Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English
Contents

Bahagian III · Melevi Duti Eksais

11. Pengecualian duti eksais

Feedback & support
(1)

Menteri boleh dengan perintah mengecualikan, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana kelas barang atau orang daripada membayar kesemua atau sesuatu bahagian daripada mana-mana duti eksais atau apa-apa fi atau caj lain yang ditetapkan yang kena dibayar.

(2)

Menteri boleh dalam sesuatu kes tertentu:

(a)

mengecualikan mana-mana orang daripada membayar kesemua atau sesuatu bahagian daripada duti eksais atau apa-apa fi atau caj lain yang ditetapkan yang kena dibayar oleh orang itu atas apa-apa barang; atau

(b)

boleh mengarah dipulangkan balik kepada mana-mana orang kesemua atau sesuatu bahagian daripada duti eksais atau apa-apa fi atau caj lain yang ditetapkan yang telah dibayar oleh orang itu atas apa-apa barang, dan pada memberi pengecualian itu atau pada mengarahkan pemulangan balik itu, boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Eksais 33

(3)

Apa-apa barang-barang yang mengenainya sesuatu pengecualian daripada membayar duti eksais telah diberi di bawah subseksyen (1)

atau (2) hendaklah disifatkan sebagai barang-barang berduti sehingga syarat-syarat, jika ada, yang tertakluk padanya pengecualian daripada duti itu diberi adalah dipenuhi, dan boleh dikenakan segala caj lain, yang bukan duti eksais, yang kepadanya barang-barang itu sepatutnya tertakluk jika sekiranya tiada sesuatu pengecualian itu telah diberi.

Report

Bahagian IV

Pengilangan Barang-Barang Berduti

Bahagian V

Penyimpanan Barang-Barang Berduti

Bahagian VI

Petroleum dan Keluaran Petroleum

Bahagian VII

Pelesenan

Bahagian VIII

Todi

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai

Bahagian X

Pemeriksaan, Penyiasatan, Penggeledahan, Penyitaan dan Penangkapan

Bahagian XI

Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Dengan Labuan

Bahagian XV

Dengan Sabah dan Sarawak

Bahagian XVC

Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama

Bahagian XVI

Pemansuhan

Schedules