PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2008/687
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA 2008 is Malaysia Act, cited as Act 687 2008, currently marked in force and first recorded in 2008.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa
Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Perdana Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan—
bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di dalam kawasan atau bahagian yang berlainan di Wilayah Ekonomi Koridor
Utara;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 687
bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan
Akta ini di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara; dan
bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan
Akta ini di dalam kawasan atau bahagian yang berlainan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan Negeri,
Pihak Berkuasa Negeri atau kerajaan tempatan; dan
mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi
Kerajaan Persekutuan, atau bagi mana-mana Kerajaan
Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya;
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Pihak Berkuasa di bawah seksyen 15;
“Jawatankuasa Perancang Negeri” ertinya Jawatankuasa
Perancang Negeri bagi sesuatu Negeri, yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
“kawasan lapang” ertinya mana-mana tanah, sama ada dilingkungi sesuatu atau tidak, yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam;
“Kelulusan” ertinya apa-apa kelulusan mana-mana Entiti
Kerajaan, sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak, dan termasuk kelulusan bagi atau berhubung dengan lesen, permit, pas, pendaftaran, cukai, eksais dan insentif, yang dikehendaki bagi atau berkaitan dengan perdagangan, pelaburan dan pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 9
“Kerajaan Negeri” ertinya Kerajaan sesuatu Negeri;
“Ketua Eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 19(1) dan termasuk mana-mana pegawai yang diarahkan di bawah subseksyen 19(6) untuk melaksanakan tugas ketua pegawai eksekutif itu;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa
Pelaksanaan Koridor Utara yang ditubuhkan di bawah seksyen 31;
“menetapkan” ertinya menetapkan melalui peraturan-peraturan;
“Negeri” ertinya setiap Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan “Negeri-negeri” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Pihak Berkuasa yang dinyatakan di bawah seksyen 9;
“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor
Utara yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“Pihak Berkuasa Negeri” ertinya Pihak Berkuasa Negeri bagi sesuatu Negeri;
“pihak berkuasa perancang tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976;
“pihak berkuasa tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];
“Rancangan Fizikal Negara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
“Rancangan Pembangunan WEKU” ertinya draf Rancangan
Pembangunan WEKU yang diluluskan oleh setiap dan tiap-tiap
Kerajaan Negeri menurut seksyen 24, dan termasuk apa-apa pengubahan Rancangan Pembangunan WEKU menurut kuasa seksyen 25;
“rancangan struktur” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 687
“rancangan tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976;
“Wilayah Ekonomi Koridor Utara” ertinya kawasan atau kawasan-kawasan yang ditentukan oleh Perdana Menteri mengikut seksyen 16.
Jaminan am
“Entiti Kerajaan” ertinya—
Peruntukan Akta ini hendaklah dibaca bersama dengan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana Entiti Kerajaan dan tidak mengurangkan mana-mana hak, kuasa dan fungsi yang diberikan kepada mana-mana Entiti
Kerajaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu.
Bahagian II
Pihak Berkuasa adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Pihak Berkuasa boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasa boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 11
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Pihak Berkuasa.
Objektif Pihak Berkuasa
Objektif Pihak Berkuasa adalah—
untuk menggalakkan dan mempercepat pembangunan
Wilayah Ekonomi Koridor Utara supaya menjadi suatu wilayah ekonomi bertaraf dunia dan destinasi pilihan bagi pelaburan, pekerjaan dan kehidupan; dan
untuk memastikan bahawa pembangunan sosial dan pembangunan mapan diutamakan dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi di dalam Wilayah Ekonomi Koridor
Utara.
Fungsi Pihak Berkuasa
Tertakluk kepada subseksyen 22(1), fungsi Pihak Berkuasa adalah—
untuk mewujudkan arah, dasar dan strategi berhubung dengan pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara dan fungsi lain yang berkaitan dengannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Bahagian IV
untuk mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan dasar, undang-undang dan tindakan yang hendaklah terpakai bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara yang difikirkannya perlu untuk mencapai objektifnya di bawah
Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 687
untuk menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh Entiti Kerajaan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Bahagian V
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, kuasa Pihak
untuk menjalankan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti komersial atau perusahaan membuat keuntungan, tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan;
untuk mendayausahakan dan menjalankan kajian mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin, untuk mencadangkan rancangan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula termasuklah mengenal pasti lokasi yang sesuai dan pemboleh lain yang penting bagi maksud itu dan menjalankan kajian untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;
untuk memajukan, mengesyorkan, memudahkan, membantu dalam, menyelaraskan, menganjurkan, membangunkan dan mengusahakan strategi dan inisiatif untuk meningkatkan
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 15
daya saing di peringkat antarabangsa barang-barang dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara, termasuklah strategi dan inisiatif yang berhubungan dengan—
pembangunan jenama serantau dan bertaraf dunia yang teguh;
