Skip to content

Seksyen 11A

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 22 of 190

Seksyen 11A

(1)

Menteri boleh, jika difikirkannya adil dan saksama untuk berbuat demikian, dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini.

(2)

Jika seseorang telah membayar apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini yang baginya peremitan telah diberi di bawah subseksyen (1), orang itu berhak kepada suatu pemulangan balik duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah diremitkan itu.