Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Taksiran dan Pungutan

20. Kemuktamadan taksiran

Feedback & support
(1)

Jika—

(a)

tiada notis rayuan yang sah terhadap suatu taksiran telah diberikan di bawah seksyen 18 dalam masa yang dinyatakan oleh seksyen tersebut (atau apa-apa pelanjutan masa seterusnya);

(b)

suatu persetujuan telah tercapai mengenai suatu taksiran menurut subseksyen 101(2) Akta Cukai Pendapatan 1967;

36

Undang-Undang Malaysia

(c)

suatu taksiran telah diputuskan atas rayuan dan tiada hak untuk rayuan lanjut; atau

(d)

suatu notis rayuan yang sah terhadap suatu taksiran telah diberikan tetapi perayu itu meninggal dunia sebelum pendengaran rayuan oleh Pesuruhjaya Khas dimulakan atau selesai dan tiada wakil peribadi harta pusaka si mati perayu memohon kepada Pesuruhjaya Khas dalam tempoh dua tahun selepas kematiannya untuk meneruskan atau menyelesaikan pendengarannya, taksiran yang telah dibuat, dipersetujui atau diputuskan adalah muktamad dan konklusif bagi maksud Akta ini.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan pelaksanaan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh seksyen 15 atau 16A.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual 5 berhubung dengan suatu pelupusan dalam tempoh tiga tahun selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai, pemeroleh itu hendakla

Bahagian III

Bahagian III Jadual 5, pemeroleh itu hendaklah—

Bahagian IV

Penyiasatan dan Hukuman

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules