Skip to content

Seksyen 15A

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 27 of 190

Seksyen 15A

(1)

Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan meninggalkan

Malaysia tanpa membayar apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar olehnya, dia boleh mengeluarkan kepada

Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan suatu kesalahan dengan suatu permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar sedemikian, atau memberikan cagaran yang memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya.

(2)

Tertakluk pada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan buang negeri atau imigresen, Ketua Pengarah

Imigresen yang menerima suatu permintaan di bawah subseksyen (1)

berkenaan dengan seseorang hendaklah menjalankan segala langkah yang boleh termasuk pengambilan dan penyimpanan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan orang itu sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan permintaan itu.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis mengenai pengeluaran sesuatu perakuan di bawah subseksyen (1) disampaikan ke diri atau melalui pos berdaftar di alamat yang terakhir diketahui bagi orang yang kepadanya perakuan ini berkaitan:

Dengan syarat bahawa ketidakterimaan notis itu oleh orang itu tidak boleh mentaksahkan apa-apa yang dibuat di bawah seksyen ini.

(4)

Jika orang yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan pada atau selepas tarikh perakuan itu suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa semua duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain telah dibayar, atau bahawa cagaran telah diberikan bagi pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi kuasa yang cukup bagi membenarkan orang itu meninggalkan

Malaysia.

(5)

Tiada apa-apa prosiding undang-undang boleh dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan, sesuatu Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dibuat dengan sah di bawah seksyen ini.

Eksais 39

(6)

(Dipotong oleh Akta A1594).