud mencapai tujuan Bank dan mengenakan caj bagi produk dan perkhidmatan sedemikian; dan

Suggest a correction

(m)

menjalankan urusan am sesuatu bank simpanan dan membuat segala perkara lain yang bersampingan dengan atau yang berfaedah kepada pencapaian tujuannya.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ahli Lembaga Pengarah hendaklah dilantik mengikut nama oleh

Menteri dan hendaklah terdiri daripada—

(b)

seorang wakil Kementerian Kewangan, yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;

Suggest a correction

(e)

tidak kurang daripada empat orang pengarah lain dan mereka itu hendaklah orang yang berkenamaan dan berpengalaman dalam perkara yang berhubungan dengan perbankan, perniagaan atau industri; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan seseorang pengarah, seseorang pengarah silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang ahli Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pengarah silih ganti hendaklah terhenti menjadi pengarah silih ganti apabila pengarah yang berkenaan dengannya dia menjadi pengarah silih ganti itu terhenti menjadi seorang ahli Lembaga.

Syarat pelantikan Pengerusi dan pengarah

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

Pengerusi hendaklah dilantik selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan layak dilantik semula; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana pengarah lain (selain Ketua Eksekutif) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak dilantik semula.

Suggest a correction

(2)

Pengarah hendaklah dibayar oleh Bank apa-apa gaji, bayaran atau elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Dalam masa Pengerusi tidak berdaya buat sementara oleh sebab sakit atau dalam masa Pengerusi tidak ada buat sementara di Malaysia, Timbalan

Pengerusi boleh bertindak sebagai Pengerusi sementara, dan jika kedua-dua

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak ada, Menteri boleh melantik seorang daripada pengarah lain itu untuk menjadi Pengerusi sementara.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh pada bila-bila masa menamatkan pelantikan Pengerusi atau mana-mana pengarah yang—

Bank Simpanan Nasional 13

(a)

bersalah atas salah laku yang berat berhubung dengan jawatannya;

Suggest a correction

(b)

tidak menghadiri mesyuarat Lembaga lebih daripada tiga kali berturut-turut, kecuali apabila bercuti atau dengan kelulusan

Menteri;

Suggest a correction

(c)

tidak mematuhi kewajipannya di bawah seksyen 12; atau

Suggest a correction

(d)

pada pendapat Menteri, tidak lagi layak menjadi Pengerusi atau pengarah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Seseorang tidak boleh dilantik atau tidak boleh lagi menjadi Pengerusi atau pengarah Bank jika dia—

(a)

disabitkan oleh sesuatu mahkamah undang-undang atas sesuatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun, atau disabitkan atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan fraud atau kecurangan dan dia belum mendapat pengampunan;

Suggest a correction

(b)

menjadi seorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berdaya menjalankan kewajipannya; atau

Suggest a correction

(c)

menjadi seorang bankrap atau membuat apa-apa perkiraan atau komposisi dengan pemiutangnya;

Suggest a correction

(d)

(Dipotong oleh Akta A397).

Pelantikan dan kewajipan Ketua Eksekutif

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Eksekutif—

(a)

(Dipotong oleh Akta A1389);

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

Suggest a correction

(b)

hendaklah bertanggungjawab kepada

Lembaga terhadap pentadbiran dan pengurusan Bank yang sempurna, mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(c)

boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, memberikan keputusan dan menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Bank; dan

Suggest a correction

(d)

adalah bertanggungjawab kepada Lembaga terhadap perbuatan dan keputusannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Ketua

Eksekutif hendaklah menumpukan seluruh masa profesionalnya kepada perkhidmatan Bank:

Dengan syarat bahawa dia boleh, jika dilantik sedemikian dan dengan kelulusan Menteri, menjadi—

(a)

seorang pengarah, gabenor atau ahli lembaga (dengan apa jua nama disebut) bagi sesuatu bank simpanan antarabangsa atau institusi yang seumpamanya yang bercorak antarabangsa;

Suggest a correction

(b)

seorang pengarah bagi sesuatu perbadanan atau institusi di dalam Malaysia,yang dalamnya Bank mungkin mempunyai kepentingan; atau

Suggest a correction

(c)

seorang pengarah atau ahli lembaga pengurus (dengan apa jua nama disebut) bagi sesuatu pihak berkuasa atau badan awam.