penyebaran amalan terbaik atau standard yang moden atau antarabangsa untuk diterima pakai oleh pengeluar atau pemberi perkhidmatan;
untuk membangunkan, menggalakkan, mengesyorkan, memudahkan, menguruskan, menyelaraskan dan mengusahakan inisiatif pembangunan sosial yang bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dan ketaksamaan pendapatan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
semua Entiti Kerajaan yang berkaitan untuk memberikan apa-apa bantuan dan mengemukakan apa-apa maklumat yang ada dalam milik mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak
Berkuasa untuk membolehkan Pihak Berkuasa menjalankan fungsinya di bawah Akta ini;
semua Entiti Kerajaan, syarikat dan perbadanan, dan badan dan orang lain, sama ada tempatan atau asing, yang bertanggungjawab bagi atau terlibat dalam menjalankan atau berniat untuk menjalankan pembangunan di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara untuk mengemukakan laporan, yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa, berkenaan dengan aktiviti mereka atau aktiviti yang dicadangkan oleh mereka;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 687
untuk menyelaraskan dan membantu Entiti Kerajaan yang berkaitan dalam mengkaji semula dan menilai pembangunan, termasuklah pembangunan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan, infrastruktur dan kemudahan awam di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
untuk membuat syor kepada Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa tempatan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara berhubung dengan fungsi dan perkhidmatan kerajaan tempatan termasuk kawalan perancangan tempatan dan pengawalseliaan, kelulusan dan kawalan semua bangunan dan pengendalian bangunan, pembaikan dan penghapusan bangunan hampir musnah dan berbahaya, dan larangan, penutupan dan perobohan bangunan daripada kelas, reka bentuk atau rupa tertentu di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara;
untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen yang diberi kuasa bagi, atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak, mana-mana Entiti Kerajaan, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang, sama ada tempatan atau asing;
untuk menghubungi secara langsung atau tidak langsung mana-mana pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing, dengan tujuan untuk menggalakkan pelaburan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
untuk menggalakkan, memudahkan, membantu dan menyelaraskan penjalanan aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d) oleh mana-mana Entiti Kerajaan atau mana-mana orang, sama ada tempatan atau asing atau bersesama oleh mereka;
untuk menubuhkan atau mengembangkan, atau menggalakkan penubuhan atau pengembangan, syarikat atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Pihak Berkuasa atau secara bebas;
untuk membuat (atau melalui sesuatu entiti di bawah kawalannya atau kawalan separanya yang disebut dalam perenggan (k)) perkongsian atau membuat apa-Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 17
apa perkiraan bagi perkongsian keuntungan, gabungan kepentingan, kerjasama, usaha sama, konsesi bersaling atau selainnya, dengan mana-mana orang, syarikat atau badan, atau apa-apa perniagaan, aktiviti atau transaksi yang boleh dijalankan supaya dapat mencapai secara langsung atau tidak langsung objektif Pihak Berkuasa dan untuk mengambil atau selainnya memperoleh syer dan sekuriti mana-mana syarikat itu dan menjual, memegang, menerbitkan semula dengan atau tanpa jaminan atau selainnya berurusan dengan syer dan sekuriti itu;
untuk menaja jamin atau selainnya memperoleh dan memegang apa-apa sekuriti dan untuk melupuskan sekuriti itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
tertakluk kepada dan mengikut mana-mana undang-undang bertulis, untuk menubuhkan, menguruskan dan mengendalikan apa-apa kumpulan wang pelaburan, sama ada yang berhubungan dengan harta, saham, syer atau selainnya, dan untuk membubarkan kumpulan wang pelaburan itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
untuk memohon bagi dan menerima pemberimilikan atau pemindahan hakmilik tanah di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara bagi pembangunan;
untuk melupuskan aset modal dan untuk menggunakan hasil daripada pelupusan itu;
untuk melantik mana-mana ejen sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
untuk mengenakan fi, kos atau apa-apa caj lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsinya atau kuasanya; dan
untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 687
Fungsi tambahan Pihak Berkuasa
Berkuasa termasuklah kuasa—
Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan dan kuasa yang terletak hak pada Pihak Berkuasa oleh Akta ini, Pihak
Berkuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang ditugaskan atau diberikan kepadanya oleh
Kerajaan Persekutuan atau, mana-mana Kerajaan Negeri dengan kelulusan Perdana Menteri, dan dalam melakukan sedemikian
Pihak Berkuasa hendaklah disifatkan sebagai memenuhi maksud
Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Pihak
Berkuasa berkenaan dengan pelaksanaan fungsi itu, penjalanan kuasa itu dan perbelanjaan wang itu:
Dengan syarat bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan terpisah daripada akaun Kumpulan Wang.
Keanggotaan Pihak Berkuasa
Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi setiap Negeri;
dua orang Menteri Persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana
Menteri;
seorang wakil daripada perkhidmatan awam yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh
Perdana Menteri; dan
dua orang anggota daripada sektor swasta yang mempunyai pengalaman atau kelayakan yang sesuai yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 19
Timbalan Perdana Menteri hendaklah mempengerusikan sesuatu mesyuarat Pihak Berkuasa semasa ketidakhadiran Perdana
Menteri.
Tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri, mana-mana anggota Pihak Berkuasa yang diperihalkan dalam perenggan (b)
hingga (e) boleh melantik seorang anggota silih ganti, yang boleh merupakan seorang anggota lain Pihak Berkuasa, untuk menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa semasa ketidakhadirannya.
