Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Takaful 1984.
/akn/my/act/act/1984/312
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA TAKAFUL 1984 is Malaysia Act, cited as Act 312 1984, currently marked repealed and first recorded in 1984.
Opening note
Bahagian I
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Takaful 1984.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ajuster”ertinya mana-mana orang yang kerana pampasan, fee, komisen atau gaji menyiasat dan merunding penyelesaian tuntutan yang timbul di bawah kontrak takaful, semata-mata bagi pihak sama ada pengendali takaful atau peserta;
"Akauntan Negara" ertinya Akauntan Negara, Malaysia;
"Akta Koperasi" ertinya Akta Koperasi 1948, atau Ordinan Koperasi 1958 bagi Sabah, atau Ordinan Koperasi bagi Sarawak, mengikut mana yang berkenaan;
“aktuari berkelayakan”ertinya seorang "Fellow" dari Institut Aktuari di England, atau seorang "Fellow" dari Fakulti Aktuari di Scotland, atau seorang "Fellow" dari Persatuan Aktuari di Amerika, atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;
"Bank Negara"
"broker" ertinya mana-mana individu, firma atau syarikat yang kerana pampasan sebagai seorang kontraktor bebas, dengan apa jua cara mensolisit, merundingi atau mendapatkan kontrak takaful atau pembaharuan atau penerusannya bagi pihak peserta selain daripada dirinya;
"caruman" ertinya ansuran takaful yang kena di bayar oleh peserta;
"Daftar" ertinya daftar sijil takaful yang ditubuhkan oleh pengendali takaful di bawah seksyen 15;
"deposit takaful semula" ertinya suatu amaun yang didepositkan dengan atau yang disimpan oleh pengendali takaful melalui sekuriti bagi pelaksanaan oleh pengendali takaful semula bagi kontrak yang menyanggupi liabiliti yang ditanggung beban oleh pengendali takaful;
"faedah takaful" termasuklah apa-apa faedah, sama ada yang berupa wang atau tidak yang dicagarkan dengan sijil takaful, dan "bayar" serta lain-lain ungkapan, jika digunakan berhubungan dengan faedah takaful, hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Takaful yang dilantik di bawah seksyen 54;
"kunci kira-kira statutori" dan "penilaian statutori" masing-masing ertinya suatu kunci kira-kira yang diserahsimpan dengan Ketua Pengarah untuk mematuhi subseksyen (1) seksyen 41, dan suatu penilaian yang keputusannya ditunjukkan dalam suatu kunci kira-kira penilaian yang diserahsimpan dengannya berikutan dari penyiasatan aktuari yang dibuat untuk mematuhi subseksyen (1) seksyen 42 dan—
apa-apa sebutan mengenai kunci kira-kira statutori yang terakhir atau mengenai penilaian statutori yang terakhir hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenainya kepada yang terakhir disediakan atau dibuat dan tidak digantikan dengan terdapatnya data yang mengikutnya suatu kunci kira-kira statutori atau penilaian statutori yang lain disediakan atau dibuat; dan
"pera yang di
"pern yang tu apa uns
"perp faedah i
"peser masa itu dan wal berhak takaful;
"sijil t bagi per am sam diterangl sijil, dan ditafsirka nai sesua sijil yang bawah ap kan oleh kepada p
apa-apa sebutan mengenai terdapatnya lebihan aset dari liabiliti bagi suatu kumpulan wang takaful dalam suatu kunci kira-kira statutori atau pada suatu penilaian statutori hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dengan sebutan mengenai bentuk kunci kira-kira atau kunci kira-kira penilaian yang ditetapkan dan mengenai kaedah-kaedah yang hendaklah diikuti di bawah Akta ini dalam menyediakannya;
"pegawai utama" ertinya seseorang yang, mengikut apa jua nama-jawatan dia dipanggil, dilantik oleh pengendali takaful dan dipertanggungkan dengan tanggungjawab menguruskan hal-ehwal pengendali;
"pengendali" ertinya quat
"pengendali" ertinya suatu syarikat atau persatuan yang menjalankan perniagaan takaful;
"pengendali takaful"
"pengendali takaful", "ejen takaful" dan "broker takaful" ertinya seseorang yang masing-masing menjalankan perniagaan takaful, sebagai pengendali takaful, ejen takaful dan broker takaful;
"peraturan-peraturan"
"peraturan-peraturan" ertinya peraturan-peraturan yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini;
"perniagaan takeful"
"perniagaan takaful" ertinya perniagaan takaful yang tujuan dan kendaliannya tidak melibatkan apaapa unsur yang tidak diluluskan oleh Syariah;
"perpaduan keluarga"
"perpaduan keluarga" ertinya suatu takaful bagi faedah individu dan keluarganya;
"peserta" termasuklah
“peserta” termasuklah pemegang serahhak pada masa itu jika sesuatu sijil telah diberi kepadanya, dan wakil-wakil diri peserta yang mati jika mereka berhak mendapat faedah sijil itu daripada pengendali takaful;
“sijil takaful” termasuklah
"sijil takaful" termasuklah apa-apa kontrak takaful bagi perniagaan perpaduan keluarga atau perniagaan am sama ada atau tidak terkandung dalam atau diterangkan oleh suatu instrumen dalam bentuk sijil, dan sebutan mengenai pengeluaran sijil hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. Sebutan-sebutan mengenai sesuatu sijil pengendali takaful termasuklah apa-apa sijil yang berkenaan dengannya pengendali adalah di bawah apa-apa liabiliti, sama ada sijil itu telah dikeluarkan oleh pengendali atau liabiliti itu telah berpindah kepada pengendali daripada seorang pengendali lain;
"takaful"ertinya suatu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu;
"takaful semula" ertinya suatu perkiraan yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip takaful yang baik bagi takaful semula liabiliti berkenaan dengan risiko-risiko yang ditanggung atau yang akan ditanggung oleh pengendali takaful semasa dia menjalankan perniagaan takaful;
"tempoh perakaunan", berhubungan dengan pengendali takaful, ertinya tempoh yang baginya pengendali menyediakan akaun perniagaan takaful yang dijalankan olehnya di Malaysia.
Bagi maksud-maksud Akta ini—
perniagaan perpaduan keluarga yang, sebagai tambahan kepada semua perniagaan takaful berkenaan dengan sijil perpaduan, adalah termasuk, dalam hal pengendali takaful, apa-apa jenis perniagaan takaful yang dijalankan hanya sebagai sampingan kepada perniagaan perpaduan lain oleh pengendali itu; dan
perniagaan am, iaitu, semua perniagaan takaful yang bukan perniagaan perpaduan keluarga, dan mentakaful semula liabiliti di bawah sijil takaful hendaklah dianggap sebagai perniagaan takaful bagi kelas dan jenis yang mana sijil itu dimaksudkan kiranya ia dikeluarkan oleh pengendali takaful semula;
sebutan mengenai penjalanan perniagaan takaful termasuklah penjalanannya melalui seorang ejen, atau sebagai ejen;
pengendalian, selain dari untuk mendapat keuntungan, sesuatu skim atau perkiraan berhubungan dengan perkhidmatan dalam pejabat atau pekerjaan tertentu, dan mempunyai tujuan atau salah satu daripada tujuannya untuk membuat peruntukan berkenaan dengan orang-orang yang berkhidmat di dalamnya terhadap persaraan atau persaraan separa, masa depan atau terhadap penamatan khidmat masa depan disebabkan kematian atau ketakupayaan, atau terhadap perkara-perkara yang serupa, tidaklah boleh dianggap sebagai menjalankan perniagaan takaful; dan
tiada pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 boleh disifatkan menjadi pengendali takaful, dan oleh itu tiada ejen bagi pertubuhan itu boleh sebagai sedemikian disifatkan menjadi ejen takaful itu; dan tiada apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai sijil atau kontrak takaful boleh dipakai bagi apa-apa sijil atau kontrak di mana suatu takaful dilaksanakan oleh pertubuhan itu.
Bahagian II
Sekatan am ke atas pengendali takaful
oleh suatu syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965; atau
Tiada syarikat atau koperasi seperti itu boleh menjalankan perniagaan perpaduan keluarga atau perniagaan am atau kedua-duanya di Malaysia sebagai pengendali takaful melainkan jika—
ia didaftarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan kelas perniagaan itu atau kedua-duanya;
dalam hal syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 dan koperasi yang disebutkan dalam subseksyen (1) (b), ia mengekalkan pada setiap masa lebihan aset dari liabiliti sebanyak tidak kurang daripada amaun yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa;
Bagi maksud-maksud subseksyen (2) (b), lebihan aset hendaklah dalam bentuk wang tunai atau sekuriti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, atau manamana gabungannya.
Bagi maksud-maksud seksyen ini, nilai aset dan liabiliti takaful boleh ditentukan mengikut dasar yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa.
Seseorang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lapan puluh ribu ringgit, dengan ditambah sebanyak enam belas ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari yang dia dibuktikan telah melakukannya, atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Jika seseorang mengemukakan dirinya sebagai pengendali takaful berdaftar berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga atau perniagaan am atau keduaduahya manakala dia tidak didaftarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan perniagaan itu, maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh dua belas bulan atau kedua-duanya, dan denda harian tidak melebthi empat riou ringgit.
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh enam bulan atau kedua-duanya dan denda harian tidak melebihi empat ratus ringgit.
Mana-mana orang yang bersengaja enggan untuk menyerahkan buku, akaun dan rekod atau untuk membenarkan buku, akaun dan rekod itu dipeniksa adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh dua belas bulan atau kedua-duanya dan denda harian tidak melebih empat ribu ringgit.
Sesuatu permohonan untuk didaftarkan berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga atau perniagaan am boleh dibuat oleh suatu syarikat atau pertubuhan yang telahpun didaftarkan berkenaan dengan yang satu lagi itu.
Ketua Pengarah tidaklah dikehendaki menimbang sesuatu permohonan melainkan jika ianya dibuat secara bertulis, dan dia telah dilengkapkan dengan dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan atau sebagaimana yang dikehendakinya dalam kes tertentu itu.
Ketua Pengarah boleh enggan mendaftarkan seseorang pemohon jika, selepas siasatan yang sesuai, dia berpuas hati bahawa nama pemohon itu tidak mungkin memperdayai disebabkan persamaan namanya dengan nama mana-mana badan yang lain.
Ketua Pengarah boleh juga enggan mendaftarkan seseorang pemohon melainkan jika dia berpuas hati—
bahawa tujuan dan kendalian perniagaan takaful yang hendak dijalankannya itu tidak akan melibatkan apa-apa unsur yang tidak diluluskan oleh Syariah; dan
bahawa terdapatnya dalam Artikel Persatuan pengendali takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Lembaga Pengawasan Syariah untuk menasihat pengendali tentang kendalian perniagaan takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan oleh Syariah.
Jika Ketua Pengarah
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa seseorang pemohon telah mematuhi semua kehendak seksyen ini, dia hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Menteri; dan, jika Menteri mengarahkan sedemikian, Ketua Pengarah tidaklah boleh mendaftarkan pemohon itu dan pemohon itu hendaklah diberi talu tentang arahan itu.
Ketua Pengarah tidaklah boleh mendaftar seseorang pemohon berkenaan dengan perniagaan takaful dari kedua-dua kelas sehingga Akauntan Negara memperakukan kepadanya bahawa pemohon telah membuat deposit yang dikehendaki oleh Akta ini berkenaan dengan perniagaan itu.
Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis mengenai apa-apa pendaftaran perniagaan takaful disiarkan dalam Warta.
Menteri boleh menetapkan fee pendaftaran yang berlainan bagi perniagaan takaful dari kelas yang berlainan.
mengenakan syarat-syarat pendaftaran ke atas pengendali; atau membatalkan apa-
menambah, mengubah atau membatalkan apaapa syarat pendaftaran yang ada yang dikenakan ke atas pengendali, yang telah pun didaftarkan di bawah Akta ini supaya terus didaftarkan sedemikian.
Mana-mana pengendali yang tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak dua puluh ribu ringgit dan denda harian sebanyak empat ribu ringgit.
pengendali mengejar matlamat atau menjalankan kendalian yang melibatkan apa-apa unsur yang tidak diluluskan oleh Syariah;
pengendali belum lagi memulakan perniagaan dalam masa dua belas bulan selepas didaftarkan;
pengendali tidak lagi menjalankan perniagaan takaful berkenaan dengan mana-mana kelas perniagaan;
pengendali gagal mengekalkan lebihan aset dari liabiliti mengikut subseksyen (2) (b) seksyen 4;
pengendali telah mengabaikan atau enggan mematuhi perintah Ketua Pengarah untuk mengganti apa-apa kekurangan, bila-bila masa sahaja kumpulan wang takafulnya telah menjadi kurang;
pengendali bercadang untuk membuat, atau telah membuat apa-apa komposisi atau perkiraan dengan pemiutang-pemiutangnya atau telah dilikuidasikan atau telah digulung atau selainnya dibubarkan;
pengendali menjalankan perniagaannya mengikut cara yang mungkin merosakkan kepentingan peserta-pesertanya;
pengendali telah gagal melaksanakan perkiraan takaful semula dengan memuaskan hati;
pengendali melanggar atau telah melanggar peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan atau apa-apa syarat yang dikenakan atau apa-apa arahan yang diberi oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini;
pengendali telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana pegawainya yang berpangkat pengurus atau eksekutif telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;
pengendali telah memberikan maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat atau telah menyembunyikan atau tidak menzahirkan fakta-fakta matan dalam permohonannya bagi pendaftaran; atau
Ketua Pengarah hendaklah sebelum membatalkan apa-apa pendaftaran di bawah subseksyen (1) menyebabkan diberi kepada pengendali yang berkenaan notis secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian, dengan menyatakan suatu tarikh, tidak kurang daripada empat belas hari selepas tarikh notis itu, bila pembatalan akan berkuatkuasa dan memanggil pengendali untuk memberi sebab kepada Ketua Pengarah mengapa pendaftaran itu tidak patut dibatalkan.
Wal orang pen selagi pe liabiliti be oleh kel dengan I ambil ap nya perl
Ketua F peruntuk untuk li ada atau akan ca
Walaupun pada hakikatnya pendaftaran seseorang pengendali telah dibatalkan di bawah seksyen ini, selagi pengendali masih berada di bawah apa-apa liabiliti berkenaan dengan sijil Malaysia yang dipunyai oleh kelas perniagaan takaful yang dimaksudkan dengan pendaftaran itu, pengendali hendaklah mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah untuk memuaskan hatinya bahawa peruntukan yang munasabah telah atau akan dibuat untuk liabiliti itu dan bahawa perkiraan secukupnya ada atau akan ada bagi membuat bayaran di Malaysia akan caruman dan tuntutan ke atas sijil itu.
Apabila Ketua Pengarah telah membatalkan suatu pendaftaran di bawah subseksyen (1) dia hendak-lah dengan serta-merta memberitahu pengendali tentang pembatalan itu.
Mana-mana pengendali yang pendaftarannya telah dibatalkan menurut seksyen ini boleh, dalam masa enam puluh hari setelah diberitahu secara bertulis tentang pembatalan itu, merayu terhadap perintah pembatalan itu kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad.
Suatu perintah pembatalan yang dibuat oleh Ketua Pengarah, atau jika terdapat suatu rayuan, keputusan Menteri yang mengesahkan perintah pembatalan itu tidaklah boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh empat belas hari selepas pengendali telah diberitahu secara bertulis tentang perintah atau keputusan itu.
pengendali hendaklah berhenti, dari tarikh pembatalan itu, menjalankan perniagaan takaful di Malaysia dari kelas yang berkenaan dengannya pendaftarannya telah dibatalkan di bawah Akta ini, selain daripada melalui pungutan atau penerimaan caruman atas sijil Malaysia yang tergolong dalam kelas itu yang dilaksanakan sebelum tarikh pembatalan pen-daftaran dan subseksyen (2) seksyen 4 tidaklah terpakai bagi pengendali berkenaan dengan pungutan atau penerimaan caruman itu.
Peruntukan-peruntukan subseksyen (1) (a) tidak-lah menjejaskan penguatkuasaan oleh mana-mana peserta atau orang akan apa-apa hak atau tuntutan terhadap pengendali atau oleh pengendali akan apa-apa hak atau tuntutan terhadap mana-mana peserta atau orang.
Apa-apa deposit tersebut hendaklah dibuat dengan wang tunai atau sekuriti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau sebahagiannya dengan satu cara dan sebahagiannya lagi dengan cara yang satu lagi; dan apa-apa wang tunai yang terkandung dalam suatu deposit boleh dilaburkan mengikut apa-apa cara yang tidak bertentangan dengan Syariah sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
Semua pendapatan yang terakru berkenaan dengan suatu deposit adalah kena dibayar kepada pengendali yang membuat deposit itu.
Suatu deposit yang dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan sesuatu kelas perniagaan takaful hendaklah disimpan oleh Akauntan Negara sehingga pengendali tidak lagi didaftarkan berkenaan dengan kelas perniagaan takaful itu atau deposit itu dikehendaki semasa menggulung pengendali, dan jika pengendali tidak lagi didaftarkan seperti tersebut di atas, deposit itu atau sebahagian daripadanya boleh disimpan selanjutnya bagi maksud dan mengikut mana-mana peruntukan bagi liabiliti berkenaan dengan sijil sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (3) seksyen 11.
Jika pada bila-bila masa suatu deposit di bawah seksyen ini (selain dari suatu deposit yang disimpan setelah pengendali tidak lagi didaftarkan seperti tersebut di atas) terdiri dari aset selain dari sekuriti Kerajaan dan nilai aset itu adalah kurang daripada jumlah
TAKAFUL wang yang ditetapkan menurut subseksyen (1) yang dikurangkan oleh nilai bagi mana-mana sekuriti Kerajaan yang terkandung dalam deposit itu, maka Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis mengarahkan pengendali menambah kepadanya dalam masa dua puluh lapan hari selepas penyampaian notis itu, wang tunai atau sekuriti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang bernilai tidak kurang daripada perbezaan itu.
Seseorang pengendali yang telah membuat suatu deposit di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa menggantikan mana-mana aset yang terkandung dalam deposit tunai atau sekuriti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, selagi nilai deposit itu tidak dengan demikian itu dikurangkan kepada suatu amaun yang kurang daripada amaun yang dikehendaki oleh Akta ini.
Dalam subseksyen yang disebut terdahulu "sekuriti" (kecuali dalam ungkapan "sekuriti Kerajaan") termasuklah apa-apa bentuk pelaburan yang tidak bertentangan dengan Syariah, dan "sekuriti Kerajaan" ertinya sekuriti yang mana prinsipal atau dividennya dicagarkan secara langsung atau dengan jalan gerenti ke atas Kumpulan Wang Disatukan bagi Persekutuan atau mana-mana Negeri, tetapi tiada deposit boleh termasuk—
apa-apa syer, atau lain-lain sekuriti bagi seseorang pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini;
kecuali setakat mana suatu hutang yang terkandung dalam deposit dijamin ke atas tanah, apa-apa harta atau kepentingan ke atas tanah; atau
apa-apa sekuriti yang dibenarkan dalam perenggan 2,3,4,5 dan 6 Jadual Pertama yang mana Menteri atas nasihat Ketua Pengarah dan Akauntan Negara mengisytiharkan secara bertulis kepada pengendali sebagai tidak sesuai bagi maksud suatu deposit.
Jika menurut subseksyen (7) (c) apa-apa sekuriti yang terkandung dalam suatu deposit diisytiharkan tidak sesuai, pengendali hendaklah dalam masa satu bulan kalendar setelah sekuriti itu diisytiharkan sedemikian, menggantikannya dengan apa-apa sekuriti lain sebagaimana yang dibenarkan oleh seksyen ini.
Apa-apa jumlah wang yang didepositkan oleh suatu bank menurut suatu perjanjian yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diuruskan di bawah atau bagi maksud-maksud Akta ini seolah-olah ianya adalah jumlah wang yang didepositkan oleh pengendali di bawah seksyen 13.
Seksyen ini tidaklah boleh membenarkan suatu perjanjian digantikan di bawah subseksyen (6) seksyen 13 bagi aset yang terkandung dalam sesuatu deposit.
Tertakluk k masukkan dalam pengendali, dan t Daftar boleh dikel dali adalah bertan
Jika penge di bawah Akta in perniagaan takaf wujud sebagai su mengenai sijil y itu dan apa-apa yang didaftarka kan sewajarnya
Tertakluk lah, walaupun daripada menjatakaful di Mal bagi sijil yang dali adalah be sijil yang dididaftarkan p
Maka wang takafu kaitkan de maksudkan pendapatan kandung da kan hanya dan perbe dengan wa
Tertakluk kepada seksyen ini, hendaklah di masukkan dalam Daftar kesemua sijil Malaysia bagi pengendali, dan tiada sijil yang dimasukkan dalam Daftar boleh dikeluarkan dari Daftar itu selagi pengendali adalah bertanggungan berkenaan dengan sijil itu.
Seseorang pengendali hendaklah, atas permintaan seseorang yang mempunyai kepentingan dalam manamana sijil pengendali, memberitahunya sama ada atau tidak sijil itu dimasukkan dalam Daftar.
Jika pengendali terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan mana-mana kelas perniagaan takaful, Daftar hendaklah terhenti daripada wujud sebagai suatu daftar statutori di bawah Akta ini mengenai sijil yang tergolong dalam perniagaan kelas itu dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai sijil yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Tertakluk kepada subseksyen (4), Daftar hendaklah, walaupun pengendali pada bila-bila masa terhenti daripada menjalankan mana-mana kelas perniagaan takaful di Malaysia, terus disenggara oleh pengendali bagi sijil yang tergolong dalam kelas itu selagi pengendali adalah bertanggungan berkenaan dengan apa-apa sijil yang didaftarkan atau yang dikehendaki supaya didaftarkan pada masa itu.
Maka hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang takaful semua penerimaan pengendali yang dikaitkan dengan wajar dengan perniagaan yang dimaksudkan dengan kumpulan wang itu (termasuk pendapatan kumpulan wang itu), dan aset yang terkandung dalam kumpulan wang itu hendaklah digunakan hanya untuk memenuhi sebahagian dari liabiliti dan perbelanjaan yang boleh dikaitkan sedemikian dengan wajar.
Dalam hal suatu kumpulan wang yang ditubuhkan berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga, tuada bahagian daripada kumpulan wang itu boleh diiuntukkan sebagai faedah takaful kepada pesertapeserta kecuali dengan kelulusan aktuari berkelayakan dan dari lebihan aset atas liabiliti sebagaimana yang ditunjukkan pada penilaian statutori yang terakhir bagi kumpulan wang itu dan apabila membuat apa-apa penguntukan seperti itu, lebihan tersebut hendaklah, bagi maksud-maksud seksyen ini, dianggap sebagai dikurangkan sebanyak amaun yang diiuntukkan itu.
Dalam suatu penggulungan, aset yang terkandung dalam deposit yang dibuat oleh pengendali di bawah Akta ini berkenaan dengan mana-mana satu kelas perniagaan hendaklah dianggap sebagai aset kumpulan wang takaful yang ditubuhkan oleh pengendali berkenaan dengan perniagaan kelas itu, dan subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi aset itu sewajarnya.
Sesuatu kumpulan wang takaful yang ditubuhkan oleh pengendali bagi mana-mana kelas perniagaan hendaklah, walaupun pengendali itu pada bila-bila masa terhenti daripada menjalankan kelas perniagaan itu di Malaysia, terus disenggara oleh pengendali selagi pengendali dikehendaki oleh Akta ini supaya menyenggara Daftar bagi sijil yang tergolong dalam kelas itu.
Tertakluk kepada seksyen 24, aset mana-mana kumpulan wang takaful adalah—
nilai aset Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, dengan apaapa tambahan sebagaimana dibenarkan oleh subseksyen (4), adalah tidak kurang daripada lapan puluh peratus daripada jumlah nilai aset kumpulan wang; dan
nilai pelaburan dalam sekuriti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dikeluarkan di Malaysia adalah tidak kurang daripada lima belas peratus dari jumlah nilai aset kumpulan wang itu pada bila-bila masa.