Arahan oleh Menteri

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bank hendaklah memberi Menteri apa-apa maklumat berkenaan dengan kedudukan kewangan dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Bank Simpanan Nasional 15

Mesyuarat Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi, atau jika dia tidak hadir, Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat Lembaga. Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, ahli Lembaga hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk bertindak sebagai Pengerusi.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana tiga orang ahli boleh meminta diadakan sesuatu mesyuarat Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Empat orang ahli Lembaga yang hadir pada sesuatu mesyuarat

Lembaga mencukupkan kuorum.

Suggest a correction

(5)

Segala keputusan dalam sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah mengikut undi lebih suara pengarah yang hadir dan yang mengundi:

Dengan syarat bahawa jika atas sesuatu soal bilangan undi didapati sama banyaknya, Pengerusi atau orang yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberikan suatu undi pemutus.

Jawatankuasa Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 11A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh memilih seseorang anggota Lembaga untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkandi bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

Suggest a correction

(5)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Suggest a correction

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.

Suggest a correction

(7)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(8)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Penzahiran kepentingan pengarah mengenai kontrak, dll.

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, selepas penzahiran itu, pengarah itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangan atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu; dan

Suggest a correction

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud mencukupkan kuorum

Lembaga untuk pertimbangan atau keputusan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa perbuatan atau prosiding Lembaga boleh dipersoalkan atas alasan bahawa seseorang pengarah telah melanggar peruntukan seksyen ini.

Meterai perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi perkataan “Bank Simpanan Nasional” atau “National

Savings Bank” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara yang lain yang memerlukan meterai Bank hendaklah dimeteraikan dengan meterai Bank di hadapan Pengerusi dan Ketua Eksekutif atau beberapa orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi maksud itu, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen dan surat cara lain itu yang dicapkan dengan meterai itu dan tandatangan itu adalah bukti yang cukup bahawa meterai telah dicapkan dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meterai ialah meterai yang sah di sisi undang-undang bagi Bank.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki supaya dimeteraikan boleh dengan cara demikian disempurnakan oleh Bank;

dan sesuatu dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak

Bank oleh seseorang pegawai atau pekerja Bank yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai dan pekerja Bank hendaklah memegang jawatan selama suatu tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan yang ditentukan oleh Lembaga dan diluluskan oleh

Menteri.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

Tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 14A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai dan pekerjanya.

Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Bank dan hukuman itu boleh meliputi—

Suggest a correction

(c)

hendaklah memberi peluang kepada pegawai atau pekerja yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib;

Suggest a correction

(d)

boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan gaji seseorang pegawai atau pekerja semasa menanti selesainya prosiding jenayah atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan untuk membuang kerjanya atau menurunkan pangkatnya;

Bank Simpanan Nasional 19

Suggest a correction

(e)

boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa gaji pegawai atau pekerja—

Suggest a correction

(i)

jika pegawai atau pekerja itu telah disabitkan oleh suatu mahkamah jenayah; atau

(ii)

jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dikenakan ke atas pegawai atau pekerja itu; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(f)

boleh mengadakan peruntukan bagi tatacara pendengaran rayuan oleh Lembaga Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 14C.

