Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian III · Taksiran dan Pungutan
19A. Relif selain berkenaan dengan kesalahan atau kesilapan
Feedback & supportJika mana-mana orang, yang telah mengemukakan kepada
Ketua Pengarah suatu penyata berkenaan dengan suatu aset yang boleh dikenakan cukai yang telah dilupuskan dalam suatu tahun taksiran mengikut seksyen 13 dan telah membayar cukai bagi pelupusan itu, yang mengatakan bahawa taksiran yang berhubung dengan tahun taksiran itu berlebihan dengan alasan—
apa-apa pengecualian, relif, peremitan, elaun atau potongan yang diberikan bagi tahun taksiran itu di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain disiarkan dalam Warta selepas tahun taksiran yang penyata itu telah dikemukakan; atau
kelulusan bagi apa-apa pengecualian, relif, peremitan, elaun atau potongan yang telah diberikan selepas tahun taksiran yang penyata itu telah dikemukakan, orang itu boleh membuat suatu permohonan secara bertulis kepada
Ketua Pengarah bagi relif.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam tempoh lima tahun selepas akhir tahun pengecualian, relif, peremitan, elaun atau potongan itu disiarkan dalam Warta atau kelulusan yang telah diberikan, mengikut mana yang kemudian.
Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),
Ketua Pengarah hendaklah menyiasat perkara itu dan boleh memberikan apa-apa relif secara bayaran balik semula cukai
Cukai Keuntungan Harta Tanah 35
sebagaimana yang ternyata pada Ketua Pengarah adalah adil dan munasabah.
Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan sehampir mungkin yang boleh dibuat dalam bentuk yang sama seperti suatu notis rayuan di bawah seksyen 99 Akta Cukai
Pendapatan 1967.
Jika pemohon terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah atas permohonan di bawah subseksyen (1)—
pemohon boleh dalam tempoh masa enam bulan selepas dimaklumkan keputusan itu, meminta dalam borang yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah untuk mengemukakan permohonan itu kepada Pesuruhjaya Khas;
Ketua Pengarah hendaklah dalam tempoh tiga bulan selepas menerima permohonan itu menghantar permohonan itu seolah-olah dia menghantar suatu rayuan yang dikemukakan menurut seksyen 102 Akta Cukai
Pendapatan 1967; dan
permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu rayuan dan hendaklah dibereskan sewajarnya.