Apabila menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa sebagai ganti seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Pihak Berkuasa pada mesyuarat yang berkaitan itu yang berkenaan dengannya dia dilantik sebagai ganti anggota itu.
Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Pihak
Berkuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang menghadiri sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau perbincangan itu.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan
Pelantikan mana-mana anggota di bawah perenggan 9(l)(f)
boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Perdana Menteri, tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 9(1)(f)
boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Perdana Menteri.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 687
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah perenggan 9(l)(f) menjadi kosong—
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 45; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Pihak
Berkuasa oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 21
Saraan atau elaun
Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat atau perbincangan Pihak Berkuasa di bawah subseksyen 9(5) boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana Menteri.
Penzahiran kepentingan
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
tidak boleh hadir semasa mana-mana perbincangan atau pembuatan keputusan Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Pihak
Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Mana-mana anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 687
Tiada tindakan atau prosiding Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Pihak Berkuasa atau jawatankuasa yang berkaitan itu telah melanggar seksyen ini.
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota
Pihak Berkuasa atau sesuatu jawatankuasa, termasuk—
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Pihak Berkuasa atau sesuatu jawatankuasa, ertinya—
firma yang dalamnya anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian *Akta Syarikat 2016 [Akta 777], yang baginya anggota itu atau mana-mana penamanya atau anggota keluarganya merupakan seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1)
Akta 777.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 23
Pihak Berkuasa boleh menubuhkan jawatankuasa
Keanggotaan sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk seorang individu atau lebih daripada sektor swasta.
Pihak Berkuasa boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi Pihak Berkuasa.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri mengikut apa-apa dasar, garis panduan atau peraturan-peraturan yang dikeluarkan atau dibuat oleh Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa di bawah Akta ini.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit setiap mesyuaratnya dikemukakan kepada
Pihak Berkuasa dalam masa empat belas hari dari tarikh mesyuarat yang berkaitan.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 687
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah, jika telah ditandatangani dengan sewajarnya oleh pengerusi jawatankuasa, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang berkenaan dengannya minit mengenai prosidingnya telah dibuat dan ditandatangani mengikut subseksyen (9) dan (10) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana
Menteri dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Perdana Menteri.
Pengerusi mana-mana jawatankuasa boleh memberi kuasa seseorang anggota untuk menggunakan video secara langsung, sambungan televisyen atau kemudahan komunikasi atau multimedia yang sesuai yang lain untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat jawatankuasa yang berkaitan.
Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, sesuatu jawatankuasa;
atau
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 25
Wilayah Ekonomi Koridor Utara
Perdana Menteri boleh dari semasa ke semasa, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), menentukan melalui pemberitahuan dalam Warta kawasan atau kawasan-kawasan di dalam Negeri-negeri yang berkaitan yang di dalamnya Pihak
Berkuasa hendaklah melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini dan kawasan atau kawasan-kawasan itu secara kolektif hendaklah dikenali sebagai “Wilayah Ekonomi Koridor Utara”;
Pihak Berkuasa Negeri Perlis, berkenaan dengan mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan yang berada di dalam Negeri Perlis;
Pihak Berkuasa Negeri Kedah, berkenaan dengan mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan yang berada di dalam Negeri Kedah;
Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang, berkenaan dengan mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan yang berada di dalam Negeri Pulau Pinang; dan
Pihak Berkuasa Negeri Perak, berkenaan dengan mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan yang berada di dalam Negeri Perak.
Pewakilan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa
Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan peruntukan lain Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mewakilkan kepada seorang anggota
Pihak Berkuasa atau suatu jawatankuasa atau seorang pegawai
Pihak Berkuasa, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada
Kumpulan Wang atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Pihak Berkuasa hingga ke tahap yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.
Anggota Pihak Berkuasa, jawatankuasa atau pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh
Pihak Berkuasa dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.
Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Pihak Berkuasa.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Pihak
Berkuasa daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah, dalam masa enam bulan selepas berakhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Perdana
Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Perdana Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya.
Laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Pihak Berkuasa sebagaimana yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dari semasa ke semasa.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 27
untuk mengesyorkan standard, garis panduan, amalan terbaik dan proses dan tatacara pentadbiran yang seragam yang hendaklah diterima pakai oleh
Entiti Kerajaan bagi Wilayah Ekonomi Koridor
Utara; dan
untuk memantau pelaksanaan standard, garis panduan, amalan terbaik dan proses dan tatacara pentadbiran yang seragam dalam memudahkan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
untuk membuat pertanyaan mengenai, menjalankan kajian mengenai, mengumpul semak, menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau berkaitan dengan pembangunan, perniagaan atau pelaburan dan untuk menyebarkan maklumat, statistik dan faktor itu kepada pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing, di dalam Wilayah Ekonomi Koridor
Utara dan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan;
untuk mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan insentif yang hendaklah terpakai bagi pelabur di dalam
Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
untuk memajukan, merangsang, memudahkan dan meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa
Wilayah Ekonomi Koridor Utara sebagai suatu pusat pertanian, pembuatan, pendidikan, perdagangan, pelaburan dan logistik, dan destinasi pelancongan;
untuk menggalakkan, merangsang, memudahkan, menyelaraskan dan mengusahakan di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara—
pembangunan ekonomi dan sosial;
pembangunan pertanian, termasuk pemodenan, pempelbagaian dan pengkomersialan sektor pertanian;
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 13
pembangunan industri, termasuk pembangunan aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dan industri baharu;
pembangunan pelancongan, termasuk pembangunan pelancongan kesihatan perubatan, pelancongan mewah dan ekopelancongan;
pembangunan infrastruktur dan logistik;
pembangunan modal insan, termasuk pembangunan institusi vokasional dan teknikal dan pusat kecemerlangan bagi penyelidikan, pembelajaran dan latihan;
pembangunan mapan, termasuk perlindungan, pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar;
untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam pembangunan yang disebut dalam perenggan (g);
untuk menyediakan perkhidmatan nasihat dan perundingan kepada pelabur atau pelabur berpotensi di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara;
untuk mewujudkan dan mengkaji semula kriteria bagi insentif yang secara langsung dan secara eksklusif diuruskan dan ditadbirkan oleh Pihak Berkuasa sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa yang hendaklah terpakai bagi pelabur di dalam
Wilayah Ekonomi Koridor Utara, dan untuk menerima, memproses, menilai dan memberikan insentif itu kepada pelabur yang layak;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 687
untuk merancang, melaksanakan secara berperingkat-peringkat, mengutamakan, menyelaraskan dan mengkaji semula pelaksanaan aktiviti yang disebut dalam perenggan (f) dan (g) dan apa-apa aktiviti lain di dalam
Wilayah Ekonomi Koridor Utara yang disifatkan oleh
Pihak Berkuasa sebagai mempunyai kepentingan strategik kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara atau demi kepentingan Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
untuk membantu Entiti Kerajaan yang berkaitan dalam mengkaji semula dan menilai pelaksanaan aktiviti yang disebut dalam perenggan (f) dan (g) di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara; dan
untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini dan untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang merupakan tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam seksyen ini atau dalam menjayakan objektif Pihak Berkuasa.
Kuasa Pihak Berkuasa
Bahagian III
Ketua Eksekutif
Ketua Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—
penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal hari ke hari Pihak Berkuasa;
Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.
Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Pihak Berkuasa.
Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Pihak
Berkuasa boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan Ketua Eksekutif semasa ketiadaan atau ketidakupayaan buat sementara itu.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 687
Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain Pihak
Berkuasa
Pihak Berkuasa boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Pihak
Berkuasa.
Bantuan kewangan kepada anggota, pegawai, pekhidmat dan orang lain
Pihak Berkuasa boleh memberikan—
bayaran faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa kepada pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pembelian rumah atau kenderaan, dan pembiayaan atau pinjaman ihsan yang lain, kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak
Berkuasa;
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, dan orang tanggungan mereka;
kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa atau mana-mana orang lain; dan
derma kepada mana-mana orang, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 29
Bahagian IV
DI DALAM WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA
Tanggungjawab Pihak Berkuasa
memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut apa-apa cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan
Persekutuan dan setiap Kerajaan Negeri yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pembangunan
Wilayah Ekonomi Koridor Utara, dan dasar yang terkandung dalam Rancangan Pembangunan WEKU;
dasar negara bagi pemajuan dan kawalan penggunaan tanah;
dasar am setiap Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan perancangan pembangunan dan penggunaan tanah dan bangunan; dan
berunding dengan Entiti Kerajaan yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa ke atas aktiviti yang berkaitan atau perkara yang dicadangkan untuk diusahakan atau dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa.
Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain Akta ini, dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah subseksyen (1),
Pihak Berkuasa hendaklah—
membantu setiap Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor
Utara, dan bagi maksud ini, Pihak Berkuasa hendaklah menyediakan suatu draf Rancangan Pembangunan WEKU dan merumuskan strategi dan inisiatif bagi pelaksanaan
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 687
Rancangan Pembangunan WEKU dalam sektor swasta dan awam untuk diterima pakai oleh pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara menurut subseksyen 24(5);
menyepadukan dasar dan strategi perancangan Kerajaan
Persekutuan, setiap Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara setakat yang dasar dan strategi perancangan itu boleh terpakai bagi atau berkaitan dengan
Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