Jawatankuasa tatatertib

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 14B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa tatatertib:

(a)

jawatankuasa tatatertib hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan ahli Lembaga Pengarah selain Pengerusi, atau apa-apa bilangan pegawai, atau apa-apa kombinasi ahli Lembaga

Pengarah dan pegawai; dan

Suggest a correction

(b)

pegawai yang menjadi anggota jawatankuasa tatatertib tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada pegawai yang ke atasnya jawatankuasa tatatertib yang dianggotainya mempunyai kuasa tatatertib.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai atau pekerja yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

Suggest a correction

(4)

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 14A.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

Lembaga Rayuan Tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 14C

Open as pageSuggest a correction

(a)

Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan

Tatatertib dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

Suggest a correction

(b)

dua orang anggota lain yang boleh terdiri daripada ahli

Lembaga Pengarah, pegawai atau apa-apa kombinasi ahli

Lembaga Pengarah dan pegawai yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib bagi maksud rayuan itu dengan syarat bahawa—

Suggest a correction

(i)

Ahli Lembaga Pengarah atau pegawai itu bukan anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya menjadi hal perkara rayuan itu; dan

(ii)

pegawai itu tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada pegawai yang membuat rayuan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan, anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

Suggest a correction

(3)

Lembaga Rayuan Tatatertib boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

Surcaj

Suggest a correction

Seksyen 14D

Open as pageSuggest a correction

(a)

tidak atau telah gagal memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Bank yang bagi pemungutannya menjadi atau telah menjadi tanggungjawabnya;

Suggest a correction

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Bank yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi

Bank Simpanan Nasional 21

apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

Suggest a correction

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, kehilangan atau pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta Bank yang lain;

Suggest a correction

(d)

sebagai atau sebagai seorang yang pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod dengan sepatutnya; atau

Suggest a correction

(e)

tidak membuat apa-apa pembayaran, atau yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Bank kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan

Bank.

Suggest a correction

(2)

Bank hendaklah, sebelum orang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

Suggest a correction

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Bank boleh mengenakan surcaj terhadap orang itu sebanyak suatu jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank.

Suggest a correction

(4)

Bank hendaklah menyebabkan supaya Ketua Eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan Ketua

Eksekutif hendaklah selepas itu memberitahu orang yang disurcaj itu.

Suggest a correction

(5)

Bank boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Bank hendaklah dengan serta-merta menyebabkan supaya Ketua Eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu dan Ketua Eksekutif hendaklah memaklumkan orang yang disurcaj itu mengenai penarikan balik itu.

Suggest a correction

(6)

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (3) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Bank oleh orang yang disurcaj itu dan boleh dibawa

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

guaman terhadapnya dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas tindakan guaman Bank dan boleh juga, jika diarahkan sedekimian oleh

Bank, didapatkan kembali melalui potongan daripada—

(b)

pencen orang yang disurcaj itu, secara ansuran bulanan yang setara yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pertukaran anggota perkhidmatan awam ke Bank

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota perkhidmatan awam yang telah, menurut kuasa subseksyen (1), menjadi seorang pegawai atau pekerja Bank boleh tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan memilih secara bertulis sama ada hendak meneruskan perkhidmatan dengan Bank atau kembali kepada perkhidmatan awam; dan jika dia memilih untuk kembali kepada perkhidmatan awam, dia hendaklah dengan itu kembali kepada perkhidmatan itu mengikut terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang dikenakan kepada perkhidmatannya jika dia tidak menjadi seorang pegawai atau pekerja Bank menurut kuasa subseksyen (1); dan perkhidmatannya dengan Bank hendaklah disifatkan sebagai perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.

Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota perkhidmatan awam yang kembali kepada perkhidmatan awam di bawah subseksyen (2) boleh, oleh sebab kekosongan tidak ada dengan serta-merta untuknya dalam perkhidmatan awam, dikehendaki oleh Kerajaan, dan Bank hendaklah membenarkannya, terus lagi berkhidmat dengan Bank selama suatu tempoh tidak melebihi lima tahun.

