Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Taksiran dan Pungutan
17. Notis taksiran
Feedback & supportKetua Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas suatu taksiran, selain suatu taksiran di bawah subseksyen 14(1)
dan 15A(1), telah dibuat, mengarah supaya disampaikan kepada tiap-tiap orang yang ditaksirkan suatu notis taksiran menunjukkan—
tahun taksiran yang dengannya taksiran itu berkaitan;
keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan kerugian yang boleh dibenarkan yang diambil kira pada membuat taksiran itu;
amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang atasnya cukai itu telah ditaksirkan;
amaun cukai yang ditaksirkan;
amaun kerugian yang boleh dibenarkan yang dibenarkan;
amaun cukai yang kena dibayar; dan
tempat di mana dan tempoh dalam masa bila pembayaran hendak dibuat; dan
wujudnya hak merayu yang diberi oleh seksyen 18.