Skip to content

Seksyen 12

Pengenaan semula duti

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 23 of 190
Seksyen 12
(1)

Jika mana-mana daripada syarat-syarat yang dikenakan atas sesuatu barang yang duti eksais belum dibayar, iaitu syarat-syarat yang tertakluk padanya pengecualian daripada duti diberi di bawah seksyen 11, telah tidak dipatuhi, atau barang itu tidak lagi disimpan atau digunakan oleh orang atau bagi maksud-maksud yang melayakkan barang itu diberi pengecualian itu, maka barang itu boleh, apabila syarat-syarat itu tidak dipatuhi atau apabila barang itu tidak lagi disimpan atau digunakan sedemikian, dikenakan duti eksais dan orang yang diberi pengecualian itu dan mana-mana orang yang didapati memiliki barang itu adalah bersesama dan berasingan bertanggungan membayar duti eksais itu.

(2)

Jika apa-apa barang yang boleh dikenakan duti eksais di bawah subseksyen (1) dan yang atasnya duti itu belum dibayar adalah

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

dijumpai dalam milik atau pada premis mana-mana orang lain daripada orang yang dibenarkan memilikinya di bawah syarat pengecualian itu, maka barang itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai barang-barang berduti dalam erti Akta ini.