Seksyen 13
Memulangkan balik duti atau caj lain yang terlebih bayar atau tersalah bayar
Adalah sah bagi Ketua Pengarah memerintahkan supaya dipulangkan balik apa-apa wang yang terlebih bayar atau tersalah bayar, jika dibuktikan dengan memuaskan hatinya bahawa wang itu telah terlebih bayar atau tersalah bayar sebagai duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain atau sebagai sewa gudang atau sebagai apa-apa caj lain di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa—
(a)
tiada apa-apa pemulangan balik boleh dibenarkan melainkan jika suatu tuntutan berkenaan dengan wang yang terlebih bayar atau tersalah bayar itu dibuat secara bertulis kepada
Ketua Pengarah dalam masa satu tahun selepas pembayaran terlebih atau tersalah itu dibuat; atau
(b)
dalam hal jika duti eksais telah dibayar di bawah seksyen 8A, atau sementara menunggu keputusan suatu semakan atau rayuan di bawah seksyen 47, tiada tuntutan bagi pemulangan balik boleh dibenarkan melainkan tuntutan itu dibuat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari tarikh keputusan ke atas penjenisan, penilaian, semakan atau rayuan diberitahukan kepada pihak yang menuntut itu.
(2)
Suatu tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah.
Eksais 35
Peremitan duti atas barang-barang yang rosak, musnah atau hilang sebelum dikeluarkan daripada kawalan eksais