Skip to content

Seksyen 17

Pengenaan atau penghapusan duti eksais

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 30 of 190
Seksyen 17

Apabila menurut kuasa sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1) sesuatu duti eksais ditetapkan atas apa-apa barang-barang yang dahulunya tidak dikenakan duti atau sesuatu duti eksais atas barang-barang dihapuskan, maka pengenaan atau penghapusan duti itu hendaklah disifatkan sebagai telah berkuat kuasa pada masa barang-barang itu dipindahkan dari tempat pengilangan itu atau kawalan eksais.