melaksanakan strategi dan inisiatif bagi pembangunan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan di dalam
Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan tarikan pelaburan ke Wilayah Ekonomi Koridor Utara, mengikut Rancangan
Pembangunan WEKU;
mengenal pasti keperluan infrastruktur yang perlu bagi pembangunan ekonomi dan sosial Wilayah Ekonomi
Koridor Utara mengikut Rancangan Pembangunan
WEKU, membangunkan dan mengesyorkan strategi dan inisiatif bagi penyediaan infrastruktur itu, menerima dan menyalurkan apa-apa wang yang diuntukkan oleh
Parlimen bagi penyediaan infrastruktur itu dan membantu
Entiti Kerajaan yang berkaitan dalam mengkaji semula dan menilai pembinaan, pelaksanaan, pengendalian dan penyenggaraannya;
mengesyorkan kriteria yang hendaklah dipenuhi oleh
Entiti Kerajaan dan kontraktor swasta berhubung dengan penyediaan, atau keupayaan untuk menyediakan, infrastruktur atau perkhidmatan yang diperlukan, mengikut
Rancangan Pembangunan WEKU bagi pembangunan ekonomi dan sosial Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
mengenal pasti keperluan modal insan atau kemahiran yang perlu bagi pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi
Koridor Utara dan membangunkan strategi bagi memastikan bahawa keperluan atau kemahiran itu dibangunkan dan dikekalkan;
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 31
menyepadukan strategi negara dan Negeri dalam merumuskan strategi dalam draf Rancangan Pembangunan
WEKU berhubung dengan perlindungan alam sekitar, pemuliharaan dan pengurusan sumber asli yang terletak di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara; dan
menyepadukan penyelidikan saintifik dan teknologi dan pengeksploitan komersialnya dalam rangka ekonomi
Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
Penyediaan draf Rancangan Pembangunan WEKU
Draf Rancangan Pembangunan WEKU hendaklah mengandungi pernyataan bertulis dan—
hendaklah merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangannya bagi rangka kerja, wawasan dan objektif keseluruhan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara, yang hendaklah termasuk strategi bagi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
hendaklah merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangannya bagi inisiatif perancangan dan pelaksanaan untuk merealisasikan strategi yang disebut dalam perenggan (a), yang hendaklah termasuk inisiatif yang berhubungan dengan—
fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 6(b)
dan (c);
peningkatan kualiti persekitaran kehidupan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
pengurusan dan peningkatan pembangunan sosial di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
pengurusan kegunaan tanah di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara;
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 687
pencapaian atau peningkatan kelebihan daya saing antarabangsa bagi barang-barang dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara, termasuk aktiviti yang berhubungan dengan penjenamaan, penyelidikan, pentauliahan ke atas standard dan pemasaran antarabangsa;
pembangunan modal insan sektor berkaitan atau modal insan industri berkaitan, yang termasuk aktiviti yang berhubungan dengan pendidikan, latihan dan penyelidikan;
pembangunan dan pengembangan tarikan pelancongan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor
Utara;
tarikan pelaburan kepada sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara;
pembangunan sektor pertanian, termasuk pemodenannya, pempelbagaiannya dan pengkomersialannya;
pembangunan sektor industri, termasuk pembangunan industri nilai tambah yang lebih tinggi dan industri baharu;
penyediaan insentif bagi sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara;
perlindungan, pengurusan, pemeliharaan dan peningkatan sumber alam sekitar semula jadi, sumber pertanian, ekosistem pantai yang sensitif, tanah tinggi, hutan, taman dan kawasan lapang di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara, termasuk—
(aa) perlindungan kawasan sensitif alam sekitar yang diperihalkan dalam Rancangan
Fizikal Negara;
(bb) pembaikan pengurusan air, tenaga dan sisa di dalam Wilayah Ekonomi Koridor
Utara;
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 33
penyediaan, penyepaduan, pembaikan, pengembangan, pemusatan, penyelarasan dan peningkatan pengurusan dan pemantauan infrastruktur utiliti dan perkhidmatan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara;
pemajuan pembangunan berorientasikan pengangkutan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor
Utara;
peningkatan infrastruktur dan perkhidmatan logistik atau pengangkutan di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara, termasuk—
(aa) peningkatan penghubungan pengangkutan dalaman, kebangsaan dan antarabangsa bagi pergerakan barang-barang dan manusia;
(bb) penyediaan dan pengurusan suatu sistem pengangkutan awam yang bersepadu, terselaras dan saling bersambung, yang hendaklah selaras dengan keseluruhan rangka kerja, wawasan, objektif dan strategi yang disebut dalam perenggan
boleh merumuskan, dengan terperinci sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, cadangan, dasar dan strateginya yang boleh terpakai bagi kawasan di sekeliling Wilayah Ekonomi Koridor Utara di dalam
Negeri Perak setakat yang cadangan, dasar dan strategi itu semunasabahnya dikehendaki untuk mencapai cadangan yang disebut dalam perenggan (a) dan (b); dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, cadangan, dasar dan strategi yang boleh terpakai bagi kawasan di sekeliling Wilayah Ekonomi Koridor Utara di dalam
Negeri Perak boleh termasuk perkara yang berhubungan dengan keselamatan, perlindungan dan pembaikan alam sekitar dan pemeliharaan sumber semula jadi.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 687
Draf Rancangan Pembangunan WEKU hendaklah mengandungi, atau disertai dengan, apa-apa peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa bagi maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam draf Rancangan WEKU, atau sebagaimana yang dalam apa-apa hal tertentu dinyatakan dalam arahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri; dan peta, gambar rajah, ilustrasi, laporan, lukisan, model dan bahan perihalan itu hendaklah dikira sebagai menjadi sebahagian daripada Rancangan Pembangunan WEKU.
Dalam merumuskan cadangannya dalam draf Rancangan
Pembangunan WEKU, Pihak Berkuasa hendaklah—
berunding dengan setiap Kerajaan Negeri, mengenai mana-mana cadangan yang berhubungan dengan Negeri yang berkaitan;
memastikan bahawa cadangan itu pada amnya mematuhi rancangan pembangunan sosioekonomi dan rancangan struktur bagi Negeri yang berkaitan sebagaimana keadaannya pada masa ini, sama ada ia telah berkuat kuasa atau belum; dan
apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada pendapatnya berkaitan:
apa-apa maklumat atau pertimbangan lain yang Kerajaan Negeri yang berkaitan boleh mengarahkannya untuk mengambil kira bagi mana-mana cadangan berhubung dengan Negeri yang berkaitan;
dasar Negeri yang berkaitan, apabila berkaitan.