Suggest a correction

(4)

Pada menentukan sama ada terma dan syarat perkhidmatan kurang atau tidak kurang baiknya, sebagaimana yang disebut terdahulu, perhatian

Bank Simpanan Nasional 23

hendaklah diberi kepada gaji, syarat berhubung dengan penamatan perkhidmatan, faedah persaraan, rawatan perubatan, rumah kediaman, elaun, cuti dan tambang ke luar negeri (jika ada) bagi dirinya dan keluarganya dan apa-apa faedah lain sama ada diperuntukkan bagi dirinya atau balunya atau orang tanggungannya.

Suggest a correction

(5)

Sesuatu soal yang timbul mengenai sama ada sesuatu terma dan syarat perkhidmatan kurang baiknya daripada yang dikenakan kepada perkhidmatan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (2) hendaklah dirujukkan kepada Menteri dan keputusannya mengenai hal itu muktamad.

Kemudahan bagi kakitangan

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Pada menurut tujuannya, Bank boleh memperuntukkan bagi kakitangannya kemudahan pelajaran dan kebajikan, termasuklah—

(a)

biasiswa dan bantuan kewangan yang lain bagi orang yang diambil kerja atau mungkin diambil kerja olehnya; dan

Suggest a correction

(b)

mengadakan rumah, asrama, kelab dan kemudahan pelajaran dan rekreasi yang lain.

Pekhidmat awam

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Seseorang pengarah, pegawai dan pekerja Bank hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574].

Bahagian V

BAHAGIAN V

PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN

Suggest a correction

PENJALANAN URUSAN BANK

Memindahkan hak milik kuasa, hak, dan keistimewaan, aset dan liabiliti

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Semua kuasa, hak dan keistimewaan, harta alih, aset, hutang, tanggungan dan kewajipan yang diletakhakkan pada atau dipunyai oleh Bank

Simpanan Pejabat Pos, dan semua urusan lain yang ditransaksikan olehnya hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, dipindahkan hakmilik dan

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

diletakhakkan pada Bank tanpa pindah hak selanjutnya dan urusannya hendaklah dijalankan oleh Bank.

Seksyen 19

Penerimaan dan pembayaran balik deposit dan bunga yang kena dibayar

Open as pageSuggest a correction

Wang daripada pendeposit dan pelanggan Bank yang lain hendaklah diterima dan dibayar balik mengikut terma dan syarat yang diputuskan oleh

Lembaga; dengan syarat bahawa bunga yang kena dibayar hendaklah mengikut kadar yang diluluskan oleh Menteri.

Seksyen 20

Gerenti Kerajaan

Open as pageSuggest a correction

Pembayaran balik semua wang yang didepositkan ke dalam Bank bersama dengan bunganya digerenti oleh Kerajaan dan jika sekiranya aset

Bank tidak mencukupi untuk membayar tuntutan yang sah di sisi undang-undang daripada tiap-tiap pendeposit, kekurangan itu hendaklah dipertanggungkan kepada dan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan dan Menteri hendaklah membuat suatu perakuan mengenai kekurangan itu kepada Dewan Rakyat dengan seberapa awal yang mungkin.

Seksyen 21

Bunga ke atas pinjaman dan pendahuluan

Open as pageSuggest a correction

Bank boleh mengenakan bunga ke atas pinjaman dan pendahuluan yang dibuat kepada pendeposit dan pelanggan lain mengikut kadar yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa dengan kelulusan Menteri.

Seksyen 22

Kuasa untuk meminjam

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, meminjam daripada Kerajaan, Kerajaan mana-mana Negeri atau daripada mana-mana Bank atau institusi kewangan apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Bank mengikut terma dan tertakluk kepada syarat yang dipersetujui antara pihak yang memberikan pinjaman dengan Bank dan diluluskan oleh Menteri.

