Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Taksiran dan Pungutan
21A. Perakuan tidak dikenakan cukai
Feedback & support(1)
Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pelupus dalam suatu perakuan tidak dikenakan cukai dalam borang yang ditetapkan melalui media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 57A jika dia berpuas hati bahawa tiada keuntungan yang boleh dikenakan cukai telah timbul.
(2)
Perakuan tidak dikenakan cukai yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai telah diberitahu kepada pelupus mengikut subseksyen (1) pada hari penyata di bawah seksyen 13 itu dikemukakan kepada Ketua Pengarah.