Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Taksiran dan Pungutan
21B. Kewajipan pemeroleh untuk memegang simpan dan membayar sebahagian daripada balasan
Feedback & support(1)
Tertakluk pada subseksyen (1A), (1B) dan (1C), jika suatu pelupusan yang seksyen 13 terpakai baginya dan balasan itu terdiri kesemuanya atau sebahagiannya daripada wang, pemeroleh itu hendaklah—
(a)
memegang simpan kesemua wang itu;
(b)
memegang simpan suatu jumlah wang tidak melebihi tiga peratus daripada jumlah nilai balasan itu; atau
(c)
memegang simpan amaun cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang disifatkan telah ditaksirkan di bawah subseksyen 14(1),
Cukai Keuntungan Harta Tanah 39