Seksyen 38
Permintaan pendapat daripada Mufti
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
ActIn forceProvision 39 of 105
Seksyen 38
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, Mufti tidak boleh dipanggil untuk memberikan pendapat atau keterangan yang berhubungan dengan Hukum Syarak di mana-mana mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah, tetapi jika dalam mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Mufti tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapatnya kepada mahkamah yang meminta itu.