Seksyen 8A
Pembayaran duti eksais dengan bantahan
ActIn forceProvision 17 of 190
Seksyen 8A
Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai yang hak di bawah subseksyen 8(1) tentang sama ada mana-mana barang tertentu termasuk atau tidak termasuk dalam suatu kelas barang yang terdapat dalam sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1) atau dengan penilaian, penimbangan, penyukatan atau pemeriksaan mana-mana barang boleh membayar duti eksais yang dilevi dengan bantahan.