Skip to content

Seksyen 13

Penyata

of Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

ActIn forceProvision 13 of 13
Seksyen 13
(1)

Tiap-tiap orang yang boleh dikenakan cukai yang melupuskan sesuatu aset boleh dikenakan cukai dan tiap-tiap orang yang memperoleh aset yang dilupuskan sedemikian itu hendaklah, dalam masa enam puluh hari (atau dalam apa-apa tempoh yang lanjut sebagaimana dibenarkan oleh Ketua Pengarah apabila suatu permintaan bertulis dibuat kepadanya) selepas tarikh pelupusan aset itu, membuat suatu penyata—

(a)

menyatakan berkenaan dengan aset yang dilupuskan itu harga perolehan, harga pelupusan dan keuntungan atau kerugian atas pelupusan itu;

(b)

memberi segala maklumat yang perlu untuk menentukan harga perolehan dan harga lupusan bagi aset yang dilupuskan;

(c)

jika nilai pasaran bagi aset itu hendak dipakai bagi maksud

Akta ini, mengandungi nilai pasaran aset itu berdasarkan suatu penilaian yang dibuat oleh seorang penilai;

(d)

menyatakan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan amaun cukai yang kena dibayar (jika ada) ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai untuk pelupusan tersebut; dan

(e)

mengandungi apa-apa butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(2)

Tiap-tiap orang nomini hendaklah, dalam tempoh enam puluh hari (atau dalam apa-apa tempoh yang lanjut sebagaimana dibenarkan oleh Ketua Pengarah apabila suatu permintaan bertulis dibuat kepadanya) selepas tarikh pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai olehnya bagi pihak mana-mana orang, membuat suatu penyata menyatakan—

Cukai Keuntungan Harta Tanah 21

(a)

nama dan alamat orang yang bagi pihaknya pelupusan itu telah dilakukan;

(b)

aset yang dilupuskan itu; dan

(c)

tarikh dia pertama kali mula memegang aset itu sebagai seorang nomini bagi orang itu.

(3)

Jika apa-apa aset yang diperoleh—

(a)

daripada seseorang oleh sesuatu syarikat yang dikawal oleh orang itu, oleh isterinya atau olehnya bersesama dengan isterinya atau seseorang yang berkaitan; atau

(b)

dengan kelulusan Ketua Pengarah di bawah perenggan 17