Bagi maksud-maksud subseksyen (2), maka bolehlah ditambah kepada nilai butiran-butiran yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, amaun atau nilai apa-apa aset kumpulan wang dari jenis-jenis yang berikut:
caruman yang belum dibayar ke atas sijil perpaduan keluarga yang mana liabiliti masa depan boleh dipenuhi dari aset kumpulan wang;
jumlah wang yang merupakan dapatan kembali tuntutan-tuntutan dari pengendali takaful semula di dalam atau di luar Malaysia.
Menteri boleh, berkenaan dengan aset manamana kumpulan wang takaful, menghendaki seseorang pengendali takaful supaya—
mendapatkan, sebelum tamatnya tempoh tertentu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri kese-luruhan atau suatu bahagian tertentu pelaburan dari kelas atau jenis tertentu yang dipegang oleh pengendali semasa kehendak itu dibuat.
Bagi maksud seksyen ini, aset dari semasa ke semasa yang merupakan apa-apa deposit pengendali takaful semula yang dipegang oleh pengendali takaful untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang hendaklah dengan persetujuan pengendali takaful semula dianggap sebagai aset kumpulan wang.
membayar apa-apa dividen atas syernya sehingga semua perbelanjaan modalnya (termasuk perbelanjaan permulaan, perbelanjaan kelolaan, komisen penjualan syer, bayaran broker, amaun kerugian yang ditanggung, dan apa-apa butiran perbelanjaan lain yang tidak merupai aset zahir) telah diselesaikan sepenuhnya;
memberi suatu pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan terhadap sekuriti syernya sendiri;
kecuali dalam apa-apa hal-keadaan khas dan sebanyak amaun sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, memberi pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan—
kepada mana-mana pengarahnya selain dari pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan yang dijamin oleh sijil di atas nama pengarah;
kepada suatu firma di mana ia atau mana-mana dari pengarahnya mempunyai apa-apa kepentingan sebagai pekongsi, pengurus, atau ejen, atau kepada seorang individu atau suatu firma yang untuknya mana-mana pengarahnya, adalah seorang penggerenti;
kepada syarikat yang mana-mana dari pengarahnya mempunyai dua puluh peratus daripada syer mengundi atau lebih;
kepada syarikat yang pengendalinya mempunyai dua puluh peratus daripada syer mengundi atau lebih;
kepada syarikat yang mempunyai dua puluh peratus daripada syer mengundi pengendali atau lebih; dan
kepada syarikat dalam mana syarikat yang tersebut dalam subperenggan (v) mempunyai dua puluh peratus daripada syer mengundi atau lebih;
kecuali dalam apa-apa hal-keadaan khas dan sebanyak apa-apa amaun sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, memberi kepada seseorang selain dari pekerjanya atau kepada orang-orang yang tersebut dalam perenggan (c) suatu pendahuluan tak bercagar, pinjaman tak bercagar, kemudahan kredit bercagar atau kemudahan pembaiyaan tak bercagar;
kecuali dalam apa-apa hal-keadaan khas sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, bertindak sebagai penggerenti atas suatu pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembaiyaan yang diberi kepada mana-mana orang yang tersebut dalam perenggan (c); dan
kecuali dengan kelulusan Ketua Pengarah, menyandar, menggadaijanji atau mencagarkan mana-mana aset atau sekuritinya.
Semua pengarah pengendali adalah bertanggungan secara bersesama atau berasingan untuk menanggung rugi pengendali terhadap apa-apa kerugian yang timbul dari pembuatan pendahuluan tak bercagar, pinjaman tak bercagar, kemudahan kredit tak bercagar atau kemudahan pembiayaan tak bercagar.
Bagi maksud-maksud subseksyen (1), "pengarah" hendaklah disifatkan termasuk isteri, suami, bapa, ibu, anak lelaki atau anak perempuan pengarah.
Bagi maksud-maksud seksyen ini dan seksyen 19, "pendahuluan tak bercagar", "pinjaman tak bercagar", "kemudahan kredit tak bercagar" atau "kemudahan pembiayaan tak bercagar" masing-masing ertinya—
suatu pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembaiyaan yang dibuat tanpa sekuriti; atau
dalam hal pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan yang dibuat dengan sekuriti, mana-mana bahagian dari pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan itu yang pada bila-bila masa melebihi—
nilai pasaran bagi aset yang menjadi sekuriti itu; atau menjadi sekuriti yang di-
nilai aset yang menjadi sekuriti yang ditaksir atas dasar yang diluluskan oleh Ketua Pengarah jika dia berpuas hati bahawa tidak ada nilai pasaran yang tetap.
Tiada apa jua pun boleh menghalang pengendali daripada melaburkan wangnya mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh Syariah.
Bagi maksud-maksud subseksyen (1), suatu notis am yang diberi kepada lembaga pengarah pengendali oleh seorang pengarah yang menyatakan bahawa dia mempunyai kepentingan dalam enterpris, pengusahaan, firma, atau syarikat tertentu bahawa dia hendaklah dianggap mempunyai kepentingan dalam pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembaiyaan yang boleh, selepas tarikh notis itu, diberikan kepada enterpris, pengusahaan, firma atau syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai akuan yang mencukupi tentang kepentingan berhubungan dengan pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembaiyaan yang diberi sedemikian jika—
ia menyatakan jenis dan takat kepentingannya dalam enterpris, pengusahaan, firma atau syarikat itu; dan
pada masa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit atau kemudahan pembaiyaan itu dibuat, kepentingannya tidak berbeza dari segi jenis atau lebih takatnya daripada yang telah dinyatakan dalam notis itu.
Setiap pengarah pengendali yang memegang sesuatu jawatan atau memiliki apa-apa harta yang kerananya, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, suatu tugas atau suatu kepentingan mungkin timbul yang bercanggah dengan tugas atau kepentingan yang sedemikian itu, pengarah itu hendaklah membuat akuan dalam mesyuarat pengarah pengendali akan fakta, jenis dan takat percanggahan yang mungkin timbul itu.
Akuan y hendaklah dibu pertama yang
Setiausa lah menyebal yang dibuat ini dalam n datang sete diberi dan d mesyuarat i
seksy oleh atau di Mala hendakl dilulusk terma-te
Deng dalam di baw hati b mengil peserta dokur seseor atas t
Akuan yang tersebut dalam subseksyen (3) hendaklah dibuat dalam mesyuarat pengarah yang pertama yang diadakan—
(jika telahpun menjadi pengarah) setelah orang itu mula memegang jawatan atau memiliki harta yang kerananya percanggahan itu mungkin timbul.
Setiausaha lembaga pengarah pengendali hendaklah menyebabkan dibawa dan dibaca apa-apa akuan yang dibuat atau notis yang diberi di bawah seksyen ini dalam mesyuarat lembaga pengarah yang akan datang setelah akuan itu dibuat atau notis itu diberi dan dia hendaklah merekodkannya dalam minit mesyuarat itu.
Mana-mana pengarah atau setiausaha kepada lembaga pengarah yang bertindak berlawanan dengan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Seseorang pengendali yang telah menubuhkan kumpulan wang takaful hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis orang yang menjaga apa-apa dokumen itu bagi pihak pengendali.
Apa-apa dokumen yang disimpan oleh Ketua Pengarah atau oleh seseorang yang diluluskan olehnya menurut proviso kepada subseksyen (1) tidaklah boleh dilepaskan kecuali dengan mendapat izin secara bertulis daripada Ketua Pengarah.
Apa-apa dokumen tersebut yang pada masa itu dipegang oleh atau bagi pihak pengendali hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam notis yang diberi secara bertulis oleh Ketua Pengarah kepada pengendali atau orang yang menyimpan dokumen itu, dikemukakan untuk pemeriksaan kepada Ketua Pengarah atau seorang yang dinamakan olehnya oleh orang yang kepadanya notis itu diberi.
Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit dan denda harian tidak melebihi dua ratus ringgit.
Maka hendaklah dibayar masuk ke dalam kumpulan wang skim jaminan takaful melalui Ketua Pengarah semua levi yang boleh dikenakan ke atas pengendali dan dipungut daripada pengendali dengan apa-apa ansuran sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.
Tertakluk kepada apa-apa arahan oleh Menteri jumlah amaun levi tidaklah boleh melebihi satu peratus daripada caruman sebenar tiap-tiap tahun seseorang pengendali dalam mana-mana satu tahun yang boleh ditaksirkan bagi perniagaan am dan dalam hal perniagaan perpaduan keluarga bagi apa-apa perniagaan baru yang dijalankan oleh pengendali dalam tahun yang terdahulu.
Dalam hal seseorang pengendali yang tidak mengemukakan penyata statutorinya di bawah seksyen 41 pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan, Ketua Pengarah boleh, bagi maksud mengira amaun levi yang kena dibayar oleh pengendali itu, mentaksir amaun yang disifatkan sebagai pendapatan caruman sebenar pengendali itu bagi tahun yang terdahulu dan amaun yang dipungut itu hendaklah dilaraskan terhadap pendapatan caruman sebenar yang ditunjukkan dalam penyata statutori apabila dikemukakan.
Apa-apa jumlah wang termasuk apa-apa wang atau pendapatan lain yang diterima atau dibayar ke dalam kumpulan wang skim jaminan takaful termasuk apa-apa keuntungan atau dividen yang diperolehi dari pada apa-apa pelaburan mana-mana jumlah wang dari kumpulan wang itu boleh dikeluarkan dan digunakan dari semasa ke semasa dengan kelulusan dan tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah untuk menampung kos pentadbiran, kos undang-undang dan lain-lain kos untuk menyenggara dan mentadbir kumpulan wang itu dan liabiliti mana-mana pengendali taksolven sebagaimana yang ditetapkan.
Bagi maksud subseksyen ini seseorang pengendali hendaklah disifatkan sebagai taksolven jika—
pada penutup tempoh perakaunan yang akhir yang mana pernyataannya telah diserahsimpan dengan Ketua Pengarah di bawah seksyen 41, pengendali adalah taksolven;
Menteri boleh menurut budi bicaranya mengarahkan Ketua Pengarah pada bila-bila masa selepas penubuhan kumpulan wang skim jaminan takaful memberhentikan pemungutan apa-apa jumlah wang secara levi jika dia berpuas hati bahawa terdapat wang yang lebih daripada mencukupi dalam salah satu atau kedua-dua kumpulan wang itu untuk menampung liabiliti manamana pengendali taksolven mengikut subseksyen (4), tetapi boleh, jika hal-keadaan membenarkan, mengarahkan Ketua Pengarah supaya menyambung semula pungutan itu daripada pengendali berkenaan dengan salah satu atau kedua-dua kumpulan wang skim jaminan takaful:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh dari semasa ke semasa menurut budi bicaranya mengarahkan supaya seksyen ini tidaklah terpakai bagi jenis-jenis perniagaan takaful tertentu dalam mana-mana kelas atau boleh terpakai hanya dengan apa-apa kecualian, sekatan atau atas terma-terma atau selama apa-apa tempoh atau mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkannya.
Ketua Pengarah boleh melantik mana-mana orang yang layak untuk membantunya dalam pentadbiran dan pembahagian kumpulan wang skim jaminan takaful.
Wang dalam kumpulan wang skim jaminan takaful setakat yang pada masa itu tidak dikehendaki dibelanjakan bagi maksud-maksud seksyen ini boleh dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dan tidak berlawanan dengan Syariah dan semua pendapatan yang terakru berkenaan dengan pelaburan itu hendaklah dikreditkan ke dalam kumpulan wang.
Jika pengendali tidak membetulkan keingkaran itu dalam masa satu bulan setelah notis diberi, Mahkamah Tinggi boleh atas permohonan Ketua Pengarah membuat apa-apa perintah terhadap pengendali atau mana-mana pengarah atau pegawai pengendali sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah Tinggi dengan tujuan untuk membetulkan keingkaran itu dan selainnya menjamin pematuhan oleh pengendali akan seksyen 15 hingga 21.
Tiada apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang kerana apa-apa kesalahan terhadap Akta ini.
Ketua Pengarah boleh dengan memberi notis secara bertulis menghendaki pengendali mengemukakan untuk pemeriksaannya, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, triti mengenai takaful semula, apa-apa maklumat lanjut lain mengenainya dan apa-apa perkiraan takaful semula lain sebagaimana yang dikehendakimya dalam kes tertentu.
Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit dan denda harian tidak melebihi seratus ringgit.
Jika pengendali memuaskan hati Ketua Pengarah berkenaan dengan apa-apa sijil perpaduan keluarga yang didaftarkan di bawah Akta ini oleh pengendali bahawa wang perpaduan (termasuk apa-apa wang yang kena dibayar di bawah sijil itu apabila diserahkan) tidak boleh, mengikut sijil atau mana-mana perjanjian berhubungan dengannya, dibayar dalam mata wang Malaysia, maka bagi maksud-maksud subseksyen (2) seksyen 17 sebahagian daripada nilai aset kumpulan wang takaful yang relevan yang mana adalah bersamaan dengan nilai liabiliti pengendali berkenaan dengan sijil yang ditetapkan atas dasar yang diluluskan oleh Ketua Pengarah hendaklah diketepikan.
caruman yang kena dibayar diterima oleh pengendali atau dijamin akan dibayar oleh mana-mana orang mengikut apa-apa cara dan dalam suatu masa sebagaimana yang ditetapkan; atau
deposit bagi suatu amaun sebagaimana yang ditetapkan adalah dibuat terlebih dahulu mengikut cara yang ditetapkan.
Jika caruman yang kena dibayar menurut subseksyen (1) diterima oleh mana-mana orang, termasuk ejen takaful atau broker, bagi pihak pengendali, penerimaan itu hendaklah disifatkan sebagai penerimaan yang dibuat oleh pengendali bagi maksudmaksud subseksyen itu dan beban membuktikan bahawa caruman yang kena dibayar itu telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen takaful atau broker yang tidak diberi kuasa untuk menerima caruman itu hendaklah terletak pada pengendali.
Subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai bagi apa-apa jenis perniagaan am takaful sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Jika mana-mana orang, termasuk ejen takaful atau broker, menerima bagi pihak pengendali suatu caruman atas sijil takaful dari jenis yang ditetapkan pada masa itu menurut subseksyen (3), orang itu hendaklah mendeposit dengan, atau menghantar secara pos kepada, pengendali caruman yang dipungut sedemikian itu dalam suatu masa sebagaimana yang ditetapkan berhubungan dengan sijil-sijil dari jenis itu.
Apa-apa pembayaran balik caruman berhubungan dengan sijil takaful dari jenis yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) yang kena dibayar kepada peserta kerana pembatalan sijil atau perubahan di segi terma dan syaratnya atau apa-apa sebab lain hendaklah dibayar oleh pengendali secara langsung kepada peserta dan resit yang sempurna hendaklah diperolehi oleh pengendali dari peserta itu
TAKAFUL dan pembayaran balik itu tidak boleh sekali-kalinya dibayar atau dikreditkan kepada mana-mana orang lain, termasuk ejen takaful atau broker.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Sesuatu sijil takaful tidak boleh dipersoalkan semata-mata oleh sebab hanya sesuatu pernyataan khilaf tentang umur peserta dalam hal perniagaan perpaduan keluarga yang disertai.
Kehendak di bawah seksyen ini, melainkan jika diperuntukkan selainnya di dalamnya, hendaklah terpakai kepada semua borang dan risalah seperti tersebut di atas tadi yang digunakan selepas kehendak itu dibuat dan sebelum Ketua Pengarah memberitahu pengendali bahawa kehendak itu ditarik balik.
Jika pada hemat Ketua Pengarah, setelah memberi peluang kepada pengendali untuk membuat representasi secara lisan atau bertulis bahawa manamana borang atau risalah seperti tersebut di atas tadi melanggari atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini, atau dalam apa-apa segi mungkin mengelirukan, dia boleh melalui notis secara bertulis mengarahkan pengendali supaya menghentikan penggunaan borang atau risalah itu sama ada dengan sertamerta atau dari suatu tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
Bagi setiap kali seseorang pengendali menggunakan suatu salinan borang atau risalah dengan melanggar subseksyen (3), pengendali adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit.
Dalam seksven ini, "risalah" termasuk apa-apa selembaran, pekeliling atau bahan pengiklanan serupa itu, sama ada bercetak atau tidak.
Mana-mana orang yang, dengan apa-apa pernyataan, janji atau ramalan yang dia ketahui adalah mengelirukan, palsu atau memperdayakan atau merahsiakan secara fraud sesuatu fakta matan, atau dengan cara semberono membuat (secara fraud atau sebaliknya) sesuatu pernyataan, janji, atau ramalan yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan, mendorong atau cuba untuk mendorong orang lain untuk membuat atau menawar untuk membuat apa-apa kontrak takaful dengan seorang pengendali adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Dalam subseksyen ini "prospektus" termasuklah apa-apa dokumen yang mana ungkapan itu terpakai dalam seksyen 39 atau 42 yang tersebut itu.
Jika notis, iklan atau lain-lain penerbitan rasmi sesuatu syarikat yang didaftarkan atau yang dicadang untuk didaftarkan sebagai pengendali di bawah Akta ini, mengandungi suatu pernyataan mengenai modal syer syarikat yang dibenarkan, dan tidak menyatakan di dalamnya banyak mana modal yang telah dicarum dan yang telah dibayar, syarikat itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit.
Kecuali dengan kelulusan secara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah, tiada pengendali boleh membuka pejabat cawangan.
jika dia menyerahhakkan hartanya bagi faedah pemiutangnya atau membuat suatu perkiraan dengan pemiutangnya menurut mana-mana undang-undang berhubungan dengan kebankrapan; atau
jika dia disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan kecurangan atau fraud.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Seseorang pengendali hendaklah memberi notis secara bertulis kepada Ketua Pengarah akan hal yang mana-mana orang telah menjadi atau terhenti menjadi pengarah urusan, pengarah, ketua eksekutif atau pegawai utama sebelum habis tempoh empat belas hari dari hari berikutan dengan hari yang hal atau perkara itu sampai kepada pengetahuan pengendali.
Mana-mana pengendali, yang notis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepadanya, hendaklah membenarkan Ketua Pengarah mendapat akses kepada semua buku, akaun, rekod dan lain-lain dokumen sebagaimana yang dikehendakinya.
Ketua Pengarah boleh, setelah memberi notis bertulis kepada pengendali dari semasa ke semasa memeriksa secara rahsia buku, akaun dan transaksi manamana pengendali dan mana-mana pejabat cawangannya.
Jika seseorang tidak mematuhi mana-mana kehendak di bawah subseksyen (1) atau (2) atau enggan membenarkan pemeriksaan dijalankan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3), dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua belas ribu ringgit.
Dalam seksyen ini, "kawalan" ertinya pemilikan, secara langsung atau secara tak langsung, kuasa untuk mengarahkan atau menyebabkan diberi arahan kepada pihak pengurusan dan tentang polisi pengendali.
Tertakluk kepada subseksyen (3), tiada broker takaful boleh, semasa menjalankan urusannya sebagai sedemikian, merundingi apa-apa kontrak takaful dengan seseorang pengendali selain daripada pengendali yang berkelayakan di bawah Akta ini untuk menjalankan urusan yang dipersoalkan itu di Malaysia, dan tiada seorang pun di Malaysia boleh mensolisit perniagaan takaful bagi pengendali yang tidak berkelayakan untuk menjalankan perniagaan itu di Malaysia; dan seseorang yang melanggar subseksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lapan ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Sebutan-sebutan dalam subseksyen (2) mengenai kontrak takaful dan perniagaan takaful tidaklah terpakai bagi takaful semula.
mempelawa seorang lain untuk membuat tawaran atau cadangan atau mengambil apaapa langkah lain dengan tujuan untuk membuat suatu kontrak takaful dengan seseorang pengendali; dan
ada kaitan dengan pengendali sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan, adalah dikehendaki memberi maklumat yang ditetapkan berkenaan dengan kaitannya dengan pengendali kepada orang yang kepadanya pelawaan itu dibuat.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Ketua Pengarah tidaklah dikehendaki menimbangkan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah seksyen ini melainkan jika dia telah diberi apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan atau yang dikehendakinya dalam kes tertentu.
Tiap-tiap lesen di bawah seksyen ini hendaklah diberikan bagi suatu tempoh selama dua belas bulan setelah dibayar fee yang ditetapkan.
Dalam memberi suatu lesen di bawah seksyen ini Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan boleh pada bila-bila masa menambah, mengubah atau membatalkan syarat-syarat itu.
Ketua Pengarah boleh membatalkan apa-apa lesen yang diberi di bawah seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen telah dilanggar atau adalah bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lapan ribu ringgit dengan ditambah sebanyak dua ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari dia dibuktikan telah melakukannya atau penjara selama tempoh tidak melebihi enambulan atau kedua-duanya.
Ketua Pengarah tidaklah dikehendaki menimbangkan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah seksyen ini melainkan jika dia telah diberi apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan atau yang dikehendakinya dalam kes tertentu.
Dalam memberi sesuatu lesen di bawah seksyen ini Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan boleh pada bila-bila masa menambah, mengubah atau membatalkan syarat-syarat itu.
Tiap-tiap lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibenikan bagi suatu tempoh selama dua belas bulan setelah dibayar fee yang ditetapkan.
Ketua Pengarah boleh membatalkan apa-apa lesen yang diberi di bawah seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen telah dilanggar atau adalah bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian.
Tiada suatu pun dalam seksyen ini boleh dipakai bagi—
seorang peguambela dan peguamcara dan anggota-anggota dari profesion lain yang bertindak atau membantu menyelaraskan tuntutan takaful yang bersampingan dengan amalan profesion mereka dan yang tidak mengemukakan diri mereka sebagai ajuster;
seorang pekerja pengendali yang, semasa menjalankan pekerjaannya, bertindak atau membantu menyelaraskan tuntutan takaful dan yang tidak mengemukakan dirinya sebagai seorang ajuster.
Tiap-tiap ajuster hendaklah dalam masa satu bulan setelah berakhirnya setiap suku tahun mengemukakan kepada Ketua Pengarah satu laporan suku tahun dalam borang yang ditetapkan tentang semua kerugian yang menjadi perkara penyelarasan yang dilaksanakan olehnya.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dengan ditambah sebanyak empat ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari dia dibuktikan telah melakukannya, atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Jika seseorang itu tidak mengemukakan laporan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (7), dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan denda harian tidak melebihi dua ratus ringgit.
Mana-mana orang yang dengan sengaja enggan mengemukakan buku, akaun dan rekod atau enggan membenarkan pemeriksaannya adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh dua belas bulan atau kedua-duanya dan denda harian tidak melebihi empat ribu ringgit.
Tiada suatu pun dalam Bahagian ini boleh berkuatkuasa untuk membatalkan mana-mana sijil takaful.
Bahagian III
Seseorang pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah diaudit akaunnya bagi setiap tempoh perakaunan yang baginya pernyataan akaun itu disediakan mengikut subseksyen (1), dan apabila pernyataan itu diserahsimpan dengan Ketua Pengarah maka hendaklah diserahsimpan bersama-samanya suatu sijil juruaudit sebagaimana yang dikehendaki oleh Bahagian I Jadual Kedua.
Audit yang dikehendaki oleh subseksyen (2) hendaklah dibuat oleh seseorang yang—
pada masa itu diberi kuasa di bawah seksyen 8 Akta Syarikat 1965, menjadi juruaudit pengendali atau juruaudit syarikat secara am; dan
pada masa itu telah mendapat kelulusan dari pada Ketua Pengarah untuk bertindak bagi maksud-maksud seksyen ini.
Dokumen-dokumen yang hendak diserahsimpan dengan Ketua Pengarah di bawah seksyen ini bagi apa-apa tempoh perakaunan pengendali hendaklah disertakan dengan salinan apa-apa laporan yang dikemukakan kepada anggota-anggota pengendali berkenaan dengan tempoh itu dan (jika ia bukan di antara dokumen-dokumen yang diserahsimpan sedemikian) dengan apa-apa pernyataan akaun yang dikemukakan sedemikian berkenaan dengan tempoh itu; tetapi sebutan-sebutan dalam Akta ini mengenai dokumen-dokumen yang diserahsimpan dengan Ketua Pengarah tidaklah boleh dikira termasuk dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh seksyen ini disertakan dengan dokumen-dokumen yang diserahsimpan itu.