Kelulusan atau penolakan draf Rancangan Pembangunan
Kerajaan Negeri hanya boleh menahan kelulusannya bagi draf Rancangan Pembangunan WEKU jika ia berpendapat bahawa draf Rancangan Pembangunan WEKU atau mana-mana bahagiannya tidak disediakan mengikut kehendak perenggan 23(4)(a) atau (b)
atau subperenggan 23(4)(c)(ii) atau (c)(iv).
Bagi mengelakkan keraguan, Kerajaan Negeri tidak boleh menahan kelulusannya jika mana-mana daripada kehendak itu tidak dipenuhi berkenaan dengan suatu cadangan yang berhubung dengan Negeri lain.
Pihak Berkuasa hendaklah menyiarkan hakikat kelulusan draf
Rancangan Pembangunan WEKU oleh setiap Kerajaan Negeri—
di laman web internet Pihak Berkuasa, dalam bahasa kebangsaan dan Inggeris, bersama dengan Rancangan
Pembangunan WEKU; dan
dalam tiga keluaran sekurang-kurangnya satu surat khabar tempatan dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar tempatan dalam bahasa Inggeris, bersama dengan tanda yang dengannya Rancangan Pembangunan WEKU yang diluluskan boleh dikenal pasti dan dengan suatu pernyataan tentang tempat di mana Rancangan Pembangunan WEKU yang diluluskan itu boleh diperiksa.
Selepas Rancangan Pembangunan WEKU telah diluluskan oleh setiap dan tiap-tiap Kerajaan Negeri—
berhubung dengan mana-mana kawasan di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara yang baginya suatu rancangan tempatan masih belum menerima persetujuan Pihak
Berkuasa Negeri, Jawatankuasa Perancang Negeri yang berkaitan bagi kawasan itu hendaklah memberikan suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah perenggan 12(3)(b) dan subseksyen 12(8) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk memasukkan ke dalam draf rancangan tempatan bagi kawasan itu apa-apa kandungan Rancangan Pembangunan
WEKU sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang Negeri itu; dan
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 687
berhubung dengan mana-mana kawasan di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara yang baginya suatu rancangan tempatan telah menerima persetujuan Pihak Berkuasa
Negeri, Jawatankuasa Perancang Negeri yang berkaitan bagi kawasan itu hendaklah memberikan suatu arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan yang berkaitan di bawah subseksyen 16(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 untuk mengubah rancangan tempatan itu dengan memasukkan apa-apa kandungan Rancangan
Pembangunan WEKU sebagaimana yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Jawatankuasa Perancang
Negeri.
Kajian semula atau pengubahan Rancangan Pembangunan
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 35
Seksyen 24 hendaklah terpakai, dengan ubah suaian yang perlu, berhubung dengan suatu pengubahan Rancangan Pembangunan
WEKU sebagaimana seksyen itu terpakai berhubung dengan penyediaan draf Rancangan Pembangunan WEKU.
Kewajipan untuk mengambil tahu tentang Rancangan
Pembangunan WEKU
Menjadi kewajipan tiap-tiap Entiti Kerajaan dan orang, sama ada tempatan atau asing, untuk mengambil tahu tentang, dan bertindak mengikut cara yang selaras dengan—
kandungan Rancangan Pembangunan WEKU yang tidak dimasukkan ke dalam suatu rancangan tempatan menurut subseksyen 24(5) dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya, di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara; dan
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 37
kandungan Rancangan Pembangunan WEKU sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan 23(2)(c) yang tidak dimasukkan ke dalam suatu rancangan tempatan menurut subseksyen 24(5), jika ada, dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya di dalam kawasan di sekeliling Wilayah Ekonomi Koridor Utara di dalam
Negeri Perak.
Pembangunan strategik yang ditetapkan
Mana-mana orang atau Entiti Kerajaan yang berniat untuk menjalankan—
apa-apa pembangunan di dalam kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan, hendaklah terlebih dahulu merujukkan cadangan pembangunan itu kepada Pihak Berkuasa untuk mendapatkan arahannya sebelum menjalankan pembangunan yang dicadangkan itu.
Arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) adalah untuk memastikan pematuhan dan keselarasan dengan kandungan
Rancangan Pembangunan WEKU, yang tidak dimasukkan ke dalam suatu draf rancangan tempatan atau rancangan tempatan menurut subseksyen 24(5).
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 687
Bahagian V
WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA
Agensi penyelaras utama
bertindak sebagai ejen penyelaras utama atau ejen yang diberi kuasa bagi pihak Entiti Kerajaan yang berkaitan berhubung dengan penerimaan, pemprosesan dan perihal mempercepat Kelulusan dan tindakan pentadbiran yang diperlukan berhubung dengan permohonan untuk mendapatkan Kelulusan yang berkenaan dengannya Pihak
Berkuasa telah membuat suatu perjanjian atau perkiraan di bawah seksyen 29; dan
memberikan perkhidmatan pentadbiran dan bantuan kepada setiap Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara.
