Skip to content

Seksyen 19

Pulangan cukai

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 33 of 190
Seksyen 19
(1)

Jika apa-apa barang dieksport oleh pengilang sebagai suatu bahagian daripada atau ramuan bagi apa-apa barang yang dikilang dalam Malaysia atau sebagai pembungkus, atau suatu bahagian daripada atau ramuan bagi pembungkus, barang-barang terkilang itu, maka, jika duti eksais atas bahagian atau ramuan barang-barang terkilang itu atau atas pembungkus atau bahagian atau ramuan barang-barang terkilang itu atau atas pembungkus atau bahagian atau ramuan pembungkus berkenaan telah dibayar, Ketua Pengarah boleh, apabila barang-barang itu dieksport sedemikian, membenarkan pulangan cukai penuh kepada pengilang bagi duti eksais yang telah dibayar sedemikian, jika—

(a)

barang-barang siap itu telah dikilang di premis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;

(b)

apa-apa buku dan akaun disimpan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi maksud memastikan kuantiti barang-barang yang digunakan dalam pengilangan itu atau bagi atau dalam pembungkusan barang-barang terkilang itu;

(c)

barang-barang itu dieksport sedemikian dalam masa dua belas bulan dari tarikh duti eksais telah dibayar atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh

Ketua Pengarah;

(d)

notis bertulis telah diberikan pada borang akaun eksport bahawa tuntutan bagi pulangan cukai itu akan dibuat, dan

Eksais 43

tuntutan sedemikian dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah telah dibuat dan dibuktikan hingga memuaskan hati pegawai kanan eksais dalam masa enam bulan dari tarikh pengeksportan itu atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua

Pengarah; dan

(e)

pulangan cukai yang dituntut berkenaan dengan mana-mana satu konsainan barang-barang yang dieksport tidaklah kurang daripada dua ratus ringgit.

(2)

Dalam seksyen ini, ungkapan “pengilang” termasuklah mana-mana orang yang kepadanya barang-barang terkilang itu telah dijual atau dilupuskan selainnya.