Bank Simpanan Nasional 25

Seksyen 23

Peminjaman oleh kakitangan

Open as pageSuggest a correction

(a)

bagi membeli, mendirikan, mengubah dan membaiki rumah yang di dudukinya atau yang dia bercadang hendak menduduki di bawah kaedah-kaedah yang diluluskan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(b)

untuk melepaskan sesuatu rumah daripada sesuatu gadai janji atau beban; atau

Suggest a correction

(2)

Apabila Bank berpuas hati tentang adanya keadaan khas atau yang menimbulkan belas kasihan, Bank boleh meluluskan sesuatu pinjaman atau pendahuluan kepada seseorang pegawai atau pekerja mengikut terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.

Sekatan ke atas pinjaman dan pendahuluan

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Bank tidak boleh memberikan sesuatu pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pengarah atau orang yang baginya seseorang pengarah ialah seorang penggerenti.

Seksyen 25

Pelaburan wang

Open as pageSuggest a correction

(b)

pelaburan lain yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta

Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];

Suggest a correction

(c)

pinjaman perumahan bagi pendeposit dan pelanggan lain mengikut arahan am Menteri;

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

Suggest a correction

(d)

pinjaman dan pendahuluan lain kepada pendeposit dan pelanggan lain bagi maksud yang diluluskan oleh Menteri; dan

Suggest a correction

(e)

sekuriti dan pelaburan lain yang diputuskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa:

Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada apa-apa perubahan yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (2), sekuriti yang dipegang di bawah perenggan (a) tidak boleh kurang daripada 70 peratus, dan sekuriti dan pelaburan yang dipegang di bawah perenggan (e) tidak boleh melebihi 10

peratus, daripada wang yang ada dalam mana-mana satu tahun untuk pelaburan dan yang tidak dikehendaki bagi penggunaan serta-merta oleh

Bank.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, mengubah peratusan yang dinyatakan dalam proviso subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Tiada pelaburan boleh dibuat oleh Bank di luar Malaysia.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Tahun kewangan Bank hendaklah bermula pada satu hari bulan Januari dan berakhir pada tiga puluh satu hari bulan Disember tiap-tiap satu tahun:

Dengan syarat bahawa jika Akta ini mula berkuat kuasa pada suatu tarikh selain satu hari bulan Januari, tahun kewangan pertama ialah sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri atas syor Lembaga.

Seksyen 27

Anggaran tahunan

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah dalam masa tiap-tiap satu tahun menyediakan dan memakai anggaran tahunan pendapatan dan perbelanjaan Bank untuk tahun kewangan yang berikutnya.

Bank Simpanan Nasional 27

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pada penghujung tiap satu tahun kewangan, keuntungan bersih Bank bagi tahun itu hendaklah ditentukan selepas mengambil kira belanja pengendalian dan selepas membuat peruntukan bagi hutang lapuk dan ragu, susut nilai aset, caruman kepada kumpulan wang simpanan atau pencen kakitangan dan apa-apa luar jangkaan lain yang biasanya diperuntukkan oleh bank.

Suggest a correction

(3)

Keuntungan bersih yang ditentukan di bawah subseksyen (2)

hendaklah diuruskan seperti berikut:

(a)

apa-apa bahagian yang diarahkan oleh Lembaga hendaklah diletakkan pada kredit Kumpulan Wang Rizab Am; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa lebihan hendaklah dibawa ke dalam akaun untung-rugi bagi tahun kewangan berikutnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Lembaga boleh menguntukkan apa-apa bahagian Kumpulan Wang

Rizab Am yang perlu bagi maksud—

(a)

menampung kerugian yang timbul daripada apa-apa penilaian semula atau pelupusan aset;

Suggest a correction

(b)

menyenggara pembayaran bunga dengan kadar yang berpatutan ke atas deposit dalam Bank;

Suggest a correction

(c)

menjalankan urusan am Bank; dan 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

Suggest a correction

(d)

apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri sesuai dengan tujuan Akta ini.

