Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Taksiran dan Pungutan
14. Taksiran
Feedback & supportJika seseorang telah mengemukakan suatu penyata mengikut seksyen 13, Ketua Pengarah hendaklah disifatkan telah membuat, pada hari penyata itu dikemukakan, suatu taksiran berkenaan dengan orang itu dalam amaun cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai, cukai dan keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu masing-masing adalah amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata.
Bagi maksud Akta ini, jika Ketua Pengarah disifatkan sebagai telah membuat suatu taksiran di bawah subseksyen (1)—
penyata yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah disifatkan sebagai suatu notis taksiran; dan
notis taksiran yang disifatkan itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada orang itu pada hari Ketua
Pengarah disifatkan sebagai telah membuat taksiran itu.
Jika seseorang tidak membuat suatu penyata di bawah subseksyen 13(1), Ketua Pengarah, jika dia berpendapat bahawa orang itu boleh dikenakan cukai, boleh membuat suatu taksiran dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa pembuatan sesuatu taksiran berkenaan dengan seseorang di bawah subseksyen ini tidaklah menyentuh apa-apa tanggungan yang selainnya dilakukan oleh orang itu oleh sebab kemungkirannya membuat penyata itu.
Jika Ketua Pengarah mendapati perlu supaya suatu taksiran dibuat dengan serta-merta, sama ada oleh sebab seseorang yang boleh
Cukai Keuntungan Harta Tanah 25
dikenakan cukai hampir hendak meninggalkan Malaysia atau oleh apa-apa sebab lain, Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa membuat apa-apa jua taksiran yang difikirkannya sesuai; dan sesuatu taksiran yang dibuat sedemikian hendaklah, apabila tahun taksiran yang dimaksudkan olehnya dan masa yang dibenarkan di bawah subseksyen 13(1) untuk membuat suatu penyata pelupusan telah tamat, diterima pakai dengan apa-apa semakan (jika ada) sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah sebagai taksiran bagi tahun itu.
Kematian seseorang yang boleh dikenakan cukai tidak menghalang suatu taksiran dibuat berkenaan dengan pelupusan yang dilakukan olehnya sebelum kematiannya, dan jika sesuatu taksiran itu dibuat—
notis taksiran di bawah seksyen 17 boleh disampaikan kepada wasi si mati itu; dan
taksiran itu hendaklah mempunyai kuat kuasa yang sama tentang pengenaan suatu tanggungan ke atas harta pusaka si mati itu sebagaimana ia tetap mempunyai kuat kuasa jika ia telah dibuat dalam masa hayatnya:
Dengan syarat bahawa tiada taksiran boleh dibuat lebih daripada tiga tahun selepas berakhir tahun taksiran yang dalamnya Ketua Pengarah dimaklumkan secara bertulis oleh pentadbir mengenai kematian orang yang boleh dikenakan cukai itu dalam borang yang ditetapkan di bawah Akta ini.
Jika menurut seksyen 21B, pemeroleh yang gagal untuk memegang dan meremitkan amaun yang dikehendaki di bawah seksyen itu, dan kegagalan disebabkan oleh suatu pemberitahuan yang tidak betul atau salah yang diserahkan kepadanya di bawah seksyen 13, maka hendaklah dimasukkan ke dalam taksiran itu yang dibuat berkenaan dengan orang yang menyerahkan pemberitahuan itu, suatu jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus cukai yang kena dibayar oleh orang itu.
26
Undang-Undang Malaysia
Walau apa pun subseksyen (5), Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya atas apa-apa sebab yang baik yang diberikan, meremitkan kesemua atau mana-mana bahagian jumlah wang yang disebut dalam subseksyen itu dan, jika jumlah wang yang diremitkan itu telah dibayar, Ketua Pengarah hendaklah membayar balik jumlah wang itu.
Bagi maksud subseksyen (5), “cukai yang kena dibayar” ertinya jumlah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai tidak termasuk apa-apa kerugian yang boleh dibenarkan yang disebut di bawah subseksyen 7(4).