Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Taksiran dan Pungutan
18. Hak merayu
Feedback & supportSeseorang yang terkilan dengan sesuatu taksiran yang dibuat mengenainya boleh merayu kepada Pesuruhjaya Khas terhadap taksiran itu mengikut cara yang sama seperti sesuatu rayuan terhadap sesuatu taksiran cukai pendapatan yang dibuat di bawah Akta Cukai
Pendapatan 1967, dan peruntukan seksyen 99, 100, 101, 101(1A),
101(1B), 101(1C) dan 102 Akta itu, setakat mana ia terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu, hendaklah terpakai bagi sesuatu
32
Undang-Undang Malaysia rayuan terhadap sesuatu taksiran yang dibuat di bawah Akta ini seolah-olah—
tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai cukai pendapatan atau mengenai cukai adalah sebutan mengenai cukai keuntungan harta tanah; dan
tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai pendapatan adalah sebutan mengenai keuntungan yang boleh dikenakan cukai.
Peruntukan dalam Jadual 5 kepada Akta Cukai Pendapatan 1967
hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu bagi pendengaran rayuan kepada Pesuruhjaya Khas dan bagi pendengaran rayuan yang selanjutnya.
Jika seseorang merayu di bawah Akta ini, dia tidak berhak dalam rayuan itu membuka semula apa-apa persoalan yang telah diselesaikan dengan muktamad menurut subseksyen 20(1) melainkan jika ianya adalah suatu persoalan yang telah pun dibuka semula oleh
Ketua Pengarah.