Skip to content

Seksyen 34

Fatwa

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 35 of 105
Seksyen 34
(1)

Mufti hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan boleh, atas inisiatifnya sendiri atau atas permintaan mana-mana orang

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

yang dibuat melalui surat yang ditujukan kepada Mufti, membuat dan menyiarkan dalam Warta, suatu fatwa atau keputusan atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau yang berhubungan dengan Hukum Syarak.

(2)

Tiada pernyataan yang dibuat oleh Mufti boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika dan sehingga pernyataan itu disiarkan dalam

Warta menurut subseksyen (1).

(3)

Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang bermastautin di Wilayah-Wilayah

Persekutuan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak tidak mengikut fatwa itu dalam perkara amalan, kepercayaan, atau pendapat peribadi.

(4)

Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai autoritatif mengenai semua perkara yang dinyatakan di dalamnya.