Pihak Berkuasa boleh, dalam menjalankan peranan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a)—
mengenakan ke atas pemohon apa-apa fi, kos atau apa-apa caj lain sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; dan
bagi pihak Entiti Kerajaan yang berkaitan, memungut daripada pemohon apa-apa fi, kos atau apa-apa caj lain sebagaimana yang dikehendaki dengan sah oleh Entiti
Kerajaan itu berkaitan dengan permohonan itu.
Perkiraan dengan Entiti Kerajaan
Ekonomi Koridor Utara—
penjalanan oleh Pihak Berkuasa dan Entiti Kerajaan itu akan mana-mana fungsi dan kuasa mereka masing-masing;
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 39
penjalanan atau penyediaan apa-apa kerja atau perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa bagi Entiti Kerajaan itu, atau oleh
Entiti Kerajaan itu bagi Pihak Berkuasa; atau
pemungutan oleh Pihak Berkuasa bagi pihak Entiti Kerajaan itu apa-apa fi, kos atau apa-apa caj lain sebagaimana yang dikehendaki, dicajkan atau dikenakan dengan sah oleh Entiti Kerajaan itu.
Mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah—
dengan persetujuan Perdana Menteri dalam hal sesuatu
Entiti Kerajaan Persekutuan;
dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan dalam hal sesuatu Entiti Kerajaan Negeri; dan
tertakluk kepada dan mengikut undang-undang yang mengawal kuasa dan fungsi Entiti Kerajaan yang berkaitan.
Tanggungjawab Entiti Kerajaan
Kerajaan berkenaan dengan—
bekerjasama dengan dan membantu Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsi dan dalam mencapai objektif Pihak
Berkuasa di bawah Akta ini;
jika berkaitan, merujuk kepada dan menggunakan maklumat, statistik dan faktor yang disebarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan 6(d) dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya, di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara; dan
memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada syor
Pihak Berkuasa bagi pemakaian, penerimapakaian atau penggunaan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 687
Bahagian VI
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;
apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa bagi pinjaman yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
semua wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
semua wang yang didapati atau terhasil daripada apa-apa harta, pelaburan, kumpulan wang pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa;
apa-apa harta, pelaburan, kumpulan wang pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa;
jumlah wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
fi, kos dan apa-apa caj lain yang dikenakan oleh Pihak
Berkuasa di bawah Akta ini;
semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan penasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 41
semua jumlah wang atau harta lain, selain jumlah wang yang disebut dalam perenggan 28(2)(b), yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya; dan
semua wang lain yang diterima dengan sah oleh Pihak
Berkuasa.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Pihak Berkuasa, termasuk fi dan kos ukur dan guaman dan fi dan kos lain;
membayar saraan atau elaun anggota Pihak Berkuasa, mana-mana jawatankuasa atau, pegawai dan pekhidmat
Pihak Berkuasa, termasuk memberi pinjaman dan bayaran pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan ganjaran;
membayar elaun dan belanja lain orang yang diundang kepada mesyuarat Pihak Berkuasa atau mana-mana jawatankuasa;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sah oleh
Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu;
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 687
memberikan insentif kepada pelabur di dalam Wilayah
Ekonomi Koridor Utara yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa;
dan
pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
Menjadi kewajipan Pihak Berkuasa untuk memelihara
Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Pihak Berkuasa mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Kumpulan wang rizab
Pihak Berkuasa hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.
Akaun bank
Pihak Berkuasa hendaklah membuka dan menyenggarakan akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, dan tiap-tiap akaun hendaklah dikendalikan dengan seberapa yang boleh melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa bagi maksud itu dari semasa ke semasa.
Kuasa untuk meminjam
Pihak Berkuasa boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam wang melalui pengeluaran mana-mana surat cara kewangan atas apa-apa terma yang, dengan kelulusan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan, difikirkannya suai manfaat, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
penebusan apa-apa surat cara kewangan yang Pihak
Berkuasa dikehendaki atau berhak untuk menebusnya;
dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.
Pelaburan
Wang Pihak Berkuasa, setakat yang wang itu tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh
Perdana Menteri.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Pihak
Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri.
Perdana Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Pihak Berkuasa amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Perdana Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu.
Perdana Menteri boleh mengarahkan Pihak Berkuasa supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Tahun kewangan
Akta 687
Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Pihak Berkuasa.
Bahagian VII
Kuasa untuk mengambil khidmat
Pihak Berkuasa boleh mengambil khidmat, melantik dan membayar ejen, kontraktor dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juru ukur,
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 45
penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan, untuk menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan, atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud
Akta ini dengan lebih baik.
Kuasa untuk menubuhkan syarikat
Syarikat 2016 untuk menjalankan dan menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya.