Akaun untung rugi, kunci kira-kira dan laporan tahunan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengarahkan supaya akaun untung rugi dan kunci kira-kiranya yang diperakui oleh Ketua Audit Negara, bersama dengan suatu salinan pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, dihantar kepada Menteri dan penyata kewangan dan pandangan itu hendaklah kemudiannya disiarkan dalam Warta;

Suggest a correction

(b)

menghantar kepada Menteri laporan tahunannya berkenaan dengan aktiviti Bank dalam masa tahun kewangan yang lalu dan mengandungi maklumat berhubung dengan pengendalian dan akaun Bank, termasuk suatu penyata mengenai sama ada sesuatu tanggungan luar jangka telah diakujanjikan oleh Bank menurut perenggan 5(b) dalam tempoh yang diliputi oleh penyata kewangan itu; dan

Suggest a correction

(c)

menyiarkan laporan tahunannya bersama dengan penyata kewangan dan pandangan Ketua Audit Negara yang disebut dalam perenggan (a).

Suggest a correction

(2)

Menteri hendaklah mengarahkan supaya salinan dokumen yang disebut dalam perenggan (1)(c) dibentangkan dalam setiap satu Majlis

Parlimen.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

AM

Suggest a correction

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya, dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu boleh dibuat berhubung dengan—

(b)

peruntukan pinjaman dan pendahuluan bagi maksud perumahan dan maksud tertentu yang lain;

Suggest a correction

(e)

pengeluaran dan penganjuran sijil simpanan premium dan hal mengadakan, menganjurkan, merancang dan mentadbirkan cabutan yang berkenaan dengannya:

Dengan syarat bahawa kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berhubung dengan dasar memerlukan kelulusan Menteri.

Kerahsiaan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 32

Bank Simpanan Nasional 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Kuasa untuk melantik wakil

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Bank boleh dengan surat cara yang dimeteraikan dengan meterainya melantik seseorang sama ada di Malaysia atau di sesuatu tempat di luar

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 146

Malaysia, menjadi wakilnya dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakannya.

Seksyen 34

Bank disifatkan sebagai orang Melayu atau bumiputera

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud sesuatu undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang dirizabkan untuk diberi hakmilik kepada orang Melayu atau kepada bumiputera Negeri yang didalamnya tanah itu terletak, Bank hendaklah disifatkan sebagai seorang Melayu atau seorang bumiputera, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Seksyen 35

Penahanan deposit

Open as pageSuggest a correction

(2)

, tiada sesuatu deposit dalam Bank, dan tiada sesuatu bunga atas sesuatu deposit itu, boleh ditahan, diasingkan atau dilevi untuk atau berkenaan dengan apa-apa jua hutang atau tuntutan.

Suggest a correction

(2)

Atas notis mengenai sesuatu tuntutan di bawah sesuatu penghakiman mana-mana mahkamah, sah di sisi undang-undang bagi Ketua Eksekutif mengikut budi bicaranya untuk menyimpan dalam akaun suatu jumlah wang yang cukup untuk menjelaskan tuntutan itu dan untuk membayar kepada mahkamah atas perintahnya amaun tuntutan itu atau sebahagian daripadanya;

tetapi sesuatu mahkamah hendaklah membuat sesuatu perintah di bawah seksyen ini hanya jika mahkamah itu berpuas hati bahawa penghutang penghakiman mempunyai suatu akaun dengan Bank semata-mata bagi faedahnya sendiri.

Kuasa untuk mentadbirkan sumpah

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang, atas sumpah atau ikrar itu, membuat sesuatu pernyataan yang palsu, dan pernyataan itu sama ada diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu, atau tidak diketahuinya sebagai benar, hendaklah disifatkan bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 193

Kanun Keseksaan.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

Suggest a correction

Seksyen 37

Bank Simpanan Nasional 31

Open as pageSuggest a correction

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Bank atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekerja, ejen atau koresponden Bank, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau kemungkiran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 38

Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini

Open as pageSuggest a correction

Semua perkara yang dibuat oleh seseorang atau pihak berkuasa bagi pihak Bank sebagai persediaan bagi dan ke arah pelaksanaan yang sempurna mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, dalam menjangkakan perisytiharan Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan oleh Akta ini; dan semua hak dan tanggungan yang diperoleh atau dikenakan bagi pihak Bank daripada apa-apa perkara yang dibuat sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila mula berkuat kuasanya Akta ini disifatkan sebagai hak dan tanggungan Bank.

