Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Taksiran dan Pungutan
16. Hal dalam mana pemeroleh boleh ditaksirkan
Feedback & supportJika dalam suatu hal yang seksyen 13 terpakai baginya—
balasan atas pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai terdiri daripada suatu aset lain (sama ada boleh dikenakan cukai atau tidak);
terdapatnya kemungkiran oleh kedua-dua pihak pelupus dan pemeroleh mengemukakan satu penyata kepada Ketua
Pengarah dalam borang yang ditetapkan sebagaimana dikehendaki di bawah seksyen 13; atau
balasan atas pelupusan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai itu ialah bagi maksud Akta ini nilai pasaran bagi aset itu,
Ketua Pengarah boleh membuat suatu taksiran ke atas pemeroleh itu sebanyak amaun yang sama dengan amaun cukai yang kena dibayar oleh pelupus.
Jika Ketua Pengarah membuat suatu taksiran ke atas pemeroleh di bawah perenggan (1)(b), maka hendaklah dimasukkan dalam taksiran itu sejumlah wang yang sama banyaknya dengan sepuluh peratus daripada cukai yang kena dibayar oleh pelupus itu, yang hendaklah disifatkan sebagai satu kenaikan daripada jenis yang disebutkan dalam subseksyen 21(4).
Sesuatu taksiran yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah bagi semua maksud Akta ini mempunyai kuat kuasa dan dikira seolah-olah ianya adalah suatu taksiran yang dibuat ke atas seseorang yang melupuskan sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai:
30
Undang-Undang Malaysia
Dengan syarat bahawa—
pemeroleh yang ditaksirkan di bawah seksyen ini tidak berhak kepada apa-apa potongan dari keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi mana-mana kerugian yang boleh dibenarkan yang ditanggung oleh pelupus itu; dan
berhubung dengan notis taksiran itu, perenggan 17(b)
hendaklah berkuat kuasa seolah-olah notis taksiran itu tidak mengandungi sebutan mengenai kerugian yang boleh dibenarkan.
Seseorang pemeroleh sesuatu aset yang boleh dikenakan cukai yang ditaksirkan di bawah seksyen ini berhak—
menuntut sebagai suatu hutang yang genap masanya untuk dibayar kepadanya oleh pelupus amaun apa-apa pembayaran yang telah dibuat menurut taksiran itu; dan
bagi maksud itu, menghendaki Ketua Pengarah memberi suatu perakuan menyatakan amaun yang dibayar, dan sesuatu perakuan yang diberi sedemikian menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang dinyatakan di dalamnya itu.