Jika apa-apa laporan atau pernyataan yang tersebut dalam subseksyen. (4) adalah dalam bahasa yang lain daripada Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris, salinan yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris dan hendaklah diperakui oleh penterjemah sebagai terjemahan yang sebenar dari salinannya yang asal.
Sebutan-sebutan dalam Akta ini mengenai dokumen-dokumen yang diserahsimpan dengan Ketua Pengarah tidaklah boleh dikira termasuk dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh seksyen ini disertakan dengan dokumen-dokumen yang diserahsimpan sedemikian.
Penyiasatan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat tiap-tiap tahun pada akhir tiap-tiap tempoh perakaunan sebagaimana yang ditetapkan oleh pengendali.
telah membuat penyiasatan aktuari ke atas perniagaan perpaduan keluarga yang baginya ada disenggarakan suatu kumpulan wang takaful di bawah Akta ini (sama ada dengan atau tanpa apa-apa perniagaan perpaduan keluarga lain yang dijalankan olehnya); dan
Jika pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga—
penyiasatan itu tidak dibuat untuk mematuhi subseksyen (1) atau apa-apa peruntukan tentang penyata dalam undang-undang berhubungan dengan takaful dalam suatu negara di luar Malaysia, tetapi hasil penyiasatan itu diumumkan,
TAKAFUL maka pengendali hendaklah, apabila dokumendokumen itu diserahsimpan dengan Ketua Pengarah, mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (1) sama halnya seperti penyiasatan di bawah subseksyen itu.
Ketua Pengarah boleh, setelah menimbangkan penjelasan yang tersebut dalam subseksyen (1), atau jika penjelasan itu tidak diberi oleh atau bagi pihak pengendali dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen itu, menolak dokumen itu atau memberi apaapa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membuat perubahan dalam suatu masa (tidak kurang daripada satu bulan) sebagaimana yang ditetapkan dalam arahan itu.
berkenaan dengan apa-apa dokumen boleh menghendaki dibuat apa-apa perubahan berbangkit akan apa-apa dokumen lain yang diserahsimpan oleh pengendali di bawah seksyen 41 dan 42. sebagaimana yang ditetapkan dalam arahan itu.
Jika arahan diberi di bawah subseksyen (2), apaapa dokumen yang berkaitan dengannya hendaklah disifatkan belum diserahsimpan sehingga ianya dikemukakan semula dengan perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh arahan itu, tetapi pengendali hendaklah disifatkan telah mengemukakan dokumen itu dalam masa yang dihadkan oleh Jadual Kedua jika ia dikemukakan semula seperti yang tersebut di atas dalam masa yang dihadkan oleh arahan itu.
Seseorang itu adalah berhak, setelah membayar fee yang ditetapkan, memeriksa pada bila-bila masa sepanjang waktu bekerja, di pejabat Ketua Pengarah, apa-apa dokumen yang diserahsimpan oleh pengendali bagi mematuhi seksyen 41 atau 42 dan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh subseksyen (4) seksyen 41 supaya disertakan dengan dokumen yang diserahsimpan sedemikian, dan membuat satu salinan kesemua atau mana-mana bahagiannya:
Dengan syarat bahawa hak itu tidaklah boleh meliputi apa-apa dokumen yang dikecualikan daripada subseksyen ini oleh Bahagian I Jadual Kedua atau dokumen dari apa-apa jenis lain yang diserahsimpan lebih daripada sepuluh tahun terdahulunya.
Dalam mana-mana prosiding, sesuatu sijil yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah bahawa sesuatu dokumen adalah dokumen yang diserahsimpan oleh pengendali supaya mematuhi seksyen 41 atau 42, atau yang disertakan dengan dokumen yang diserahsimpan sedemikian, bolehlah diterima sebagai keterangan akan fakta-fakta yang diperakui itu.
Jika seseorang pengendali tidak mematuhi seksyen 41 atau 42, pengendali itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan denda harian tidak melebihi dua ratus ringgit.
Jika perubahan itu terkandung dalam pindaan kepada mana-mana dokumen atau gantian mana-mana dokumen oleh suatu dokumen baru, pengendali hendak-lah memberi kepada Ketua Pengarah satu salinan dokumen yang menunjukkan pindaan itu atau, mengikut mana yang berkenaan, satu salinan dokumen yang baru itu.
Seksyen ini hendaklah berkuatkuasa tertakluk kepada apa-apa kecualian yang ditetapkan, dan Ketua Pengarah boleh dalam sesuatu kes tertentu mengenepikan (sama ada dengan tidak bersyarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat) kehendak memberi maklumat di bawah seksyen ini tentang apa-apa perkara.
Dalam seksyen ini "butir-butir pendaftaran" ertinya dokumen dan maklumat yang diberi oleh pengendali untuk mematuhi subseksyen (3) seksyen 8 apabila memohon untuk didaftarkan berkenaan dengan kelas perniagaan yang berkenaan, atau yang diberi oleh pengendali untuk mematuhi seksyen ini berkenaan dengannya.
pengendali itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini berhubung dengan kumpulan wang takaful;
pengendali itu, setelah diberi notis di bawah seksyen 33, belum lagi, dalam masa satu bulan selepas itu, memberi maklumat yang dikehendaki dengan sepenuhnya dan dengan memuaskan;
perbelanjaan atau mana-mana kelas perbelanjaan yang dilakukan semasa memperolehi, menyenggara atau mentadbir apa-apa perniagaan takaful bagi pengendali adalah tinggi dengan tidak wajar berhubungan dengan pendapatan yang diperolehi dari caruman;
cara dengan mana apa-apa pendapatan atau perbelanjaan pengendali itu diumpuk di antara kumpulan-kumpulan wang takaful atau di antara suatu kumpulan wang takaful dengan mana-mana kumpulan wang atau akaun lain adalah tak saksama; atau
apa-apa maklumat yang dimiliki oleh Ketua Pengarah memerlukan diadakan penyiasatan seperti itu.
Sebelum memulakan sesuatu penyiasatan di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah hendaklah menyampaikan kepada pengendali suatu notis secara bertulis yang menetapkan bahawa sebelum tamat sesuatu penyiasatan di bawah seksyen ini pengendali tidaklah boleh dalam apa-apa hal-keadaan kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah, melupuskan apa-apa aset yang terletakhak pada pengendali atau yang tenakru kepada pengendali.
Walau apa pun keluasan makna yang tersebut di atas bagi maksud seksyen ini, aset adalah termasuk tetapi tidaklah terhad kepada—
aset tak alih ... mana-mana tanah, banguan dan lekapan;
aset alih ...
apa-apa perabot, kelengkapan, buku, majalah berkala dan apa-apa barangan alih lain, apa-apa kenderaan motor, vesel, kapal, pesawat udara dan lain-lain cara pengangkutan dari apa jua jenis termasuklah apa-apa traktor, jentolak dan apa-apa jenis jentera ringan dan berat yang lain dan juga alat dan perkakas;
pelaburan
... apa-apa sekuriti kerajaan Persekutuan, Negeri dan tempatan termasuk sekuriti bagi mana-mana badan kuasi kerajaan atau ejensi;
syarikat dan lainlain pelaburan apa-apa stok dan syer sama ada disebut dalam sesuatu bursa saham atau tak disebutkan;
wang tunai apa-apa wang tunai yang di-depositkan dalam manamana bank, institusi pinjaman atau yang disimpan dengan mana-mana badan atau ejensi lain selama apa-apa jua tempoh sama ada atas akaun semasa atau akaun deposit termasuk apa-apa amaun wang tunai dalam tangan yang boleh ditentukan;
lain-lain aset apa-apa caruman, komisen dan lain-lain hutang atau bayaran yang belum dijelaskan yang terhutang dan kena dibayar dan hak yang kontraktual atau selainnya yang terakru atau terletak-hak pada pengendali.
Ketua Pengarah sendiri boleh menjalankan penyiasatan atau boleh melantik seorang pemeriksa untuk membuat penyiasatan itu dan melaporkan hasil penyiasatan itu kepadanya.
Ketua Pengarah boleh melantik seorang juruaudit (selain dari juruaudit yang menyediakan pernyataan akaun atau lain-lain pernyataan bagi pengendali di bawah seksyen 41), seorang aktuari, atau mana-mana orang lain yang sesuai menjadi pemeniksa untuk menjalankan penyiasatan di bawah seksyen ini dan kos penyiasatan itu hendaklah dibayar oleh pengendali.
Dalam membuat sesuatu penyiasatan di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah atau pemeriksa boleh menghendaki—
mana-mana orang yang menjadi atau telah pada bila-bila masa menjadi atau bertindak sebagai pengarah, aktuari, juruaudit, pegawai, pengkhidmat atau ejen pengendali; atau
mana-mana peserta pengendali yang dahulu atau sekarang, mengemukakan untuk pemeriksaannya, dan membenarkannya mempunyai akses kepada dan menyalin kesemua atau mana-mana bahagian daripada, manamana buku, akaun, rekod atau lain-lain dokumen pengendali, sama ada yang disimpan di Malaysia atau di tempat lain (termasuk dokumen yang menerangkan hakmilik pengendali ke atas sesuatu aset):
Dengan syarat bahawa suatu kehendak di bawah subseksyen ini hendaklah meliputi hanya dokumen-dokunen berhubungan dengan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali di Malaysia, atau yang menerangkan hak milik pengendali ke atas aset yang dipegang bagi maksud apa-apa perniagaan seperti itu.
Dalam membuat sesuatu penyiasatan di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah atau pemeriksa boleh menghendaki mana-mana individu sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen (5) supaya hadir di hadapannya dan diperiksa dengan mengangkat sumpah berkenaan dengan perniagaan pengendali, dan bagi maksud-maksud subseksyen ini boleh mengendalikan sumpah.
Jika bila dikeh seksyen (5 dalam sin menyerah atau pem yang dike demikian, mengesahnya dan d Tinggi b setelah m kan terha kan itu yang dibo itu denga salah kera
Jika mana-mana orang enggan atau tidak, apabila dikehendaki berbuat demikian di bawah subseksyen (5) atau (6), mengemukakan sesuatu dokumen dalam simpanan atau kuasanya atau hadir atau menyerah untuk pemeriksaan oleh Ketua Pengarah atau pemeriksa atau pun menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya apabila diperiksa sedemikian, Ketua Pengarah atau pemeriksa boleh mengesahkan keengganan itu di bawah tandatangannya dan dihantar ke Mahkamah Tinggi; dan Mahkamah Tinggi boleh selepas itu menyiasat kes itu, dan setelah mendengar mana-mana saksi yang di kemukakan terhadap atau bagi pihak pesalah yang dikatakan itu dan setelah mendengar apa-apa pernyataan yang diberi sebagai pembelaan, menghukum pesalah itu dengan cara yang sama seolah-olah dia telah bersalah kerana menghina Mahkamah Tinggi.
mengambil apa-apa tindakan atau mengambil bertugas mana-mana kakitangan pengurusan sebagaimana perlu untuk membolehkan pengendali menjalankan perniagaannya mengikut prinsip-prinsip takaful yang baik;
memecat mana-mana pengarahnya yang Ketua Pengarah fikirkan bukannya orang yang layak dan sesuai untuk terus menjadi pengarah;
. mengambil langkah untuk mendapatkan kembali wang yang pada hemat Ketua Pengarah telah dibayar secara menyalahi undang-undang atau tak wajar;
menghentikan pembaharuan atau menghentikan pengeluaran sijil bagi kelas perniagaan yang dimaksudkan dengan arahan itu;
membuat apa-apa perkiraan berkenaan dengan takaful semula sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh mengubahsuai atau membatalkan apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) dan dalam berbuat demikian boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana difikirkannya patut.
Seseorang pengendali yang tidak mematuhi apaapa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda tambahan sebanyak empat ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama mana kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Ketua Pengarah hendaklah menjadi suatu pihak dalam mana-mana prosiding di bawah Akta Syarikat 1965, berhubungan dengan penggulungan pengendali seperti itu, dan likuidator dalam penggulungan itu hendaklah memberi kepadanya apa-apa maklumat yang ditanyai dari semasa ke semasa mengenai hal-ehwal pengendali itu.
Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta Syarikat 1965, bagi penggulungan pengendali seperti itu oleh Mahkamah, liabiliti kontingen dan prospektif pengendali berkenaan dengan sijil hendaklah, dalam menentukan sama ada ia tidak dapat membayar hutangnya, dianggarkan mengikut peraturan-peraturan itu; dan keterangan bahawa pengendali adalah taksolven pada penutup tempoh perakaunan yang akhir yang baginya pernyataan akaun telah diserahsimpan dengan Ketua Pengarah di bawah seksyen 41 hendaklah menjadi bukti bahawa pengendali itu terus tidak dapat membayar hutangnya.
Jika Menteri mengemukakan kepada Jawatankuasa Kaedah cadangan-cadangan bagi membuat peruntukan khas di bawah seksyen 372 Akta Syarikat 1965, berhubungan dengan pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini atau apa-apa jenis pengendali, Jawatankuasa itu boleh melalui kaedah-kaedah di bawah seksyen itu melaksanakan cadangan-cadangan, sama ada sebagaimana dikemukakan atau tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa.
Cadangan-cadangan di bawah subseksyen (4), dan kaedah-kaedah yang dibuat menurut kuasanya, boleh mengadakan peruntukan bagi pengubahsuaian atau pengecualian, berhubungan dengan pengendali yang didaftarkan sedemikian, peruntukan-peruntukan Bahagian X Akta Syarikat 1965 yang menghendaki diadakan mesyuarat atau selainnya berhubungan dengan prosedur dalam penggulungan.
Dalam penggulungan pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini, subseksyen (2) seksyen 291 Akta Syarikat 1965 (yang memakai kaedah-kaedah kebankrapan dalam penggulungan syarikat taksolven) tidak-lah terpakai bagi penilaian liabiliti berkenaan dengan sijil; tetapi dalam sesuatu penggulungan itu, sama ada pengendali itu taksolven atau tidak, liabiliti itu hendak-lah dianggarkan mengikut peraturan-peraturan dan, berkenaan dengan perkara-perkara yang tidak ditetapkan oleh peraturan-peraturan, atas dasar yang diluluskan oleh Mahkamah:
Dengan syarat bahawa dalam penggulungan sukarela seorang anggota, dasar yang akan dipakai berkenaan dengan perkara-perkara yang tidak ditetapkan oleh peraturan-peraturan boleh diluluskan oleh Ketua Pengarah dan bukannya oleh Mahkamah.
Sebutan-sebutan dalam seksyen ini mengenai pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendak-lah juga meliputi pengendali yang telah terhenti daripada didaftarkan sedemikian tetapi terus berada di bawah apa-apa liabiliti berkenaan dengan sijil Malaysia.
Jika Ketua Pengarah memberi pengendali suatu arahan seperti tersebut di atas tadi tetapi, atas suatu petisyen supaya pengendali digulungkan oleh Mahkamah, Mahkamah berpuas hati bahawa pengendali boleh membayar hutangnya dengan penuh dalam masa dua belas bulan atau suatu tempoh yang lebih lama sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah, Mahkamah boleh (jika difikirkannya patut) memerintahkan supaya hal-ehwal pengendali digulung hanya berkenaan dengan kumpulan wang takaful yang disenggara untuk jenis perniagaan yang dimaksudkan dengan arahan itu.
Suatu perintah di bawah subseksyen (2) bagi penggulungan yang terhad hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti suatu perintah supaya pengendali digulungkan secara am, kecuali setakat mana seksyen ini memperuntukkan selainnya.
Jika perintah seperti itu dibuat, kuasa likuidator hendaklah kena dijalankan hanya bagi maksud menggunakan aset bagi kumpulan wang takaful yang relevan sahaja (termasuk deposit di bawah Akta ini) dalam melepaskan liabiliti yang mengenainya ia terpakai, bersama-sama dengan kos, caj dan perbelanjaan yang dilakukan dalam penggulungan itu; tetapi pengendali hendaklah dari semasa ke semasa, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, membuat apa-apa tambahan kepada aset itu sebagaimana yang dikehendaki untuk menjaminkan yang ia mencukupi bagi maksud itu atau hendaklah, jika Mahkamah mengarahkan sedemikian, melepaskan mana-mana liabiliti itu dari aset lain.
ah memberi pengendali seksyen (1) (e) seksyen ng oleh Mahkamah di lah-olah ia telah mengseluruhan tahun (atau, ih Penggal 5 Bahagian ah terhenti menjalan-eri pengendali suatu tadi tetapi, atas digulungkan oleh i bahawa pengen-gan penuh dalam npoh yang lebih nunasabah oleh difikirkannya val pengendali mpulan wang niagaan yang en (2) bagi inyai kesan pengendali ea seksyen
Dalam penggulungan seseorang pengendali di bawah perintah seperti itu, Akta Syarikat 1965 hendak-lah mempunyai kuatkuasa tertakluk kepada ubahsuaian yang berikut:
seksyen 214 (atau, mengikut mana yang berkenaan, seksyen 316) dan lain-lain seksyen setakat mana ianya berhubungan dengan caruman tidaklah terpakai;
seksyen 222 hendaklah terpakai, sebagaimana terpakai sebelumnya, setelah dibuat perintah penggulungan, dan subseksyen (3) seksyen 126 tidaklah terpakai; dan
Jika perintah seperti itu dibuat, Mahkamah boleh pada bila-bila masa, atas permintaan likuidator atau mana-mana orang yang mungkin membuat petisyen supaya pengendali digulungkan, menggantikan suatu perintah supaya pengendali digulungkan secara am, dan memberi apa-apa arahan yang difikirkan patut oleh Mahkamah tentang perkara-perkara yang sedang berjalan di bawah perintah yang terdahulu, dan, tertakluk kepada apa-apa arahan seperti itu, penggulungan hendaklah, bagi segala maksud berkaitan dengan perintah yang digantikan itu, disifatkan telah mula berkuatkuasa pada masa pemakaian perintah itu.
Walau apa pun peruntukan—
seksyen 57 Akta Koperasi 1948 atau seksyen 59 Ordinan Koperasi Sabah dan Sarawak, mengikut mana yang berkenaan; atau
subseksyen (1) seksyen 314 Akta Syarikat 1965, mana-mana koperasi seperti itu yang menjadi pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendak-lah disifatkan sebagai syarikat tak berdaftar dalam erti
Penggal 5
Dengan syarat bahawa dalam sesuatu penggulungan seperti itu—
Mana-mana pengendali bawah Akta Koperasi kecuali kepada suatu koperasi lain yang didaftarkan sedemikian, dan juga tidaklah boleh memindahkan kepada pertubuhan itu apa-apa perniagaan kecuali perniagaan sesuatu koperasi yang lain.
Mana-mana pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah menurut kuasa seksyen ini mempunyai kuasa untuk membuat pemindahan seperti itu melalui skim di bawah seksyen ini, dan pengarah
TAKAFUL adalah berkuasa bagi pihak pengendali membuat perkiraan mengenai pemindahan itu dan melakukan semua perkara yang perlu untuk melaksanakan pemindahan itu; dan subseksyen ini hendaklah terpakai walaupun ketiadaan kuasa atau autoriti di bawah perlembagaan pengendali atau ada apa-apa sekatan yang dikenakan oleh perlembagaannya atas kuasa pengarah.
Suatu skim di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi perniagaan yang berkenaan dipindahkan kepada badan yang tidak didaftarkan sebagai pengendali di bawah Akta ini berkenaan dengan kelas perniagaan yang relevan (termasuk suatu badan yang belum lagi wujud), jika skim itu dirangka sedemikian untuk berkuatkuasa hanya sekiranya badan itu didaftarkan sedemikian.
Suatu skim di bawah seksyen ini bagi pemindahan sesuatu perniagaan takaful boleh meliputi pemindahan dengannya apa-apa perniagaan lain, yang bukannya perniagaan takaful, di mana perniagaan yang satu lagi itu dijalankan oleh pengendali sebagai tambahan sahaja kepada perniagaan takaful yang dipindahkan.
Suatu skim di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan-peruntukan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengan pemindahan yang dilaksanakan itu, dan peruntukan untuk menguatkuasakan pemindahan itu, dan khususnya—
bagi apa-apa harta, hak atau liabiliti pemindah-milik (termasuk aset yang terkandung dalam suatu deposit di bawah Akta ini atau dalam kumpulan wang takaful) diletakhakkan, menurut kuasa skim itu dan tanpa asurans selanjutnya atau asurans lain, pada penerima pindahmilik; dan
bagi pendaftaran oleh penerima pindahmilik sijil, bagi amaun yang dimasukkan berkenaan dengan sijil ke dalam kumpulan wang takaful penerima pindahmilik dan bagi perkara-perkara yang timbul di bawah Akta ini dari pemindahan itu.
Suatu skim di bawah seksyen ini tidak akan berkuatkuasa melainkan jika disahkan oleh Mahkamah Tinggi, tetapi boleh disediakan dan dikemukakan untuk pengesahan kepada Mahkamah Tinggi oleh mana-mana pengendali berkenaan; dan jika disahkan sedemikian, skim itu hendaklak mempunyai kuatkuasa menurut tenornya walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam seksyen yang terdahulu dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terlibat dengannya itu.
satu salinan skim itu hendaklah diserahsimpan dengan Ketua Pengarah bersama-sama dengan salinan aktuari dan laporan-laporan lain (jika ada) yang skim itu berasaskan padanya;
tidak lebih awal daripada satu bulan setelah salinan itu diserahsimpan sedemikian notis tentang niat untuk membuat permohonan (mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditetapkan) hendaklah disiarkan dalam Warta dan dalam tidak kurang daripada dua buah akhbar yang diluluskan oleh Ketua Pengarah; dan
bagi tempoh selama lima belas hari selepas tersiarnya notis itu, satu salinan skim itu hendaklah disimpan di tiap-tiap pejabat di Malaysia bagi setiap pengendali yang berkenaan, dan hendaklah dibuka untuk pemeriksaan oleh semua anggota dan peserta pengendali yang terlibat dengan skim itu.
Ketua Pengarah boleh menyebabkan satu laporan ke atas skim itu dibuat oleh aktuari berkelayakan yang bebas dari pihak-pihak kepada skim itu dan, jika dia berbuat demikian, hendaklah menyebabkan satu salinan laporan itu dihantar kepada setiap pengendali yang berkenaan.
Salinan-salinan skim dan apa-apa laporan seperti itu yang disebutkan dalam subseksyen (1) (a) atau (2), atau ringkasan skim itu yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dan apa-apa laporan itu, hendaklah, kecuali setakat mana Mahkamah Tinggi atas permintaan yang dibuat bagi pihak itu mengarahkan selainnya, dihantar oleh pengendali yang berkenaan, sekurang-kurangnya lima belas hari sebelum permohonan dibuat bagi pengesahan skim itu kepada tiap-tiap peserta yang terlibat dengan skim itu.
Sesuatu permohonan kepada Mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan skim itu boleh, pada bila-bila masa sebelum pengesahan oleh Mahkamah, dibuat oleh Ketua Pengarah atau oleh mana-mana orang yang pada pendapat Mahkamah mungkin akan terlibat dengan skim itu.
Mahkamah boleh mengesahkan skim tanpa ubahsuaian atau tertakluk kepada ubahsuaian-ubahsuaian yang dipersetujui oleh pengendali yang berkenaan, atau boleh enggan mengesahkan skim itu.
Pengendali yang berkenaan hendaklah bersama dan berasingan bertanggungan membayar ganti kepada Ketua Pengarah apa-apa perbelanjaan yang dilakukan olehnya di bawah seksyen ini berkaitan dengan sesuatu skim atau skim yang dicadangkan (tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah mengenai kos); dan suatu skim hendaklah termasuk peruntukan mengenai bagaimana liabiliti itu ditanggung di antara pengendali.
pennyataan aset dan liabiliti setiap pengendali yang berkenaan sebagaimana pada masa sebelum sahaja pindahmilik itu, ditandatangani bagi pihak pengendali dan, dalam hal pemindahmilik, menunjukkan sama ada pindahmilik itu adalah mengenai keseluruhan perniagaan pemindahmilik dan, jika tidak, takat aset dan liabiliti pemindahmilik yang berhubungan dengan perniagaan yang dipindahmilik itu;
satu salinan skim sebagaimana yang disahkan oleh Mahkamah, dan satu salinan perintah Mahkamah yang diperakui yang mengesahkan skim itu;
salinan sesuatu laporan aktuari atau laporan-laporan atas mana skim itu diasaskan (iaitu laporan yang dibuat sejak salinan skim itu diserahsimpan di bawah subseksyen (1) seksyen 52); atau
suatu akuan berkanun yang dibuat oleh pengerusi pengarah penerima pindahmilik; atau oleh pegawai utamanya yang menyatakan dengan sepenuhnya tiap-tiap bayaran yang dibuat atau yang akan dibuat kepada mana-mana jua orang oleh kerana pindahmilik itu; dan menyatakan bahawa, sepanjang yang dia percayai, tiada apa-apa bayaran lain selain dari yang dinyatakan itu telah atau akan dibuat oleh kerananya itu oleh atau dengan pengetahuan pengendali yang berkenaan.
Dalam perenggan (a) (iv) sebutan-sebutan mengenai pembuatan pembayaran termasuklah sebutan-sebutan mengenai pemindahan apa-apa jenis harta atau hak.
Apabila suatu skim di bawah seksyen 52 disahkan setiap pengendali yang berkenaan hendaklah (melainkan jika ia adalah suatu syarikat tak diperbadankan) memfailkan satu salinan skim itu dengan Pendaftar Syarikat atau, dalam hal pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi, dengan Pendaftar di bawah Akta itu.
peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai dengan menggantikan sebutan-sebutan mengenai Pendaftar Syarikat dan daftar di bawah Akta itu dengan sebutan-sebutan mengenai Pendaftar dan daftar di bawah Akta Koperasi; dan
peruntukan-peruntukan Akta Koperasi, yang mengawal pelupusan sesuatu lebihan, hendak-lah terpakai, tertakluk kepada apa-apa ubah-suaian yang perlu, sebagaimana peruntukan-peruntukan terpakai jika sesuatu koperasi digulung di bawah Akta itu.
3) Jika sesuatu koperasi terbentuk
Jika sesuatu koperasi terhenti daripada menjadi pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini, tetapi masih di bawah sesuatu liabiliti berkenaan dengan sijil Malaysia, seksyen ini hendaklah terpakai seolaholah koperasi itu adalah pengendali yang didaftarkan sedemikian.
Bahagian IV
Galenor Bank Negara Bandakah
Dalam menjalankan fungsi-fungsinya Ketua Pengarah hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan am Menteri.
Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah seksyen 18, 30, 34, subseksyen (3) seksyen 37, subseksyen (3) seksyen 38 dan seksyen 47 Ketua Pengarah hendaklah berunding dengan Menteri terlebih dahulu dan hendaklah bertindak menurut apa-apa arahan yang diberi oleh Menteri.
Apabila seksyen ini, M salinannya di ha a seksven 54 ) hendaklah hb Mei 1988.
daklah men-melaksanakan kuasa-kuasa, si-fungsi yang rah di bawah ya di bawah en 37, subsek-etua Pengarah erlebih dahulu a arahan yang
Jika Ketua Pengarah (atau pemangku Ketua Pengarah pada masa itu semasa berlaku suatu kekosongan atau semasa ketiadaan atau ketakupayaan Ketua Pengarah) bukannya seorang aktuari yang berkelayakan, Menteri hendaklah membuat perkiraan mengadakan perkhidmatan seorang aktuari yang berkelayakan supaya ada pada setiap masa bagi maksud menasihat berhubungan dengan perkara-perkara yang timbul di bawah Akta ini.
Ketua Pengarah, mana-mana-pegawai awam, atau mana-mana-orang-yang-dilantik di bawah subseksyen (3) seksyen 46 tidaklah bertanggungan bagi apa jua yang dilakukan atau yang tidak dilakukan dengan suci hati pada menjalankan apa-apa kuasa atau pelaksanaan apa-apa fungsi atau kewajipan yang dilakukan atau dipertanggungkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Ketua Pengarah hendaklah memasukkan ke dalam laporannya di bawah seksyen ini bagi manamana tahun, salinan atau ringkasan dokumen yang diserahsimpan dengannya dalam tahun itu di bawah seksyen 41 dan 42, selain dari dokumen-dokumen yang dikecualikan daripada subseksyen (1) dan (2) seksyen 44, dan boleh memasukkan salinan atau ringkasan dokumen yang menyertai salinan dan ringkasan dokumen yang diserahsimpan seperti tersebut di atas; dan dia boleh juga memasukkan dalam laporan itu apa-apa nota tentang dokumen atau ringkasan itu sebagaimana yang difikirkannya patut, dan salinan apa-apa suratmenyurat di antaranya dengan pengendali mengenai apa-apa dokumen seperti itu yang diserahsimpan oleh pengendali atau diterima daripada pengendali.
Apabila menerima suatu laporan di bawah seksyen ini, Menteri hendaklah membentangkan salinannya di hadapan tiap-tiap Majlis Parlimen.
Peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan untuk menghendaki pengendali, broker takaful dan ajuster supaya memberi kepada Ketua Pengarah, dalam borang yang ditetapkan, apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan.
Sesuatu maklumat yang diperolehi oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah tidak boleh digunakan semata-mata menurut kuasa seksyen ini kecuali dalam bentuk yang tidak menzahirkan hal-ehwal seseorang yang tertentu.
Surat yang mengandungi suatu notis atau lainlain dokumen yang akan disampaikan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah dialamatkan ke tempat yang wajar jika ianya dialamatkan ke tempat di Malaysia yang ditunjukkan oleh penerima surat kepada Ketua Pengarah sebagai alamatnya atau ke alamatnya yang terbaharu di Malaysia yang diketahui oleh Ketua Pengarah.
Mana-mana orang yang dengan disedarinya melanggar peruntukan-peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun.
Mana-mana brang yang
menandatangani apa-apa dokumen yang diserahsimpan dengan Ketua Pengarah di bawah seksyen 41 atau 42, atau di bawah subseksyen
(i) seksyen 53; atau
memberi kepada Ketua Pengarah apa-apa maklumat di bawah atau bagi maksud apa-apa peruntukan lain Akta ini, hendaklah menjaga dengan wajar untuk menjamin supaya dokumen atau maklumat itu tidak palsu dalam sesuatu butir matan; dan jika dia tidak menjaga dengan wajar bagi maksud ini dan dokumen atau maklumat itu adalah palsu dalam sesuatu butir matan, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang melanggar sesuatu kewajipan yang dipertanggungkan ke atasnya oleh atau menurut kuasa Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kerana menjadi atau telah menjadi pengendali, broker takaful atau ajuster adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, dalam hal di mana tiada penalti lain diperuntukkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit dan denda harian tidak melebihi dua ratus ringgit.
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini di-lakukan oleh mana-mana syarikat atau pertubuhan perbadanan, seseorang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa bagi syarikat atau badan itu, atau yang dikatakan bertindak atas sifat itu, adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana dia sepatutnya telah jalankan, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal-keadaan.
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu syarikat atau pertubuhan perbadanan, iaitu kesalahan yang termasuk dalam pelanggaran suatu kewajipan yang dipertanggungkan hanya kepada syarikat dan pertubuhan perbadanan, mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu (sama ada menurut kuasa subseksyen (3) atau selainnya), apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan sebagai tambahan kepada, atau sebagai ganti, apa-apa denda.
Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah subseksyen (1) (a) suatu dokumen yang dikatakan sebagai ditandatangani oleh mana-mana orang hendaklah dianggap telah ditandatangani olehnya, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
Menteri boleh menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan cara bagaimana kesalahan-kesalahan itu boleh dikompaunkan.
Pen-dakwaan.
Sesuatu pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah.
Walau apa pun peruntukan mana-mana undangundang bertulis, sesuatu mahkamah Majistret Kelas Satu adalah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dan untuk mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan seperti itu.
Seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun tidaklah berkeupayaan membuat kontrak takaful.
Jika, dalam sesuatu hal yang tersebut dalam subseksyen (1), duti harta pusaka adalah kena dilevi di Malaysia ke atas mana-mana wang perpaduan, pengendali boleh walau apa pun—
seksyen 50 (ii) Enakmen Duti Harta Pusaka 1941 bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau
subseksyen (1) seksyen 35 Ordinan Duti Harta Pusaka Sabah, membayar kepada pihak menuntut wajar sejumlah wang sebagaimana ditetapkan untuk dibayar di bawah subseksyen (1) tanpa wang perpaduan dimasukkan dalam jadual atau sijil yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b):
Dengan syarat bahawa sebelum membuat sesuatu bayaran di bawah subseksyen ini pengendali hendaklah memberi tidak kurang daripada empat belas hari notis bertulis melalui pos berdaftar kepada Pemungut Duti Harta Pusaka dengan apa-apa butir sebagaimana yang dikehendakinya.
oleh kerana sesuatu wang perpaduan dan wang perpaduan itu tidak dimasukkan dalam jadual atau sijil yang tersebut dalam subseksyen (2) dalam masa dua belas bulan setelah bayaran itu dibuat, pengendali hendaklah mendeposit bakinya dengan Perbendaharaan; tetapi sebelum mengembalikan baki itu kepada pengendali di atas permohonannya untuk membayar kepada orang yang berhak mendapat baki itu, Perbendaharaan boleh menggunakan kesemua atau sebahagian daripada jumlah wang yang didepositkan untuk membayar apa-apa duti harta pusaka yang belum berbayar yang kena dilevi atas kematian itu.
Dalam seksyen ini, "pihak menuntut wajar" ertinya seseorang yang mendakwa berhak mendapat jumlah wang yang berkenaan sebagai wasi kepada si mati, atau yang mendakwa berhak mendapat jumlah wang itu di bawah undang-undang yang berkaitan.
jika terdapat pakatan atau pembiaran di antara orang itu dan peserta yang dicadangkan dalam pembentukan kontrak itu; atau
jika orang itu telah terhenti daripada menjadi ejennya dan pengendali telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memberitahu atau membawa kepada pengetahuan bakal peserta dan orang awam amnya akan hal mengenai pemberhentian itu.
Sesuatu pernyataan yang dibuat atau apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang itu atas sifatnya sebagai wakil hendaklah disifatkan, bagi maksud pembentukan kontrak, sebagai pernyataan yang dibuat atau perbuatan yang dilakukan oleh pengendali walaupun terdapat pelanggaran terhadap seksyen 28 atau mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini oleh orang itu.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menguatkuasakan tujuan Akta ini, dan untuk menetapkan sesuatu yang hendak ditetapkan di bawah Akta ini.
selah diberi ul dan yang ik takaful disifatkan agai ejen rhubungan an peneri-ifatkan se-u apa-apa orang itu itkan, bagi pernyataan ikan oleh terhadap ain dalam n di antara kan dalam la menjadi subseksyen an, maka runtukan tidaklah nikat atau wah Akta erniagaan mengikut rans 1963, a undang-ai kepada
n. kepada olah ianya g dibenar-njalankan apa-apa endaki di g bertulis tu.
TAKAFUL igsd igun
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 4 (2) (c), 13 (2), (5) dan (6), 17 (3) dan (4)]
ASET MALAYSIA YANG DIBENARKAN UNTUK DEPOSIT
DAN KUMPULAN WANG TAKAFUL
1. Sijil pelaburan yang dikeluarkan di bawah Akta Pelaburan Kerajaan 1983, atau apa-apa sekuriti yang wang pokoknya diçagarkan secara langsung atau sebagai gerenti ke atas Kumpulan Wang Disatukan bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri.
2. Syer dalam, atau sekuriti bagi, sesuatu pertubuhan yang diperbadankan di Malaysia yang disenaraikan oleh mana-mana bursa saham yang diluluskan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983.
3. Syer dalam, atau sekuriti bagi, sesuatu pertubuhan yang di daftarkan di bawah Akta Koperasi.
4. Harta pusaka atau kepentingan tanah di Malaysia dan, sebanyak mana nilainya sekuriti, pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan yang dijamin di atas mana-mana harta pusaka atau kepentingan itu.