Seksyen 39

Pengambilan tanah secara paksa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan sesuatu harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Bank.

Suggest a correction

(3)

Apabila sesuatu harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini,

Bank hendaklah mendapatkan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang kena dibayar mengenai harta itu.

Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua perundangan kecil yang berkuat kuasa sebaik sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan yang dibuat di bawah Akta 1948 hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terus lagi berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah telah dibuat di bawah Akta ini, dan boleh dipinda atau dimansuhkan dengan peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Semua deposit yang dibuat dan semua catatan dalam buku pendeposit, dan semua wang yang dilaburkan dalam sekuriti yang masih lagi belum dijual pada tarikh yang ditetapkan dan semua urusan lain yang ditransaksikan di bawah Akta 1948 hendaklah, setakat yang bersesuaian dengan Akta ini, disifatkan sebagai deposit dan catatan yang dibuat, wang yang dilaburkan dan urusan yang ditransaksikan di bawah Akta ini.

Pindah hakmilik tanah dan harta

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diletakhakkan pada Bank Simpanan Pejabat Pos atau pada seseorang bagi pihaknya hendaklah pada tarikh itu diletakhakkan pada Bank.

Pindah hak milik wang

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Semua wang Bank Simpanan Pejabat Pos atau yang kena dibayar kepadanya hendaklah pada tarikh yang ditetapkan, dipindahkan hak milik kepada Bank atau kena dibayar kepadanya.

Seksyen 43

Kontrak yang sedia ada

Open as pageSuggest a correction

Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan hakmilik di bawah seksyen 41 hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk Bank dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Bank Simpanan Pejabat Pos atau seseorang yang bertindak bagi pihak Bank Simpanan Pejabat Pos, Bank telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

Seksyen 44

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

Open as pageSuggest a correction

Pemansuhan di bawah seksyen 40 atau apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh liabiliti seseorang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan di bawah Akta 1948.

34

Akta 146

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa meminda dari

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia

29-08-1975

(Ringgit) 1975

Akta A397

Akta Bank Simpanan

10-06-1977

Nasional (Pindaan) 1977

Akta A1389

Akta Bank Simpanan

24-02-2011

Nasional (Pindaan) 2011

35

Akta 146

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1

Akta 160

29-08-1975

2

Akta 160

29-08-1975

Akta A397

10-06-1997

Akta A1389

24-02-2011

3

Akta 160

29-08-1975

5

Akta A397

10-06-1977

Akta A1389

24-02-2011

6

Akta A397

10-06-1977

Akta A1389

24-02-2011

8

Akta A397

10-06-1977

Akta A1389

24-02-2011

9

Akta A1389

24-02-2011

11A

Akta A1389

24-02-2011

13

Akta A1389

24-02-2011

14A

Akta A1389

24-02-2011

14B

Akta A1389

24-02-2011

14C

Akta A1389

24-02-2011

14D

Akta A1389

24-02-2011

31

Akta A397

10-06-1977

35

Akta A1389

24-02-2011

36

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

36

Akta A1389

24-02-2011

Common questions

What is BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974?
*AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974 is Malaysia Act, cited as Act 146 1974, currently marked in force and first recorded in 1974.
Is BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974 still in force?
Yes — BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974 is currently in force.
When did BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974 take effect?
BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974 was first recorded in 1974.
How many sections does BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974 have?
BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974 contains 49 sections.
Where can I read the official version of BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974?
The official text of BANK SIMPANAN NASIONAL ACT 1974 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974 (No. 146) | mylaw.my