Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Taksiran dan Pungutan

19. Relif berkenaan dengan kesalahan atau kesilapan

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana orang yang telah membayar cukai bagi mana-mana tahun taksiran mendakwa bahawa suatu taksiran yang berhubungan dengan tahun itu berlebihan oleh sebab kesalahan atau kesilapan dalam sesuatu penyata atau pernyataan yang dibuat oleh orang itu bagi maksud Akta ini dan dikemukakan olehnya kepada

Ketua Pengarah sebelum taksiran itu menjadi muktamad dan konklusif, dia boleh dalam tempoh lima tahun selepas akhir tahun taksiran dalam masa taksiran itu telah dibuat memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk relif.

(2)

Setelah menerima permohonan di bawah subseksyen (1), Ketua

Pengarah hendaklah menyiasat perkara itu dan, tertakluk pada seksyen ini, hendaklah memberikan relif itu dengan membayar balik cukai

Cukai Keuntungan Harta Tanah 33

yang berkenaan dengan kesalahan atau kesilapan yang diperkatakan itu yang pada pendapatnya adil dan munasabah.

(3)

Dalam menentukan apa-apa permohonan di bawah seksyen ini,

Ketua Pengarah hendaklah mengambil kira kesemua hal keadaan yang relevan bagi kes itu dan secara khususnya—

(a)

hendaklah mempertimbangkan sama ada dengan pemberian relif itu akan mengakibatkan pengenaan cukai kepada pendapatan pemohon tidak dibuat; dan

(b)

bagi maksud itu boleh menimbangkan pengenaan cukai terhadap pemohon bagi tahun-tahun taksiran selain tahun yang berkaitan dengan permohonan itu dan taksiran yang dikenakan terhadapnya bagi tahun-tahun tersebut.

(4)

Tiada apa-apa relif boleh diberikan di bawah seksyen ini berkenaan dengan suatu kesalahan atau kesilapan tentang asas atasnya pengenaan cukai pemohon itu sepatutnya telah dihitung jika penyata atau pernyataan yang mengandungi kesalahan atau kesilapan itu telah sebenarnya dibuat atas asas, atau mengikut, amalan Ketua Pengarah yang terdapat pada amnya pada masa penyata atau pernyataan itu telah dibuat

(5)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa yang boleh dibuat dalam bentuk yang sama seperti suatu notis rayuan di bawah seksyen 18, dan, jika pemohon telah terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah—

(a)

pemohon boleh, dalam tempoh enam bulan selepas keputusan itu dimaklumkan, meminta dalam borang yang ditetapkan untuk

Ketua

Pengarah mengemukakan permohonan itu kepada Pesuruhjaya Khas;

(b)

Ketua Pengarah hendaklah dalam tempoh tiga bulan selepas menerima permohonan itu menghantar permohonan itu seolah-olah dia menghantar suatu rayuan

34

Undang-Undang Malaysia yang dikemukakan menurut seksyen 102 Akta Cukai

Pendapatan 1967; dan

(c)

permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu rayuan dan hendaklah dibereskan dengan sewajarnya.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual 5 berhubung dengan suatu pelupusan dalam tempoh tiga tahun selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai, pemeroleh itu hendakla

Bahagian III

Bahagian III Jadual 5, pemeroleh itu hendaklah—

Bahagian IV

Penyiasatan dan Hukuman

Bahagian V

Pentadbiran dan Tambahan

Schedules