Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Taksiran dan Pungutan

21. Pembayaran cukai

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (1A) dan (1B), cukai yang kena dibayar di bawah suatu taksiran hendaklah, apabila disampaikan notis taksiran itu kepada orang yang ditaksirkan itu, genap masanya dan kena dibayar di tempat yang ditentukan dalam notis itu sama ada orang itu merayu terhadap taksiran itu atau tidak.

(1A)

Jika suatu taksiran ke atas suatu penyata telah dibuat di bawah subseksyen 14(1), cukai yang kena dibayar di bawah taksiran itu hendaklah genap masanya dan kena dibayar dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh pelupusan sama ada orang itu merayu terhadap taksiran itu atau tidak.

(1B)

Jika suatu taksiran ke atas suatu penyata terpinda telah dibuat di bawah seksyen 15A, cukai atau cukai tambahan yang kena dibayar di bawah taksiran itu hendaklah genap masanya dan kena dibayar pada

Cukai Keuntungan Harta Tanah 37

hari penyata terpinda itu dikemukakan sama ada orang itu merayu terhadap taksiran atau taksiran tambahan itu atau tidak.

(2)

Jika cukai yang kena dibayar di bawah sesuatu taksiran dinaikkan dalam rayuan, cukai tambahan yang kena dibayar menurut taksiran yang dinaikkan itu hendaklah, apabila disampaikan notis taksiran yang dinaikkan itu kepada orang yang ditaksirkan itu, genap masanya dan kena dibayar di tempat yang ditentukan dalam notis itu.

(3)

Jika apa-apa cukai dibayar mengikut subseksyen (1), (1A), (1B)

atau (2), Ketua Pengarah boleh membenarkan supaya cukai itu dibayar dengan ansuran sebanyak apa-apa amaun dan pada sesuatu tarikh sebagaimana yang ditentukan olehnya.

(4)

Tertakluk pada subseksyen (3), jika apa-apa cukai yang genap masanya dan kena dibayar apabila disampaikan suatu notis mengikut subseksyen (1) atau (2) tidak dibayar dalam tempoh tiga puluh hari selepas disampaikan notis itu (atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah) atau jika apa-apa cukai yang genap masanya dan kena dibayar di bawah subseksyen (1A)

tidak dibayar dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh pelupusan, maka sekian banyak daripada cukai yang tidak dibayar itu apabila tamat tempoh tiga puluh hari itu atau tempoh yang lebih lama itu, atau apabila tamat tempoh sembilan puluh hari itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepadanya, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar sedemikian, dan jumlah wang itu boleh dituntut seolah-olah cukai itu ialah cukai yang genap masanya dan kena dibayar di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa—

(a)

jika cukai yang kena dibayar itu dikurangkan dalam rayuan atau selainnya, jumlah wang telah dibayar atau yang kena dibayar sebagai kenaikan itu hendaklah dikurangkan mengikut kadarnya; dan 38

Undang-Undang Malaysia

(b)

Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya, bagi apa-apa sebab yang baik yang diberi, meremit kesemua atau apa-apa bahagian daripada apa-apa kenaikan dalam cukai yang kena dibayar di bawah subseksyen ini.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual 5 berhubung dengan suatu pelupusan dalam tempoh tiga tahun selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai, pemeroleh itu hendakla

Bahagian III

Bahagian III Jadual 5, pemeroleh itu hendaklah—

Bahagian IV

Penyiasatan dan Hukuman

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules