Skip to content

Seksyen 39

Nas yang hendaklah diikuti

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 40 of 105
Seksyen 39
(1)

Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 38,

Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan diterima

(qaul muktamad) Mazhab Syafie.

(2)

Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti boleh mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

(3)

Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti boleh menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu.

Pentadbiran Undang-Undang Islam 31

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)