Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Taksiran dan Pungutan
15A. Taksiran disifatkan ke atas penyata terpinda
Feedback & supportJika seseorang telah mengemukakan suatu penyata terpinda mengikut seksyen 13A bagi suatu tahun taksiran, Ketua Pengarah hendaklah disifatkan sebagai telah membuat, pada hari penyata terpinda itu dikemukakan, suatu taksiran atau taksiran tambahan berkenaan dengan orang itu—
dalam amaun cukai atau cukai tambahan yang kena dibayar ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai; atau
dalam amaun cukai yang telah atau mungkin telah dibayar balik secara salah, cukai atau cukai tambahan itu dan keuntungan yang boleh dikenakan cukai masing-masing adalah amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata terpinda.
Bagi maksud Akta ini, jika Ketua Pengarah disifatkan sebagai telah membuat suatu taksiran atau taksiran tambahan di bawah subseksyen (1)—
penyata terpinda yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah disifatkan sebagai suatu notis taksiran atau taksiran tambahan; dan
Cukai Keuntungan Harta Tanah 29
notis taksiran atau taksiran tambahan yang disifatkan itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada hari Ketua Pengarah disifatkan sebagai telah membuat taksiran atau taksiran tambahan itu.