5. Mana-mana mata wang Malaysia, dan apa-apa amaun yang kena dibayar dalam mata wang itu yang dipegang atas akaun semasa atau apa-apa akaun deposit di Malaysia dengan suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank 1973 atau Akta Bank Islam 1983 atau mana-mana institusi kewangan lain sebagaimana yang ditetapkan.
6. Apa-apa pinjaman atau pelaburan lain dalam atau yang berkaitan dengan Malaysia sebagaimana yang ditetapkan.
JADUAL KEDUA
[Seksyen 41 (1) dan (2), 42 (1), 43 (4), 44 (1) dan (2)]
PENYATA OLEH PENGENDALI TAKAFUL
BAHAGIAN I
DOKUMEN YANG HENDAK DISERAHSIMPAN SETIAP TAHUN
1. (1) Seseorang pengendali, untuk mematuhi subseksyen (1)
seksyen 41, hendaklah menyerahsimpan pernyataan akaun dan lain-lain pernyataan sebagaimana disebutkan dalam perenggan ini.
Maka hendaklah diserahsimpan bagi tiap-tiap tempoh perakaunan—
oleh pengendali yang didaftarkan berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga, akaun hasil perniagaan pengendali, dan oleh pengendali yang didaftarkan berkenaan dengan perniagaan am sesuatu akaun hasil berkenaan dengan perniagaan itu; dan
oleh mana-mana pengendali suatu akaun untung rugi bagi keseluruhan perniagaan pengendali, bersama-sama dengan kunci kira-kira yang berasingan, seperti pada penutup tempoh perakaunan itu, bagi tiap-tiap jenis perniagaan takaful yang berkenaan dengannya pengendali itu didaftarkan.
Maka hendaklah diserahsimpan—
oleh pengendali yang didaftarkan berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga, pernyataan bagi tiap-tiap tempoh perakaunan yang memberi, berkenaan dengan sijil yang dipunyai oleh kelas perniagaan itu, butir-butir—
mengenai pengeluaran sijil baru sepanjang tempoh itu;
mengenai penamatan dan pengurangan liabiliti atau caruman atau sijil takaful sepanjang tempoh itu, dan pemindahan sijil kepada atau dari Daftar sepanjang tempoh itu; dan
oleh pengendali yang didaftarkan berkenaan dengan perniagaan am, pernyataan bagi tiap-tiap tempoh perakaunan yang memberi, berkenaan dengan sijil yang dipunyai oleh kelas perniagaan itu, butir-butir mengenai caruman dan tuntutan; dan
mengenai sijil yang berkuatkuasa di akhir tempoh itu;
oleh pengendali yang didaftarkan berkenaan dengan manamana kelas perniagaan pernyataan bagi tiap-tiap tahun kalendar yang memberi butir-butir mengenai aset yang dipegang di akhir tahun itu sebagai aset kumpulan wang takaful yang disenggara bagi perniagaan kelas itu.
Peraturan-peraturan boleh mengubahsuai subperenggan (3) (c) supaya ianya memerlukan pernyataan aset kumpulan wang takaful itu dibuat bagi sebahagian daripada suatu tahun kalendar bukannya bagi keseluruhan tahun.
Pernyataan yang dikehendaki oleh subperenggan (3) (c) hendaklah dikecualikan dari subseksyen (1) dan (2) seksyen 44.
2. (1) Bersama-sama dengan apa-apa akaun dan kunci kira-kira yang diserahsimpan di bawah perenggan 1, maka hendaklah diserahsimpan sijil juruaudit yang ditandatangani olehnya dan menyatakan sama ada pada pendapatnya—
akaun dan kunci kira-kira itu adalah mengikut Akta ini;
kunci kira-kira itu sebenarnya menggambarkan kedudukan kewangan pengendali; dan
buku-buku pengendali telah disimpan dengan sempurnanya dan hal-ehwal serta transaksi pengendali telah direkod dengan betul:
Dengan syarat bahawa jika pengauditan itu tidak meliputi keseluruhan perniagaan pengendali, sijil juruaudit itu hendaklah, berkenaan dengan perenggan $(b)$ dan $(c)$, diberi dengan tertakluk kepada pembatasan yang sesuai.
Sijil juruaudit hendaklah juga menyatakan—
bahawa pengendali telah, sepanjang tempoh perakaunan yang relevan, mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen (2) (b) seksyen 4;
sama ada dalam tempoh perakaunan yang relevan itu mana-mana bahagian aset dari kumpulan wang atau kumpulan-kumpulan wang takaful yang disenggara di bawah Akta ini telah dipakai dengan melanggari seksyen 16, dan sama ada dalam tempoh itu seksyen 17 telah dipatuhi berhubungan dengan aset-aset itu dan apa-apa aset yang termasuk dalam subseksyen (5) seksyen 17;
mengenai dokumen-dokumen yang menerangkan hakmilik pengendali bagi apa-apa aset seperti itu sama ada dia telah memeriksa dokumen-dokumen itu seperti yang dipegang oleh atau bagi pihak pengendali dalam Malaysia, dan sama ada dia telah menerima maklumat yang memuaskan tentang tempat dan penyimpanan dokumen lain, dengan menyatakan sama ada pengendali mematuhi kehendak-kehendak seksyen 20;
sama ada semua pengumpukan yang perlu dan wajar telah dibuat dalam menyediakan akaun dan kunci kira-kira, dan telah dibuat mengikut cara yang saksama; dan
apa-apa pelanggaran lain terhadap Akta ini sebagaimana yang ditemui semasa menjalankan pengauditan.
BAHAGIAN II
DOKUMEN HENDAKLAH DISERAHSIMPAN SEMASA
PENYIASATAN AKTUARI KE ATAS PERNIAGAAN
PERPADUAN KELUARGA
3. (1) Pengendali yang didaftarkan berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga hendaklah, supaya mematuhi subseksyen (1) seksyen 42 dalam hal sesuatu penyiasatan aktuari, menyerahsimpan apa-apa dokumen sebagaimana tersebut dalam perenggan ini.
Maka hendaklah diserahsimpan suatu ringkasan dari laporan aktuari, yang hendaklah ditandatangani oleh aktuari dan hendaklah termasuk—
suatu ringkasan dan penilaian sijil takaful seperti pada tarikh penyiasatan itu; dan
suatu penilaian kunci kira-kira seperti pada tarikh perniagaan yang dimaksudkan dengan laporan itu.
Maka hendaklah diserahsimpan suatu sijil oleh aktuari, yang ditandatangani olehnya, bahawa dia berpuas hati tentang ketepatan penilaian yang dibuat bagi maksud penyiasatan itu dan tentang penilaian itu dibuat mengikut Akta ini, dan tentang ketepatan data atas mana penilaian itu didasarkan:
Dengan syarat bahawa, jika aktuari itu bukan pegawai tetap bagi pengendali, sijil aktuari hendaklah, setakat mana berhubungan dengan ketepatan data atas mana penilaian itu didasarkan, diberi dan ditandatangani oleh atau bagi pihak pegawai utama pengendali di Malaysia, dan aktuari hendaklah bagi pihak dirinya mengenai sijil itu menyatakan langkah awasan yang diambil oleh aktuari untuk memastikan ketepatan data itu.
Maka hendaklah diserahsimpan pernyataan yang ditandatangani oleh aktuari yang menganalisa seperti pada tarikh penyiasatan itu kedudukan mengenai sijil takaful dan caruman perniagaan yang dimaksudkan dengan laporan itu.
BAHAGIAN III
SERAHSIMPAN, BENTUK DAN ISI KANDUNGAN
4. (1) Suatu dokumen yang hendak diserahsimpan oleh pengendali hendaklah diserahsimpan dengan menghantar kepada Ketua Pengarah lima salinan, yang mana (melainkan jika dokumen itu sendiri dikehendaki oleh Jadual ini supaya ditandatangani) sekurang-kurangnya satu salinan hendaklah ditandatangani oleh dua orang daripada pengarah pengendali dan oleh atau bagi pihak pegawai utama pengendali di Malaysia.
Orang-orang yang menandatangani apa-apa kunci kira-kira hendaklah memperakui bahawa mereka percaya aset yang dinyatakan dalam kunci kira-kira adalah bernilai sepenuhnya seperti yang dinyatakan dalam kunci kira-kira, setelah ditolak sesuatu kumpulan wang pelaburan rezab yang diambil kira; dan mereka hendaklah juga sama ada memperakui bahawa dalam tempoh perakaunan yang relevan tiada bahagian dari aset kumpulan wang takaful yang disenggara di bawah Akta ini telah disenggara dengan melanggari seksyen 16, dan sepanjang tempoh itu seksyen 17 telah dipatuhi berhubungan dengan aset-aset itu dan manamana aset yang termasuk dalam subseksyen (5) seksyen 17, atau menyatakan kecualian-kecualiannya.
Orang-orang yang menandatangani suatu kunci kira-kira berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga hendaklah memperakui bahawa dalam tempoh perakaunan yang relevan itu peruntukan-peruntukan subseksyen (3) seksyen 65 berkenaan dengan baki deposit wang perpaduan dengan Perbendaharaan telah dipatuhi.
5. (1) Tertakluk kepada subperenggan (2), suatu dokumen hendak-lah diserahsimpan dalam masa enam bulan selepas tarikh yang relevan, atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah (tetapi tidak melebih sembilan bulan dari tarikh yang relevan); dan bagi maksud ini tarikh yang relevan ialah tarikh yang dimaksudkan dengan dokumen atau, dalam hal suatu akaun atau pernyataan bagi tempoh perakaunan, pada akhir tempoh itu:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah, setelah berpuas hati bahawa hal-ehwal mana-mana pengendali dijalankan mengikut cara yang mungkin merosakkan kepentingan awam, kepentingan peserta, atau kepentingan pengendali, boleh dalam apa-apa jua hal seperti itu menetapkan suatu tempoh yang kurang daripada enam bulan bagi maksud-maksud subperenggan ini.
Apa-apa pernyataan mengenai aset kumpulan wang takaful sebagaimana yang dikehendaki oleh subperenggan (3) (c) perenggan 1 hendaklah diserahsimpan dalam masa tiga bulan dari tarikh yang dimaksudkan dengan pernyataan itu.
6. Suatu dokumen hendaklah dibuat dalam Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris dan hendaklah (mengenai kelima-lima salinan) sama ada dicetak atau, dengan kebenaran Ketua Pengarah, dikemukakan dengan cara-cara mekanikal lain yang diluluskan olehnya.
7. Jika melalui Jadual ini suatu dokumen dikehendaki ditandatangani oleh atau bagi pihak pegawai utama pengendali, ia hendaklah, jika tidak ditandatangani oleh pegawai itu, ditandatangani oleh salah seorang pegawai pengendali di Malaysia yang pada masa itu diberitahu kepada Ketua Pengarah sebagai mempunyai kuasa bagi maksud-maksud Jadual ini untuk menandatangani sebagai mengganti pegawai utama.
8. (1) Tertakluk kepada subperenggan yang berikut, suatu dokumen hendaklah dalam borang yang ditetapkan dan mengandungi butir-butir yang ditetapkan, dan disediakan mengikut peraturan-peraturan (termasuk peraturan-peraturan mengenai cara bagaimana penilaian itu hendak dibuat atau cara mana-mana butiran itu hendak disenggara).
Ketua Pengarah boleh dalam sesuatu hal tertentu membenarkan apa-apa penyimpangan sebagaimana yang difikirkannya patut dari apa-apa kehendak peraturan-peraturan di bawah subperenggan (1), jika dia berpuas hati bahawa tujuan dokumen yang berkenaan itu walau bagaimanapun akan dipenuhi keseluruhannya.
Tanpa menyentuh subperenggan (2), jika suatu ringkasan mengenai laporan aktuari ke atas penyiasatan yang dibuat kena diserahsimpan selain daripada mematuhi subseksyen (1) seksyen 42, ringkasan itu boleh mematuhi peraturan-peraturan di bawah subperenggan (1) dengan tentakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, memandangkan tujuan penyiasatan aktuari itu dan bentuk serta isi kandungan laporannya itu.