Kesalahan kerana memberikan maklumat palsu atau mengelirukan
Jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah seorang yang profesionnya dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis, dia boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Mana-mana syarikat atau perbadanan yang menzahirkan atau memberikan, atau menyebabkan mana-mana orang untuk menzahirkan atau memberikan, maklumat kepada Pihak Berkuasa yang diketahuinya atau yang ia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1)
Akta 777.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 687
Kesalahan bagi pengubahsuaian tanpa kuasa maklumat dalam jagaan Pihak Berkuasa
Bagi maksud seksyen ini—
adalah tidak material bahawa perbuatan yang berkenaan tidak ditujukan kepada—
apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu;
apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi tertentu;
adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kuasa menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara;
maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan;
apa-apa maklumat, statistik atau data baharu dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau
apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Pihak Berkuasa untuk mendapatkan akses kepada maklumat, statistik atau data itu, dan termasuk apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 47
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574].
Jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini ialah seorang yang profesionnya dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis, dia boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit, atau didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun
Keseksaan.
Mana-mana syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, atau didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.
Obligasi kerahsiaan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 687
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—
mana-mana anggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa; atau
mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Pihak Berkuasa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 49
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pihak Berkuasa atau terhadap mana-mana anggota
Pihak Berkuasa, mana-mana anggota jawatankuasa atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian.
Pekhidmat awam
Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa, atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Pihak Berkuasa boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan
Akta ini dengan lebih baik atau bagi menetapkan apa-apa jua yang boleh, atau dikehendaki, ditetapkan di bawah Akta ini dan, tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu, peraturan-peraturan boleh dibuat bagi mengenakan fi, kos dan apa-apa caj lain dalam mana-mana hal yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat
Berkuasa sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan Akta ini diperbuat dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Pihak Berkuasa.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 687
Kecualian
mana-mana projek yang diusahakan oleh, atau mana-mana projek yang diluluskan atau diawardkan kepada, mana-mana Entiti Kerajaan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
melainkan jika diarahkan selainnya oleh Perdana
Menteri, mana-mana projek yang dicadangkan bagi mana-mana Entiti Kerajaan yang berkenaan dengannya kelulusan atau award sedang dinantikan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
mana-mana projek yang diusahakan oleh, atau mana-mana projek yang diluluskan atau diawardkan kepada, mana-mana orang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
mana-mana projek yang dicadangkan bagi mana-mana orang yang berkenaan dengannya kelulusan atau award sedang dinantikan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Pelaksanaan atau pelaksanaan berterusan mana-mana projek, atau kelulusan atau award bagi mana-mana projek yang dicadangkan yang sedang dinantikan, kecuali mana-mana projek yang dicadangkan yang berhubungan dengannya suatu arahan telah dibuat oleh Perdana Menteri dalam subperenggan (1)(a)(ii), tidaklah tersentuh oleh permulaan kuat kuasa Akta ini dan bagi maksud sedemikian ia hendaklah diperlakukan seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 51
Jadual
[Subseksyen 9(7)]
Mesyuarat
1. (1) Pihak Berkuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun dan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa.
Tiap-tiap anggota yang hadir pada mesyuarat Pihak Berkuasa berhak kepada satu undi.
Seseorang anggota Pihak Berkuasa yang merupakan anggota silih ganti bagi anggota lain Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai satu undi bagi anggota yang mengundi yang berhubung dengannya dia bertindak sebagai anggota silih ganti, sebagai tambahan kepada undinya sendiri.
Keputusan Pihak Berkuasa hendaklah dibuat melalui undi sebulat suara anggota yang hadir dan berhak untuk mengundi pada mesyuarat yang berkaitan.
Mengambil bahagian secara langsung melalui sambungan video, dsb.
2. Pengerusi boleh membenarkan seseorang anggota untuk menggunakan video secara langsung, sambungan televisyen atau kemudahan komunikasi atau multimedia yang sesuai yang lain untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa.
Ketetapan tanpa mesyuarat
3. (1) Suatu ketetapan dianggap telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat
Pihak Berkuasa jika—
semua anggota Pihak Berkuasa telah diberitahu mengenai ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah diambil untuk memberitahu semua anggota Pihak Berkuasa mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; dan
tanpa bermesyuarat, semua anggota Pihak Berkuasa menandakan persetujuan dengan ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa di bawah subperenggan (2).
Subperenggan (1) hanya terpakai jika Pihak Berkuasa—
memutuskan bahawa subperenggan itu terpakai; dan
memutuskan kaedah yang dengannya anggota Pihak Berkuasa hendaklah menandakan persetujuan tentang ketetapan itu.
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 687
Meterai perbadanan
4. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Pihak Berkuasa, suatu cap yang mengandungi perkataan “Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Pihak Berkuasa.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua
Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Eksekutif atau orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan segala surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan ini, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Pihak
Berkuasa mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Pihak Berkuasa oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa yang diberi kuasa secara am atau khas oleh
Pihak Berkuasa bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Pihak Berkuasa hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Minit
5. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Pihak Berkuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat Pihak Berkuasa yang berkenaan dengannya minit mengenai prosidingnya telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2)
hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Tatacara
6. Tertakluk kepada Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 53
Kesahan perbuatan dan prosiding
7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Pihak Berkuasa;
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan
Pihak Berkuasa
8. Tiap-tiap anggota Pihak Berkuasa hendaklah menumpukan masa kepada urusan Pihak Berkuasa sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 687
Akta 687
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
—TIADA—
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 55
Akta 687
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
—TIADA—