Skip to content
In forceUpdated to 21 Jun 2022Read it in English

Bahagian III · Pelantikan Mufti, Kuasa dalam Hal Ehwal Agama dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak

37. Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak

Feedback & support
(1)

Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

(2)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada —

(a)

Mufti, sebagai Pengerusi;

(b)

Timbalan Mufti;

(c)

dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;

(d)

tidak kurang daripada dua orang, yang layak dan sesuai, yang dilantik oleh Majlis; dan

(e)

seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah-Wilayah

Persekutuan yang dilantik oleh Majlis, yang hendaklah menjadi Setiausaha.

(3)

Orang yang, sebaik sahaja sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Undang-Undang Ugama yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Enakmen hendaklah, tertakluk pada

Akta ini, disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dan hendaklah terus menjadi anggota sehingga habis tempoh pelantikan mereka sekarang.

(4)

Daripada orang yang disebut dalam subseksyen (3), dua orang yang merupakan anggota Majlis hendaklah disifatkan telah dinamakan di bawah perenggan (2)(c) dan yang lainnya hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah perenggan (d) subseksyen itu.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 505

(5)

Apabila Mufti bercadang hendak membuat fatwa di bawah seksyen 34 dia hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(6)

Sebelum Mufti membuat suatu fatwa, dia boleh menyebabkan kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.

Report

Bahagian IV

Mahkamah Syariah

Bahagian V

Pendakwaan, Penguatkuasaan dan Perwakilan

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Masjid

Bahagian VIII

Pungutan Khairat

Bahagian IX

Masuk Islam

Bahagian X

Pendidikan Agama

Bahagian XI

Schedules