Skip to content

Seksyen 19A

Pulangan cukai ke atas barang-barang import

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 34 of 190
Seksyen 19A
(1)

Apabila apa-apa barang import, selain barang-barang yang terlibat di bawah seksyen 19E yang atasnya duti eksais telah dibayar, dieksport semula, Ketua Pengarah boleh membenarkan sembilan per sepuluh daripada duti yang dikira mengikut subseksyen (2) dibayar semula sebagai pulangan cukai jika—

(a)

barang-barang itu dikenal pasti dengan memuaskan hati seorang pegawai kanan kastam di pelabuhan kastam atau lapangan terbang kastam di mana barang-barang itu dikapalkan atau dimuatkan bagi eksport semula, atau di tempat eksport semula;

(b)

pulangan cukai yang dituntut berkenaan dengan mana-mana satu konsainan barang-barang yang dieksport semula tidaklah kurang daripada dua ratus ringgit;

(c)

barang-barang itu dieksport semula dalam masa tiga bulan dari tarikh duti eksais dibayar;

(d)

bayaran pulangan cukai ke atas barang-barang sesuatu kelas yang ke dalamnya barang-barang yang akan dieksport

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

semula itu tergolong tidak dilarang oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(e)

notis bertulis telah diberikan kepada seorang pegawai kanan eksais pada atau sebelum masa eksport semula bahawa suatu tuntutan untuk pulangan cukai akan dibuat, dan tuntutan itu dibuat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah dan dibuktikan dengan memuaskan hati seseorang pegawai kanan eksais dalam masa tiga bulan dari tarikh eksport semula; dan

(f)

barang-barang itu tidak digunakan selepas pengimportan.

(2)

Amaun pulangan cukai yang dibenarkan hendaklah dikira pada kadar duti eksais yang dilevi pada masa import.